Langkau ke kandungan utama

ALLAH SAYANGKAN HAMBANYA

assalamualaikum.....

Kita sentiasa mempunyai perasaan sayang dan cinta di dalam diri kita..tidak kiralah sayang pada isteri, adik beradik, ibu bapa, sahabat , kawan kawan, jiran tetangga, alam, haiwan dan sebagainya...

Bagaimana rasa sayang itu boleh timbul? Sayang bermula dari perasaan suka..suka terhadap sesuatu perkara..suka bila seseorang mengambil berat tentang diri kita..suka bila kita rasa dihargai..suka bila kita sakit ada yang menjaganya..suka bila kita lapar atau dahaga ada yang menyediakan untuk kita..suka bila kita bersendiri dan ada yang menemani...suka bila susah ada yang menghulurkan bantuan dan membantu kita.. Orang yang menyayangi kita tidak pernah akan berungut dalam membantu kita.. Begitu juga seharusnya kita tanam kan sifat suka , sayang dan cinta itu kepada sang Pencipta kita yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. ALLAH amat sayang pada hambaNya.. lihatlah apabila kita terkeluar dari landasan yang benar ALLAH berikan hidayah agar kita kembali kepadaNya.. kala kita kesedihan kesusahan..ALLAH bantu kita dengan menghadirkan kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan...ALLAH Maha Penyayang..tapi kenapa sebagai hamba yang dicipta untuk beribadah kepadanya kita lalai dan leka untuk meletakkan sayang dan cinta kita kepada ALLAH? Pernah kah kita terfikir..pernahkah kita bersyukur ALLAH jadikan kita sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W....Ianya satu anugerah yang tidak dapat kita sangkal dan kita tolak ketepi..Ini adalah anugerah paling berharga..kita lahir dan telah di ajari dengan Agama yang suci dan murni.. Agama yang lengkap dan tidak pernah kurang dari segala segi.. ALLAH begitu sayangkan kita sehingga diberinya kita kehidupan yang baik.. pekerjaan yang baik..nama yang baik..kesihatan yang baik..namun adakah kita menyayangiNya?

Berapa ramai yang mengatakan sayang pada ALLAH tapi masih lagi ingkar dari segi fardhu ain nya.. ??

Renungkanlah sejenak..hidup kita ini tidak lama di muka bumi ALLAH ini.. 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun..ianya hanyalah sebentar dan sejenak saja di sisi ALLAH...bayangkan mereka yang telah pergi sebelum ini dan tinggal di alam barzakh sehingga kini.. berapa lama kah telah mereka bersemayam di sana? tenangkah diri mereka? bahagiakah mereka? jika ya Alhamdulillah.. jika tidak marilah kita bersama sama mendoakan kesejahteraan mereka...tidakkah kita takut masa kita nanti juga akan sampai? tidakkah kita takut satu hari nanti kita akan dimandikan? kita akan dikafankan? kita akan disembahyang kan? kita akan dikebumikan? Tidak takutkah kita? Tidak salah mengejar duniawi tapi cubalah seimbangkan kehidupan ini sebaik mungkin...ALLAH berfirman sebahagian hidup kamu untuk ALLAH , sebahagian hidup kamu untuk kamu... maka bahagikanlah sebaik mungkin...ALLAH sayangkan hambaNya...betapa Dia menyayangi di utuskannya Rasul yang amat kita kasihi..Nabi Muhammad SAW...betapa Dia menyayangi kita dan Dia mahu kita mengenalinya, diwahyukan pula AL QURAN...tidak cukup dgn itu ditambah pula dengan panduan panduan hadis hadis dari KekasihNya...SUBHANALLAH...ALLAH telah memberikan kita begitu banyak keindahanNya yang tak dapat dibeli dengan wang, yang tak dapat diganti dengan nyawa....

Janganlah kita menyayangi ALLAH hanya ketika kita sedang susah, ketika kita sedang menderita...Sedangkan kita sendiri pun terasa juga jika orang mencari kita ketika susah namun senang kita dilupakan.. apatah lagi Pencipta kita? ALLAH sayangkan hamba hambaNya...Ucapkanlah kalimah zikir yang paling utama , kalimah zikir yang menyatakan tauhid kita kepadanya.. LAILA HA ILLALLAH!!! TIADA TUHAN SELAIN ALLAH!!! nyatakan tauhid kita hanya padaNya.. Nyatakan lah dan tekadkanlah kepercayaan kita kepada yang Maha Esa!!! ALLAH sayangkan kita..tapi kita sering leka untuk menyayanginya...jadikanlah semalam episod yang tidak perlu diulang ulang..tapi jadikanlah ianya pengajaran..mulakanlah hari ini dengan perasaan cinta dan sayang kepada ALLAH...percayalah..jika kita cintakan ALLAH sayangkan ALLAH ..maka mudah bagi kita mendapat kasih sayang sesama ummat dan hambaNya...ALLAH amat sayangkan kita...sayangilah ALLAH, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, berpuasalah kamu, zikirlah sebanyaknya, ucapkanlah Alhamdulillah atas kurnianya..jauhilah larangannya..ALLAH beri kita masa untuk beribadah di dunia..manfaatkan lah sebaik mungkin..mendapat kasih ALLAH itu mudah..tunaikan segala suruhanNya, dan tinggalkan segala laranganNya..untuk mendapat kemurkaan ALLAH itupun mudah..jika ada sahabat sahabat kita yang masih jauh dari ALLAH, janganlah kita benci pada mereka..ajaklah mereka bersama sama untuk mencintai ALLAH.. dekatlah pada mereka..berdoalah yang terbaik untuk mereka..bersahabatlah dengan mereka...adakalanya mereka sendiri pun mahukan yang terbaik untuk menuju ALLAH .. namun mereka terkapai kapai keseorangan...katakan pada mereka...ALLAH sayangkan HambaNya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

MARI TERSENYUM: KISAH PEMUDA MELAMAR CALON ISTERINYA.

Satu hari datang seorang pemuda ke rumah teman wanitanya untuk berhari raya. Tujuan sebenarnya adalah untuk melamar si kekasih. Sampai masa untuk menghalalkan perhubungan mereka. Biasalah, apa apa kan kena interview dulu dengan bakal pak mertua. Duduklah berdua Si pemuda dan ayah si wanita di ruang tamu berbual bersama: Pemuda: pakcik, pakcik suka dengar hadis nabi? Si Ayah: eh, mestilah pakcik suka. Apa hadis kamu tahu? Cuba ceritakan. Pemuda: jika datang seorang lelaki yang baik akhlaknya, datang melamar anak perempuan kamu. Maka terimalah lamarannya. Si Ayah: wahhh bagus tu nak hadis tu. Pemuda: ye pakcik, sebab tulah saya datang ni sebab nak lamar anak pakcik. Si ayah: oh yang ni tak berapa bagus ni nak. Pandai kamu ye nak adjust hati pakcik. Si ayah bertanya, Si ayah: kamu nak bagi anak pakcik berapa hantaran? Pemuda: firman Allah, jika kamu fakir (dalam hal untuk pernikahan) Nescaya Allah yang akan membantu mencukupkanmu. Si ayah: wah dah pakai hadis pakai lagi...

MENGAPA HIKMAH ITU RAHSIA ALLAH

Aku secara tak sengaja menghubung rakan baikku yang da lama aku tak hubungi.. ex wife aku.. dalam phone aku bertanya.. kenal tak lagi sebab aku call ke office.. spontan dan pantas dia jawab.. abang ke ni??!! Apa mimpi abg call? Borak punya borak...aku dpt tau ex wife aku da pregnant.. ya Allah aku bersyukur sgt bila mana aku dengar dia cakap mcm tu. Sebab lapan tahun perkahwinan kami dulu, kami tak dikurniakan anak sebab ex wife keguguran dan terus belum ada rezeki hingga berpisah. Ya Allah... Kau selamatkanlah dia melahirkan anak dan tambahkanlah lagi rezeki buatnya dan kebahagiaan yang berpanjangan bagi dirinya dan suaminya dan semoga kehadiran cahaya mata itu menambah lagi kegembiraan mereka. Belek belek email.. aku jumpa email terakhir aku hantar pada 1/8/2014 sebagai seorang suami. To my lovely person... First of all abg menyusun sepuluh jari memohon maaf menganggu awak.. 8 tahun bukanlah satu waktu yg singkat bagi kita melupakan segalanya dlm sedetik waktu..sesungguhnya...