Langkau ke kandungan utama

SEDEKAH ITU SATU PELABURAN

Adakah sedekah itu satu pelaburan (investment)? Sebelum kita berbual mengenainya biarlah kita hayati beberapa senarai hadith yang saya ambil dari koleksi hadith JAKIM antaranya:

Fadhilat Bersedekah
Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)."

Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”. 

Banyak Cara Untuk Bersedekah
Dari Abu Dzar r.a katanya:Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau,:Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka. Jawab Rasulullah SAW:Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah. Mereka bertanya:Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami? Jawab Rasulullah SAW Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.

Ini di antara hadith hadith yang diriwayatkan mengenai SEDEKAH.... banyak lagi hadith hadith yang diriwayatkan namun ku ambil tiga daripada kebanyakannya. BUKANlah tugasku untuk menghuraikan hadith hadith di atas. Tapi sekadar berkongsi mengenai maksud hadith ini. Tak perlu dihuraikan tak perlu ditafsirkan pun kita sudah nampak maksud yang Rasulullah S.A.W sampaikan kepada kita. Bertuah kan? walaupun kita berlainan bangsa, berlainan tutur cara, berlainan budaya namun di dalam Islam..kita masih berpegang pada yang dua AL QURAN dan Hadith... bacaannya semua sama..maksudnya pun semuanya sama tiada berbeza..

Apakah sedekah itu hanya sekadar dari nilaian matawang semata mata.  Ada di antara kita yang bersedekah untuk mengejar nama, ada yang ikhlas ada juga yang terpaksa.  Biarpun apa maksud yang tersirat semoga ALLAH memberikan hidayah dan taufiknya. Niat itu hanya terpendam didalam hati seseorang. Tapi cuba kita rangkumkan secara amnya. Sedekah selalu dikaitkan dengan pemberian wang kepada mereka yang susah. Namun didalam Islam sendiri menurut hadithseperti yang dinyatakan di atas, sedekah itu hadir dalam pelbagai cara. Sedekah dapat membantu untuk menghapuskan dosa dan mendapatkan ganjaran dari ALLAH. Biarlah apapun sekali niat orang yang menerimanya, sebagai yang memberi kita serahkan sahaja kepada ALLAH SWT agar sedekah itu diterima dan baik di sisiNya....ada juga yang meminta tapi mempunyai niat yang serong.. bak kata ustaz Azhar seperti di bawah: 


senyumlah dan jangan kata apa apa.. perbetulkan niat ketika memberi..apa yang mau dilakukannya itu antara si penerima dan ALLAH SWT. 

seorang hamba ALLAH pernah berbicara pada ku mengenai sedekah. Ketika itu wang di dalam akaun banknya hanya tinggal rm7.00 lebih sahaja.  sedang dia sibuk melayari internet dia terlihat akaun sebuah rumah anak yatim yang memerlukan bantuan. Tanpa berfikir panjang dia pun log in masuk ke maybank2u dan menyalurkan rm5.00 ke akaun rumah anak yatim tersebut.  Walaupun dia sedikit kesal kerana hanya itu yang mampu diberikan kepada rumah anak yatim itu. Hendak menunggu gaji masih ada dua hari lagi. Di poket masih ada baki wang untuk kegunaan wajib sementara gajinya.  keesokan paginya.. ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dia terserempak dengan teman lama. "eh..aku teringat aku ada hutang kau rm50 dulu..nah amik nih..ni number fon aku..nanti kita bual bual lagi.." sahabat ku itu hanya mampu mengucapkan ALHAMDULILLAH.. bukan kah telah di riwayatkan satu kebajikan yang kita buat akan dibalas dengan sepuluh kali ganda... bukankah nilai wang rm50 itu adalah sepuluh gandaan dari rm5.00 yang diberikan? bukan wang yang ingin aku bicarakan... tapi lihatlah KUASA ALLAH itu MAHA BESAR.. diberinya balasan kebaikan itu berlipat kali gandanya.... menurut sahabatku lagi..ketika itu dia tersedar bahawa ALLAH telah memberikan balasan pada diriNya..insaf seketika..dan ketika itu dia tertunduk menangis mengenangkan amalan yang telah ditinggalkan..dia berkata aku ni dahlah jarang jarang solat, namun ALLAH tu masih sayangkan hambaNya.. benar apa yang dikata.. jika ALLAH menyayangi hambaNya, ALLAH akan berikan petunjuk pada setiap kejadian... terpulanglah pada hambaNya untuk menilai apakah erti disebalik pemberian itu.  

Secara tak langsung..sedekah itu adalah pelaburan di masa hadapan. Mungkin ia akan berbalik didalam bentuk wang, mungkin ia akan berbalik dalam bentuk keselamatan, mungkin jua ia akan berbalik kepada anak cucu cicit kita nanti..bayangkan jika anda bersedekah dan sedekah anda itu digunakan untuk perkara kebaikan dan dimanfaat oleh orang ramai???? berterusan lah pahala anda itu ibarat mendapat passive income tanpa bekerja.. sedekah juga dapat menghapus sifat riak, takbur dan juga sombong.. namun ada segelintir yang masih riak,takbur dan sombong ketika bersedekah.. apa yang kita dapat? hanya nama dan pangkat.. pangkat tidak berguna di dalam alam barzakh nanti.. mungkar nangkir tidak akan bertanya "eh tan sri rupanya.... ilek dulu..nanti kami tanya soklan.." jangan bermimpilah!!!... mana tahu nanti didalam kubur kita gelap... mungkin sedekah kita nanti dapat menerangkannya... kubur kita sempit..sedekah itu dapat melebarkannya....berzikirlah kerana itu pun adalah sedekah ke atas diri mu.. bukankah setiap kalimah itu bila disebut atau dibaca diberi pahala?? itu juga adalah sedekah.. bacalah alquran walaupun hanya sepotong ayat sehari.. itu juga sedekah!!! sebab anda memberi masa pada diri anda sendiri untuk merapatkan diri dengan ALLAH... 

Paling mudah jika tiada masa, tiada wang, tiada tenaga untuk diberi...senyumlah..kerna senyum itu adalah sedekah..ucapkanlah salam.dan senyum... senyum!!!















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sujudku

Ku terhenti berlari Berdiri dalam qiam ku sujud sepi Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini Ya Rahman Ya Rahim Terangkan jalan kasih ku pada Mu Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu... Ku mohon Engkaulah yang menjaga ku.... Kerna ku sentiasa di bawah takdir Mu Tercari di ruang sunyi Jangan lepaskan kasih sayang Mu Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku Ya Allah Ya Tuhanku JANGANLAH kau serahkan padaku menjaga diriku......

LIKU LIKU KEHIDUPAN

Hidup kita selalunya penuh dengan cabaran dan berliku liku.. setiap orang menghadapi pelbagai pengalaman dan juga pelajaran dalam mengenali sebuah erti kehidupan.. ada kalanya kita jatuh..ada kalanya kita bangun..adakalanya segelintir dari kita sudah mati dari kehidupan sebelum dia mati dengan sebenarnya. Kita sering memandang enteng atau mudah terhadap perjalanan kehidupan kita. Bukan semuanya namun ada segelintir yang masih tidak mempelajari dan meneladani pada setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan mereka. Apakah kehidupan itu sekadar hanya kita bernyawa? sekadar kita menarik nafas dan menghembuskannya? Ianya lebih dari itu... bagi saya kehidupan itu bermula dari paksi yang utama..iaitu kepada Pencipta kita...kemudian kepada diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita..rakan rakan kita, jiran tetangga, kenalan kita,masyarakat, alam sekitar, haiwan dan juga alam ini. Setiap orang mempunyai kaca mata yang berlainan untuk memandang kehidupan.. adakalanya mereka meletakkan...

BILA HATI TELAH HITAM..... PERJALANAN KAMI...

BILA HATI TELAH HITAM... a pabila satu hari bos aku meminta aku untuk membantunya dalam menyiapkan penulisan skrip untuk 13 episod ini, aku teragak agak samaada aku mampu atau tak.. dalam proses perjalanan menyiapkan skrip ini banyak yang aku pelajari.  Sesungguhnya hati manusia itu senang untuk berbolak balik apabila berhadapan dengan satu situasi. kadang kadang kita hidup dalam keadaan menafikan apa yang realitinya kita hadapi. Kita teragak agak membuat keputusan, adakalanya keputusan yang kita ambil itu kita fikirkan adalah yang terbaik untuk kita. Padahal adakalanya keputusan yang kita ambil tu sebenarnya merosakkan kita dan menjauhkan kita lagi dari jalan yang sepatutnya. Hati manusia itu asalnya sama, tak kisahlah kau hensem, cantik, atau kurang dari segi segalanya. Namun kadangkala, keadaan sekeliling yang membuatkan kita tersalah dalam percaturan kehidupan.  Tapi kita hidup di dalam lindungan AR RAHMAN dan AR RAHIM... so, kita sentiasa mendapat petunjuk dan hiday...