Langkau ke kandungan utama

SALAM DAN BUAT APA TU?

Ucapan salam dan selawat didahulukan buat kita mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah kemudahan teknologi masa kini telah banyak memberi manfaat kepada kita semua. Perhubungan untuk mengeratkan sillaturrahim sudah semakin mudah dengan adanya teknologi dan gadget gadget terkini. Jika suatu masa dahulu ketika ku masih menuntut di sekolah menengah, belum ada lagi tablet, ios device, android device, dan bermacam gadget yang tak pandai ku nak sebutkan... Pada masa itu hanya surat dan telefon awam yang menjadi kegunaan untuk menghubungi suatu sama lain. Ketika aku berumur 13 tahun aku telah memasuki asrama jauh dari tempat asalku..aku tinggal di perak namun aku bersekolah di negeri sembilan. Bayangkan usia yang masih kecil pada waktu itu aku terpaksa berjauhan. Tiada handphone untuk sms keluarga, tiada skype untuk video call, tiada facebook untuk bermesra. Apa yang ada helaian lembaran surat yang ku tulis buat keluarga tercinta. Wang pemberian ayah di simpan sebaik mungkin buat menelefon kampung. Ketika itu kampung pun belum banyak lagi talian telefon. Apa apa yang ingin ku tahu tentang kampung aku akan menelefon rumah datuk ku..kerna rumah ayahku tiada telefon ketika itu. Ibu menghantar surat mengatakan rindu pada anaknya. Aku yang masih muda dan mentah hanya mampu mengalirkan air mata. Menatap tulisan ibu di lembaran helaian surat itu membuat aku teringat akan kampung halaman. Apatah lagi jika ketika itu dapat untuk skype, fb, atau sebagainya. Tentu lebih gembira didalam hati ku... 

Apa yang ingin aku tekankan disini, gunakanlah kemudahan yang ada pada waktu ini untuk mengeratkan sillaturrahim. Semakin hari semakin ramai penulis muda merangka dan berkarya untuk menulis blog kegemaran mereka. Gunakanlah teknologi ini sebaik mungkin agar bila kita TIADA di dunia ini, apa saja tulisan yang kita tinggalkan dapat menjadi tatapan dan ilmu berguna bagi mereka yang masih ada. 



Hidup ini singkat, semuanya adalah pinjaman semata mata. Kebijaksanaan, kepandaian, ilmu, kecerdikan, pengetahuan dan juga pengalaman semuanya bermula dan di anugerahkan oleh ALLAH SWT.. jika syukur dengan anugerah yang diberi, kongsikanlah, ceritakanlah, ajarkanlah, terangkanlah dan pandukanlah bagi mereka yang belum mengetahui... 

Semoga apa yg ingin aku kongsi di sini dapat membantu dan memberikan manfaat berguna. Semoga ianya cukup menjadi bekalan amalan untuk ilmu yang kita tinggalkan. Jika baik ilmu itu maka besarlah pahalanya, jika ianya menjurus kepada kemaksiatan semoga ALLAH memberikan pengampunannya. 

Segala yang baik datang dari Yang Maha Esa dan Maha Kuasa ALLAH SWT, segala yang indah datang dari Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih ALLAH SWT. Semoga kita berupaya untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Jika kita boleh berusaha untuk mencari harta dunia, sudah tiba masanya untuk kita mencari harta akhirat bekalan di sana. Kerna di akhirat nanti, hanya ada dua sahaja syurga atau neraka. ALLAH tidak akan merubah nasib seseorang kaum itu melainkan dia sendiri mengubahnya. Perbanyakkanlah doa dan perbanyakkanlah kebajikan. Kerna kebajikan itu salah satu pelaburan paling besar yang ALLAH berikan pada kita. Satu dibalas sepuluh. ALLAH MAHA KAYA.. ... DIA mampu untuk memberikan apa saja bahkan dunia ini kepada kita. Hanya kita sahaja terkadang leka untuk meminta dan berusaha mendapatkan rahmat dan kasih sayangNya.

Ikhlas dari seorang musafir...akustika ini tiada iramanya.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...