Langkau ke kandungan utama

BERBICARA DENGAN ALLAH

Kita selalu menghabiskan masa berbicara dan berbual kosong. Adakalanya kita sanggup berbual berjam jam lamanya dengan orang yang tersayang, rakan rakan, kenalan serta jiran tetangga. Ambil sedikit masa dan cuba renungkan. Berapa lama dalam sehari kita berbicara dengan ALLAH? jika lengkap solat fardhu kita maka sepanjang tempoh solat itu adalah perbicaraan kita dengan ALLAH.. tapi persoalannya cukupkah???

Memang benar asal kejadian manusia dicipta dari tanah...namun harus diingat itu adalah bapa kita yang terawal dulu Nabi Adam A.S... namun kesinambungannya penciptaan kita hasil dari nutfah ataupun air mani. Tak perlu aku menghuraikan penciptaan manusia. Namun cuba difikirkan kembali betapa asal usul kejadian kita. Maaf jika agak kasar namun itu hakikatnya. Sebagai makhluk yang diciptakan perlukah dan wajarkah kita berpaling dan memandang sepintas lalu kepada Pencipta kita??? ALLAH tidak pernah mengabaikan hambaNya cuma kita sahaja yang selalu mengabaikanNya.. 

Pernah tertanya bila kita sering berbicara dan kerap untuk berbicara dengan ALLAH? ya, ketika kita sedang mengalami kesusahan dan kesulitan.. ketika wang tiada di poket, ketika kerja telah di pecat, ketika sakit datang bertimpa, ketika tiada makanan untuk anak dan isteri, ketika kematian tiada wang untuk menguruskan jenazah, ketika difitnah dan diperolokkan, ketika dilanda pelbagai perkara musibah.  Ketika inilah kita mula berbicara pada ALLAH.... ketika berbicara kita berdoa Ya ALLAH lapangkanlah masalah ku ini, ringankanlah masalah ku ini...ketika itu solat setiap fardhu, sunat tak pernah tinggal, zikir selalu.. namun apabila ALLAH telah memberikan pertolongan apakah balasan kita pula??? kita terlupa untuk berbicara dengan ALLAH sebab kita didalam kesenangan. Kita asyik dengan kemewahan duniawi sedangkan kemewahan di SANA yang perlu kita kecapi. 



Cuba kita bersama sama ubah untuk lebihkan masa berbicara dengan ALLAH tidak kira waktu senang mahupun susah....perbaikilah solat kita, (aku sendiripun masih belajar memperbaiki diri) perbanyakkanlah membaca ALQURAN , perbanyakkanlah selawat, perbanyakkanlah zikir, perbanyakkanlah amal kebaikan, perbanyakkanlah solat sunat tahajud dan sebagainya. Setiap perbuatan kita itu diperhati oleh malaikat.. bila kita berbuat baik secara tak langsung malaikat akan berdoa juga untuk kita.. jika kita banyak berzikir, ALLAH tambahkan lagi pahala kita.. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..Lailahaillallah..lihat secara tak langsung anda telah pun menyebut tasbih, tahmid, takbir, tahlil.. mudah bukan? berapakah ganjarannya? Hanya ALLAH saja yang mengerti.. Inilah cara kita untuk berbicara dengan ALLAH...berapa ramai yang sanggup bersengkang mata untuk mengadap Facebook, Tagged, Skpe, Ym dan sebagainya hingga ke pagi??? Apa kata tambah sedikit didalam jadual online anda.. rehat sebentar dan lakukan solat sunat.. ingin tahajud? lelapkan mata dan lenalah walaupun sebentar.. tapi janganlah lena pukul 9pm kemudian 9.30pm nak buat tahajud pulak... 

Cuba luangkan masa sehari dalam lima ke sepuluh minit untuk membaca Al Quran.. tak lama pun jika dibandingkan waktu untuk kita download movie dari internet.. tak mampu nak baca semua surah..amalkanlah surah surah yang mampu kita baca.. ambil masa untuk semak bacaan surah kita.. ada masa lagi cuba perbaiki bacaan dan juga hafalan surah kita.. kan lebih indah jika kita dapat berbicara lebih lama ketika solat....Al Quran adalah kalam ALLAH...jika sms atau wallpost kekasih atau orang yg kita sayang sanggup kita baca berulang ulang kali..kenapa tidak peringatan dan teguran dari Pencipta kita???
AL Quran bukanlah hanya naskah yang patut kita beli dan letakkan di almari perhiasan.. Al Quran juga nanti akan membantu kita ketika di alam kubur serta akhirat kelak.. insyaALLAH dengan membacanya kita akan mendapat lebih banyak ganjaran....



Berbicara dengan ALLAH juga melibatkan doa.. doa ini sering kali dipandang remeh oleh segelintir orang..namun doa ini mempunyai rangkuman yang amat besar... bukankah setiap kalam dari percakapan kita itu adalah doa juga??? Aku tidak pandai nak menghurai panjang lebar tetapi aku akan kongsikan petikan petikan hadith untuk kita sama sama renungkan dan fikirkan... hadith ni aku petik dari koleksi JAKIM...korang boleh check kat sana dan juga dapatkan rujukan hadith mengenai perkara perkara yang lain.. antara petikannya: 


Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun:51) Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! . Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.

huraian hadith ini antaranya:

1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.



2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.




3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)




4. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).



semoga kita semua akan lebih meluangkan masa untuk berbicara dengan ALLAH.... kerana setiap perbuatan, niat, amalan, ganjaran, balasan, rezeki, jodoh, qada dan qadar itu semua di tanganNya.. lebih kerap kita berbicara..insyaALLAH ALLAH SWT akan hampir pada kita.. tidakkah kita ingin masuk ke dalam syurganya?? tidakkah kita ingin diperluaskan kamar ketika di alam barzakh? tidakkah kita ingin dipermudahkan sakaratulmaut?? tidakkah kita ingin agar kita dipermudahkan urusan dunia akhirat? tidakkah kita ingin untuk memiliki kemewahan di dunia dan akhirat? berbicaralah kita bersama sama kepada ALLAH...kerna hanya ALLAH yang mampu memberikan kesemua ini.. 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

MARI TERSENYUM: KISAH PEMUDA MELAMAR CALON ISTERINYA.

Satu hari datang seorang pemuda ke rumah teman wanitanya untuk berhari raya. Tujuan sebenarnya adalah untuk melamar si kekasih. Sampai masa untuk menghalalkan perhubungan mereka. Biasalah, apa apa kan kena interview dulu dengan bakal pak mertua. Duduklah berdua Si pemuda dan ayah si wanita di ruang tamu berbual bersama: Pemuda: pakcik, pakcik suka dengar hadis nabi? Si Ayah: eh, mestilah pakcik suka. Apa hadis kamu tahu? Cuba ceritakan. Pemuda: jika datang seorang lelaki yang baik akhlaknya, datang melamar anak perempuan kamu. Maka terimalah lamarannya. Si Ayah: wahhh bagus tu nak hadis tu. Pemuda: ye pakcik, sebab tulah saya datang ni sebab nak lamar anak pakcik. Si ayah: oh yang ni tak berapa bagus ni nak. Pandai kamu ye nak adjust hati pakcik. Si ayah bertanya, Si ayah: kamu nak bagi anak pakcik berapa hantaran? Pemuda: firman Allah, jika kamu fakir (dalam hal untuk pernikahan) Nescaya Allah yang akan membantu mencukupkanmu. Si ayah: wah dah pakai hadis pakai lagi...

DOA: RINTIHAN PENDOSA (LAILATUL QADAR)

Ya Allah, Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kami memohon keredhaan dan kasih sayangMu, Ya Rahim, Kami menghampiri sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan, Redhakanlah kami dalam kasih sayangMu, Kami mohon keredhaanMu dalam setiap amal ibadah kami, Kami mohon agar ianya diterima di sisiMu ya Allah, Ya Allah, Kami akur kadang kami terleka kerana kelalaian kami, Janganlah Engkau menghukum kami andai kami terlupa, Ampunkanlah kami dengan keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah setiap hela nafas kami adalah keranaMu, Setiap langkah kami di dunia ini adalah keranaMu, Setiap perbuatan kami dan ibadah serta pekerjaan kami adalah keranaMu, Ya Ghaffar, Benar kami kadangkala terlupa bahawa Engkau sentiasa bersama kami, Kami terlupa dan lalai bila kami mengetuk jejari ini di papan kekunci kami, Ada kata kata yang mengguris hati dan perasaan hambaMu yang lain, Kami terlupa bahawa malaikat itu ada melihat bersama kami, Kami terlupa...