Langkau ke kandungan utama

PERKONGSIAN KU

Assalamualaikum...

Aku teringat pada tahun 2009 aku telah mengambil lesen sebagai IEP ataupun bahasa mudahnya Perancang Kewangan Islam.  Ketika itu aku ambil disebabkan aku sendiri telah mempunyai pengalaman beberapa tahun didalam bidang perbankan islam. Lalu aku tambahkan lagi bidang pengetahuan aku..Bukan aku mahu anda sekalian untuk mengambil atau menulis wasiat dengan ku.. tapi aku cuma ingin berkongsi serba sedikit apa yang masih lagi ku ingati didalam fikiran ku. Aku sendiri pun mempelajarinya untuk menambah ilmu sedia ada bukan niat untuk menjual pada mulanya pun... aku pun dah tak bergerak aktif.. tapi sayang juga aku tak memanfaatkan ilmu yang ada ni untuk orang lain..

Jadi ni sekadar perkongsian ringan je... kalau ada yang tersilap bolehlah korang tegur atau tokok tambahkan..

Ramai yang beranggapan wasiat dan pembahagian harta pusaka menurut Islam ini adalah perkara yang remeh dan bukan satu kepentingan untuk dipelajari.  Kebanyakan dari kita akan berkata "ah tkpelah nanti aku mati kan faraid ada.." "alah aku bukan bnyk harta pun" "nak tinggal duit apa? hutang byklah" "alah pandailah nanti diorang bagi bagi sama diorang" inilah kebanyakan daripada kenyataan kenyataan di dalam realiti kehidupan kita. Sedar tak kita bahawa jika kita tidak mempunyai anak lelaki, baki asabah yakni baki harta setelah ditolak pada faraid yg wajib akan pergi kepada saudara saudara lelaki kita? Sedar tak kita bahawa jika kita tidak membuat wasiat maka isteri kita, anak perempuan kita, anak angkat kita jika ada, mungkin akan terpinggir dan tidak mendapat pembelaan yang wajar? Pernah aku diceritakan ketika aku sedang menjalani kursus, Seorang hamba ALLAH ini meninggal dunia. Ketika hayatnya, arwah hanya mempunyai sorang isteri dan juga seorang anak perempuan.. selama hayatnya dia berniaga dan boleh dikatakan agak senang..namun begitu dia tidak mempunyai hubungan yang mesra bersama sama adik beradik yang lain..sampai ajalnya tiba maka berita kematiannya pun tersebar kepada adik beradik yang lain. Ketika jenazah sedang dikebumikan terdengar bisikan bisikan kuat adik beradik lelaki nya yang lain.."eh harta dia banyak..kita ni layak dapat.. " Habis semua harta dan peninggalan dia diambil oleh adik beradiknyer.. apa yang dapat pada isteri? hanyalah mengikut perkiraan 1/8 dan dan si anak satu bahagian..oleh kerana tiada anak lelaki, oleh kerana tidak pernah di HIBAH kan ketika hayatnya ataupun dijadikan amanah.. hilanglah semua asabah itu ketangan orang yang tidak sepatutnya...apa terjadi nasib isteri dan anak anak?

Hibah kan harta mu!!! jika takut wasiat akan ditentang.. hibahkan saja hartamu semasa kamu masih bernyawa dan masih waras untuk membuat keputusan.. Hibah adalah pemberian sesuatu harta samaada dalam bentuk akaun bank, aset tetap, aset tidak tetap dan sebagainya.  Hibah ketika hayat jika anda menghibahkan akaun bank maka janganlah di hibahkan jumlah wang didalamnya.. cukuplah sekadar nombor akaun berkenaan. Ini kerana dikhuatiri jumlah akan menjadi berkurangan atau bertambah. Terutama sekali bagi hibah yang berkuatkuasa selepas ketiadaan kita nanti. Hibah boleh dibuat samaada untuk memberinya secara terus ataupun ketika kita telah meninggal dunia. Hibah boleh ditarik balik dengan cara hibah itu pemberian dari seorang Ayah kepada anak atau datuk kepada seorang cucu.. (maafkan aku kalau tersilap ya.. ) Hibah ini juga menyelamatkan harta kita daripada terus di bahagikan kepada semua faraid yang wajib menerimanya.....ramai yang tidak menyedari betapa HIBAH ini sebenarnya begitu penting.......ini adalah cara bagaimana seorang ayah atau suami ingin memberi lebih daripada yang sepatutnya.

Ada masa nanti aku sambung lagi cerita mengenai harta pusaka..maaflah mungkin dah lama tak di amalkan ianya agak berkarat sikit..sebab tu Nabi pesan supaya kita sentiasa mengajarkan ilmu, kerna bila kita ajarkan kita akan ingat juga dan kita sendiri akan beramal dengan ilmu itu.. semoga peroleh barokah dan manfaat..maafkan di atas segala kekurangan.


musafir ini hanya singgah sebentar..dan meneruskan perjalanannya...






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...