Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Aku dan kamu

Kamu dan aku dua yang berbeza, Aku dan kamu berlainan jiwa dan raga, Namun aku dan kamu berkongsi satu rasa... Rasa ada satu yang membuatkan kita bahagia, Bahagia itu tidak dipura namun ianya hadir tanpa dipaksa, Kehadiran itu bagaikan dipanggil dengan nada dari jiwa, Walau apa pun, Kau tahu apa yang ada di hatiku, Ku tahu apa ada di hati mu.. Genggam tangan ku.. ayuh, pintu itu kita buka bersama, Pintu jalan menuju bahagia......

PUISI BUAT IBU

IBU, kata nama yang membawa seribu erti, kata nama yang membuatkan seseorang sentiasa mencari, kata nama yang melahirkan insan berpekerti tinggi. IBU, Bila si kecil sakit kau berjaga, Bila si kecil lapar kau berusaha mengenyangkannya Bila si kecil mengaduh kesakitan, air mata kau mengalir mengharapkan kesakitan itu kau yang rasai. IBU Kau tersenyum melihat kami membesar dan berjaya, Kau tersenyum melihat kami mendirikan rumahtangga Namun di hati kau menangis kerana merindukan keletah kami semua. IBU Kehadiranmu amatlah dirindui. Buat mereka yang mempunyai ibu sayangilah ibu mu, Buat mereka yang masih mempunyai ibu, kucuplah dahi ibumu, Peluklah tubuh ibu mu....kerana dia berjaga dan bersusah payah membesarkan mu.... IBUku...AL Fatihah buat mu

Indahnya Sabar

Indahnya dalam menempuh kesabaran, bila hati menunjukkan keikhlasan. Kegembiraan walaupun kecil akan dikurniakan. Memang kita bukanlah ilmuwan akhirat, namun ilmu yg sedikit itu kadang kala berguna buat menempuh hari berlalu. Benar kalam Allah akan wujud hikmah dan anugerah di setiap kesabaran. Jadi jalan sabar itu yang ku pilih. Sabar dengan karenah, sabar dengan ujian, walaupun kadangkala aku tergelincir tapi aku gagahkan kembali untuk mendaki jalan itu. Tergelincir lagi, aku daki kembali. Dengan harapan dan doa agar sifat berputus asa tidak wujud dalam kamus hidupku. Sedangkan iblis tidak pernah berputus asa mengapa mesti aku. Aku merasa kenikmatan kecil pagi ini, segala puji bagi Mu ya Allah.. terima kasih atas kurniaanMu di atas kehilangan ku selama ini. Hati itu sukar untuk mengerti, kepercayaan itu sukar untuk diberi..ikhlaskan sahaja agar dia mengerti.

Sujudku

Ku terhenti berlari Berdiri dalam qiam ku sujud sepi Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini Ya Rahman Ya Rahim Terangkan jalan kasih ku pada Mu Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu... Ku mohon Engkaulah yang menjaga ku.... Kerna ku sentiasa di bawah takdir Mu Tercari di ruang sunyi Jangan lepaskan kasih sayang Mu Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku Ya Allah Ya Tuhanku JANGANLAH kau serahkan padaku menjaga diriku......