Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

ALLAH SEDANG MENANTIMU

Assalamualaikum kepada semua pembaca Bicara Si Musafir. Maaf kiranya artikel kali ini ringkas dan bersahaja. Sesungguhnya Tuhan sedang menguji kekuatan dan keimanan hambaNya. Ketika telah habis segala ubatan namun tidak mampu menyembuhkanmu, ketika manusia sudah tidak mampu membantumu maka percayalah. Percayalah bahawa Allah sedang menantimu untuk bermohon dan meminta kepadaNya. Tiada yang mustahil di sisi Allah. Jika Allah berkehendakkan maka ianya pasti akan berlaku. Percayalah dan yakinlah bahawa jalan keluar dari masalahmu sedang Allah sediakan padamu. Tidak kira betapa sedang gelisah hatimu, lara jiwamu, duka perasaanmu, sakit tubuhmu atau penatnya mindamu, Allah menyediakan jalan keluar yang engkau sendiri tidak ketahui. Hanya perlu meminta kepadaNya dan sujudlah mengharapkan keampunan dan diperingankan segalanya. Insan, kita punya Tuhan yang Maha Besar. Segalanya kecil disisi Allah. "Ya Rabb, aku punya kesulitan dan kepayahan namun Engkau Maha Besar dari apa yang aku

SUAMI ISTERI: BERHATI HATI BILA MELUAH RASA

Untuk anda di luar sana Baca dengan tenang... Aku just taip je.. A berkahwin dengan B...a dan b mulanya bahagia.. Smpai satu masa A dan B punya perselisihan. Mereka berbincang dan mereka akhirnya membuat keputusan bersama sama.. A dan b merahsiakan masalah mereka dari pihak ke tiga demi menjaga maruah masing2 dan tidak mahu mengeruhkan keadaan. A mungkin tidak sempurna dan B mungkin ada jua silapnya. Namun mereka mengakui kesilapan diri dan mengambil keputusan untuk melalui jalan kehidupan masing masing. Namun hubungan itu masih berjalan baik sebagai sahabat.. C dan D berkahwin.. Punya masalah di pertngahan.. C bercerita ttg D pada si E... D pula bercerita ttg C pada si G... Akhirnya C jatuh cnta pada E sedangkaN C masih bersama dengan D. Bila C menceraikan si D..D jadi marah dan serang E kerna bagi D..E adalah punca hubungan mereka semakin keruh..walhal D juga punya tempat curahan iaitu G.. Maka cerita pun tersebar yg E nk jahat dan merampas C dari D sedangkan awalnya C hanya men

DAULAT TUANKU - SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN SULTAN PERAK TAHUN 2018

Daulat Tuanku, Kami dari wargakerja BicaraSiMusafir mengucapkan selamat ulangtahun Keputeraan ke Bawah D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena ulangtahun Keputeraan Baginda.     Tuanku Paduka Seri     Menaiki takhta amanah negeri     Ikrar Berdiri di dustur Ilahi     Waad diberi setia dipateri     Tuanku Bijak Bistari     Darajat ilmuan takhta sultani     Menyuluh panca yang gelap budi     Membimbing hamba yang jahili     Tuanku Raja Pekerti     Menata adab menjaga diri     Menyulam adat penuh santuni     Takhta dinaiki penuh insafi     Tuanku Lembayung Negeri     Semua kisah pantas disempadani     Tidak membiar istana dicemuhi     Iktibar dan saran menjadi kemudi     Tuanku Raja Jauhari     Tidak mudah termakan puji     Meski pahit nasihat diberi     Segala musykil khusyu didengari     Tuanku Raja Bahari     Bersemayamlah dinaungi Ilahi     Pemerintah adil rakyat senegeri     Hamba setia amat menghormati     Pada sultan yang sangat

PUISI BUATMU SAUDARAKU - INDONESIA

Wahai saudaraku di seberang sana, Kamu semua telah diuji dengan pelbagai ujian, Di daratan kau digoncang dengan gempa, Di lautan, airnya meninggi menghempas ke tepian, Di udara, kau jatuh terhempas menggegarkan jiwa dan raga, Wahai saudaraku di seberang sana, Kuatkanlah semangatmu, Tidak kira apa jua warna kulit, bangsa dan agamamu, Kuatkanlah hati dan perasaanmu, Aku tidak mampu mengatakan untuk bersabar, Kerna aku tidak mengalaminya dan aku tidak merasainya, Namun aku boleh mengatakan bahawa, Kami di sini sentiasa berdoa untukmu, Wahai saudaraku di seberang sana, Ini bukan masa untuk kita berbalah, Ini bukan masa untuk kita berantakan, Ini bukan masa untuk kita mencari perbezaan, Wahai saudaraku di seberang sana, Jika kau lemah, sambutlah tanganku, Jika kau tidak mampu melangkah, Izinkan aku memimpinmu, Jika kau duduk tersandar, Izinkan aku menemanimu, Wahai saudaraku di seberang sana, Kau tidak keseorangan... Dari saudaramu di Malaysia, Raisz Ahmad

KASIH NAN TERINDAH

Buatmu Aku hadir sepintas lalu Aku hadir hanya tuk menghadirkan senyummu Aku hadir tuk melihat kau bangkit dari kegelisahanmu Aku hadir utk menjadi ubat ketawa ceria pada hari-hari yg berlalu Buatku Kamu sangat berharga Buatku Kamu sangat indah Buatku Kamu sangat teristimewa Buatku Kamulah kunci kebahagiaan yg diidamkan Buatku Senyumanmu pengubat segala sengsara Wahai waktu Mengapa kau cemburu Wahai waktu Mengapa memisahkanku dannya Wahai waktu Putarkanlah kenangan yang indah Wahai waktu Jangan kau paparkan air matanya yang menitis di hadapanku Wahai waktu Kasihinilah diriku Wahai Tuhan Kau lebih mengerti apa yg ada di dalam hatiku... Raisz Ahmad Artikel ini di taja oleh: TONE WOW TONEPLUS BY PUAN HAMEEDA TONE WOW "Why choose to be ordinary when you can be extraordinary"

SALAM TAKZIAH BUAT LION AIR JT610

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN. Kami dari warga kerja BicaraSiMusafir mengucapkan salam takziah kepada para kakitangan LION AIR serta ahli keluarga kakitangan dan para penumpang yang terkorban dalam nahas.

ROMANTIKA SEORANG SUAMI

Artikel ini ditaja oleh TONE WOW  "Why choose to be ordinary when you can be extraordinary" Klik link untuk makluman lanjut: PUAN HAMEEDA Dipetik dari kisah benar dalam hidupku suatu masa dahulu Lokasi: parking office Wife: lambat abg sampai bang? Aku: ha ah... meeting abis lambat tadi.. dah jom masuk kete.... (Dalam kereta) Wife: bang... Aku: apa dia? Wife: takde apalah.. Aku: eh ckpla... nape awk? Wife: bang.. abg da makan ke? Nak sy masak ke? Aku: takpela...td meeting da makan...diorang ada order sekali tadi... awk lapar ke? Wife: eh taklah.. just tanya.. Aku: (actually saat ni aku tau dia sgt lapar.) Silence seketika.. kereta belok masuk stesen minyak... Wife: eh nak isi minyak ke bang? Kan bnyak lg... Aku: toilet jap wak...sat.. After 5 to 7 min.. Aku: nah.. ni ada air coklat ngn bun... yg redbull tu abg punya.. alas perut.... sampai kedai dekat umah nnti kita makan sama... tak makna abg da makan, abg x nak spend masa makan ngn awk...aw

TAHNIAH JUARA PIALA MALAYSIA 2018!

Tahniah kami ucapkan dari warga kerja BicaraSiMusafir diatas kejayaan menjulang Piala Malaysia kali ke 8. Tahniah Perak! Pantang mengenal putus asa!  Kredit Gambar: KINGSMET/INSTA: emmetkhalid

RUMAHKU SYURGAKU BAHAGIAN TIGA - KEMAMPUAN VS KEINGINAN

ARTIKEL INI DITAJA OLEH: 'Kenapa perlu yang biasa jika ada yang lebih luar biasa?' Untuk makluman lanjut sila hubungi: Puan Hameeda www.wasap.my/601164825962/tonewow Atau sila ke laman Facebok: Tone Wow Toneplus "UKURLAH BAJU BADAN SENDIRI" Pepatah orang lama bila bersangkut paut dengan kemampuan diri kita sendiri.  Apa kaitan pepatah ini dengan tajuk posting saya? Sangat berkaitan sebenarnya.  Kita dah berbual secara sekilas pandang mengenai lokasi dan jenis rumah. Kali ini kita berbual off topic sikit tapi agak penting sebenarnya kerana ia bersangkutan dengan kemampuan. Ya, kemampuan. Dimana kemampuan ini menjadi satu titik tolak yang amat penting didalam anda merancang untuk sesuatu pembelian terutamanya sebuah kediaman.  "KALAU ENCIK AMBIL RUMAH INI, PINJAMAN ENCIK BESAR. INSTALLMENT PUN TINGGI NI TUAN..." "Nak risau apa...gaji aku besar" "errr... boleh join income dengan wife kan? so apa nak risau" &qu

ANA UHIBBUKA FILLAH

Assalamualaikum. Lama aku tidak menulis di sini. Maafku pinta sebab kesibukan hal dunia. Tadi aku ambil angin petang sambil snorkling di pulau pangkor. Lepas dari snorkling, aku duduk sendirian di tepian pantai sambil layan youtube. Youtube recommended pada aku lagu "ana uhibbuka fillah", aku tak pernah dengar pun sebelum ni. So bila aku dengar, aku rasa sayu sangat dihati.  Background video ni pasal cinta seorang wanita terhadap lelaki yang soleh. Namun fikiran aku melayang dan membayangkan kasih sayang seorang ayah/ibu terhadap anaknya. Setiap bait lirik ni aku merasakan keadaan dan maksud yang aku lihat dengan hati ini. Kat bawah ni lirik lagu tersebut, dalam kurungan tu pula adalah perasaan yang kurasakan jauh di dalam hati. Maaf atas kekhilafan.  Saat pertama ku mengenalmu (wahai anakku, ketika lahirmu aku merasakan sangat bahagia di dalam hati ini.) Ku rasa sesuatu yang berbeda (kehidupan ku kini tidak seperti dahulu, ada kebahagiaan yang akan sentiasa

RUMAHKU SYURGAKU BAHAGIAN 2

Macam mana? Dah berbincang dengan pasangan anda tentang lokasi rumah yang ingin anda miliki? Dah fikir dalam dalam tentang lokasi tersebut? Saya beranggapan anda selesai melakukan perbincangan tersebut bersama pasangan anda. Sekarang mari kita berbual tentang jenis rumah yang ingin anda miliki. Terlalu banyak jenis rumah yang ada di sekitar kita, jadi saya hanya ambil contoh beberapa jenis rumah yang mungkin sesuai untuk dibicarakan. YANG TINGGI ATAU YANG RENDAH?  Satu persoalan yang sering bermain di fikiran kita, nak beli kediaman jenis yang bagaimana. Apartment? Teres? Bungalow? Flat? Kondo? Studio? Villa? Jawapannya adalah subjektif.  Ianya bersesuaian dengan corak kehidupan keluarga anda, bilangan ahli keluarga anda dan yang paling penting cara anda ingin mendapat privasi dari sekeliling anda. Anda jenis ramah mesra bersama jiran tetangga anda? Pilihlah rumah teres yang bersesuaian dengan anda. Suasana kejiranan yang agak meriah ketika musim perayaan dapat diras

RUMAHKU SYURGAKU BAHAGIAN 1

ARTIKEL INI DITAJA OLEH: COWAY BY FAISAL En Faisal Coway Salam dan selamat pagi. Aku kongsikan artikel mengenai pembelian rumah. Artikel ni dah lama. Ada yg dah copy utk mereka yg lain gunakan sebagai tools marketing mereka juga. Aku sharekan tips mengikut pengalaman aku ketika berkhidmat di bank Islam dahulu. Sekarang ni aku masih lagi memberikan nasihat untuk housing loan, auction house dan juga refinancing for debt restructuring. My partner still active di johor bahru, aku hanya turun bila keadaan sangat memerlukan atau complicated cases sahaja. Harap dapat  memberikan manfaat. RUMAHKU SYURGAKU - BAHAGIAN SATU Bila sebut tentang rumah pada masa kini, ia merupakan satu subjek yang amat memeningkan kepala bagi sesetengah daripada kita.  Faktor kewangan menjadi titik utama dalam kita menentukan jenis rumah yang ingin kita beli. Benar jika diikutkan keinginan kita ini, kita mahu saja membeli rumah yang amat selesa. Namun keselesaan itu ada harganya. Lokasi m

KEWANGAN? AKPK?

Korang da ready ke? Sinis aku bertanya.. Aku jarang nak up status pasal kerja aku. So kali ni aku up sikit utk sekadar renungan kawan kawan dalam ni. Aku tak pandai nak memberi hujah tapi aku boleh pesan beberapa perkara: Prepare your takaful policy terutama utk yg bekerja sendiri. Great savings and medical benefits utk waktu kecemasan. Periksa pelan savings korang. Apa plan savings yg korang dah buat sekarang ni? Cash? Gold? Land? Stock exchange, forex? Di mana korang simpan? Tabung haji? Asb? Al awfar? Fix deposit? Flexi savings? Expenses, tolong cut utk perbelanjaan yang tidak perlu. Buat group whatsapp dengan pasangan korang dan send text message tiap kali korang buat perbelanjaan waima beli coklat hacks 20 sen sekalipun. Ini berguna utk track daily expenses korang. End of month korang just transfer ke excel. Korang boleh sum jumlah expenses korang vs monthly income korang. Restructure/consolidate your debt. Dlm keadaan tak menentu ni sangat penting utk korang struktur ba

ALLAH YANG MENGATUR SEGALANYA

Assalamualaikum.. Since mlm tadi blog aku da ada seorang penulis tamu. Aku suka dengan tulisan dia yg merentap jiwa dan raga seorang yg bergelar muslim. Every words yg dia tulis walau ringkas tapi terasa menusuk ke hati. Mungkin kerana dia seorang muallaf maka kemanisan Iman yang dirasakan olehnya berbeza dengan aku yg mengenali Islam secara keturunan. Mungkin kerana sebab itulah aku terleka dan lalai. Pertemuan aku dengannya adalah kehendak Ilahi. Bukan saja kehendak dan diaturkan oleh Allah malahan aku pernah berdoa utk bertemu dengan seseorang sepertinya. Mengapa? Kerna aku cemburu dengan cintanya pada agama. #tillJANNAH Raisz Ahmad

WAHAI LELAKI, WAHAI WANITA

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Lelaki, Kalau korang tau macam mana tajamnya pandangan korang,,, Peti besi kat bank pun korang boleh tembus kira duit berapa juta dalam tu. Lokasi Dragon ball kat planet Namek pun korang boleh tau kat mana. Apatah lagi sehelai kain yang membaluti tubuh seorang wanita! Sebab tu Allah wajibkan tundukkan pandangan! Supaya iman korang sentiasa terpelihara! Wanita, Kalau korang tau macam mana mata lelaki berfungsi,,, Korang tak kan berani buka aurat, Korang tak kan berani pakai tudung singkat, Korang tak kan berani berpegangan tangan dengan lelaki, Korang tak kan berani lalu depan lelaki. Kalau boleh nak sediakan jarak sebesar tembok besar China. Kalau boleh nak letak peluru berpandu, machine gun, bom atom, laser kat siapa² yang cuba nak curi pandang korang. Sebab korang seindah² ciptaan Allah! Sebab tu juga Allah kurniakan sifat malu kat korang. Sebab tu juga Allah suruh tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tanga

MISTERI KEMATIAN

*MISTERI KEMATIAN* Janganlah cemas ketika anda hendak wafat. Janganlah terlalu cemas juga ketika jantungmu berhenti. Janganlah juga panik saat engkau merasakan  sekarat Jangan perdulikan jasad anda yg akan hancur Kerana kaum muslimin ada saja yang... Akan melaksanakan kewajiban mereka 1. Menanggalkan pakaianmu 2. Memandikanmu 3. Mengkafanimu 4. Menggalikan lobang lahatmu 5. Mengeluarkanmu dari rumahmu 6. Mengangkat jenazah kamu ke van jenazah 7. Mengantarkanmu ke tempat tinggal barumu (kuburan) 8. Banyak orang yg akan berdatangan untuk mengangkat jenazahmu, bahkan banyak pula yg meninggalkan pekerjaannya demi untuk menguburmu, boleh jadi banyak dari mereka yg melupakan nasihat yg pernah Engkau sampaikan pada suatu hari yg telah berlalu. ً 9. Peralatanmu akan segera diselesaikan, berpindah tangan - kunci-kunci kendaraan dan rumahmu - buku - beg - handphone mu - kasut - pakaian - apabila keluargamu baik, maka mereka akan menyedekahkannya agar i

THE WAY OF THE TEARS

MAY ALLAH EASE AND FORGIVE US ‘And He will provide him from (sources) he could never imagine.  And whoever puts their trust in Allah, then He will suffice him.  Verily, Allah will accomplish His purpose. Indeed, Allah has set a measure for all things.’~  - سورة الطلاق : 3 

RABBANA, KAMI INGIN BERSAMAMU

Ya ALLAH Janganlah biarkan kami berburuk sangka kepadaMu Ya ALLAH kerna jika kami berburuk sangka kepadaMu maka itu tidak akan merugikanMu walau sedikit pun.  Jika kami berputus asa itu juga tidak akan merugikanMu malah ia merugikan kami.  Engkau tidak memerlukan kami malah kami yang memerlukan Engkau Ya ALLAH.  Fahamkan kami tentang ketentuanMu, fahamkan kami tentang kebijaksanaanMu, fahamkan kami dengan kebaikan yang ada disisiMu.  Sehingga kami dapat menjalankan kehidupan dengan secara penuh kebaikan dan penuh kesabaran.  Kuatkanlah iman kami kerna dengan iman itu kami dapat bertahan.  Kami tidak dapat bertahan dengan fizikal kami yang kuat, kami tidak dapat bertahan dengan wang yang banyak, kami tidak dapat bertahan dengan kesempatan yang lapang, kami tidak dapat bertahan dalam satu ujian jika iman kami tidak kuat Ya ALLAH.  Ketika kami lemah dan tidak berdaya, ketika kami merasakan tiada siapa pun yang mampu untuk menolong kami, ketika kami merasakan ujian itu sudah h

KOSONG

Kosong Angka yang tidak berjumlah. Tidak tertambah atau tertolak Bergerak ke positif atau tertarik ke negatif Kosong Begitu juga hati yang kadangkala merasakan kosong. Ketika disekeliling bergerak laju, kita merasakan masa untuk kita sangat perlahan. Hati yang kosong hanya mengundang kesedihan, lara, duka, sengsara, kekecewaan, keberantakan, kecelaruan, amarah, putus asa dan kealpaan. Kosongnya hati hanya menambahkan kecemburuan melihat adanya kebahagiaan yang tidak dapat digapai. Gerakkanlah kekosongan itu dengan angka yang mampu membahagiakanmu, Satu untuk PenciptaMu, Dua untuk ibu bapamu, tiga isteri/suami dan anakmu, empat untuk adik beradik mu dan angka itu akan menambah dengan apa yang kau ada di sekelilingmu. Ini semua akan menghilangkan kekosonganmu. Tapi aku tidak punya sesiapa! Kau masih punya yang Satu dan ia lebih baik dari segalanya. Apakah ia? Allah... Tuhan yang menciptakanmu. Rais Ahmad #salamTeristimewa

UNTUKMU WANITA

Wahai insan yg bergelar wanita.. Maafkan kami jika kami tidak memahamimu.. Maafkan kami jika kata kami kadangkala menyakitimu.. Maafkan kami jika sikap kami mendatangkan rasa amarahmu.. Maafkan kami jika teguran kami menghadirkan rasa terkilan di sudut hati mu.. Kau tercipta dengan keistimewaan.. Di rahim mu, terkandung insan.. Lahirnya memeritkan, lahirnya menyakitkan, lahirnya adakala mengorbankan.. Kau selalu menyembunyikan rasa gundahmu dengan senyuman.. Kau selalu menopeng wajahmu dengan kebahagiaan walau sebenarnya kau sedang kegelisahan.. Kau selalu lelah sendirian dan jauh di ruang itu adakala kau menangis sendirian.. Kau tetapkanlah kekuatanmu.. Kau tegapkanlah semangatmu.. Kau kukuhkanlah naluri kebaikanmu.. Kau perhalusilah langkahmu.. Andai kau terabai akan ada yg menyelamatkanmu.. Andai kau tersiksa akan ada yang menarikmu.. Andai kau bersedih akan ada yang menyambutmu... Di saat kau merasa sendiri, ingatlah Tuhan itu sentiasa di sisimu.. Rais Ahmad

YA ALLAH PERMUDAHKANLAH KAMI

Ya Allah.. Ada di antara kami yg diuji dengan kehilangan. Kuatkanlah kami agar mampu menanggung perasaan kehilangan dan dari pandangan orang sekeliling kami. Ada di antara kami yang mencari pasangan dengan penuh keikhlasan, maka permudahkanlah pencarian dan pengakhiran bagi mereka. Ada di antara kami yang mungkin berduka sesama mereka, hilangkanlah kekeruhan antata mereka agar ikatan kembali mesra. Ada di antara kami yg diuji dengan kata nista namun kuatkanlah kami dengan senyuman kerana Engkau lebih Maha Mengetahui apa yang tersemat di hati kami. Ada di antara kami yang kejauhan dan kehilangan, maka pertemukanlah kami kembali agar ikatan ukhwah dapat diteruskan Ada di antara kami yang sedang duduk sendirian mengenangkan diri di akhirat kelak, maka rahmatilah kami dengan kasih sayangMu. Ada di antara kami yang dizalimi, sesungguhnya kami bermohon Kau berikanlah hidayah dan taufik kepada mereka yang menzalimi kami agar mereka sentiasa dalam kebaikan. Ya Allah permudahkanlah. Ra

IMPIAN YANG TERDETIK

Hidup kita selalu ada turun naiknya. Aku bukanlah seorang yg sempurna. Ada juga kehilafan yg pernah dilakukan. Kita semua tak boleh nak lari daripada melakukan dosa. Namun Allah menyediakan pintu taubat yang sentiasa terbuka di siang dan di malam hari. Betapa sayang dan cinta Allah pada kita, aib kita dijaga rapi. Bayangkanlah kalau dosa terpampang dan viral secara automatik setiap kali kita lakukan, di mana maruah hendak diletakkan. Syukurlah Allah masih menjaga aib kita. Saat kita rasa terlalu jauh bacalah Al Quran mungkin di dalam beratus surah itu, terselit ayat yang mampu mengubah diri kita untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah, kerna setiap dari kita walau senakal mana sekalipun, setidak tahu mana sekalipun, sejauh mana sekalipun, jauh di dalam hati ada impian untuk menjadi hamba yang lebih baik. Untuk melangkah perlukan kekuatan, maka berdoalah agar dapat melangkah dengan penuh rasa keyakinan. InsyaAllah, yakinlah Allah tidak pernah meninggalkan kita. Rais ahmad #sayangi

MUNAJAT KAMI PADAMU YA ALLAH

Ya Allah.. Kami bermunajat kepadaMu Kami bermohon padaMu dengan kasih sayangMu Permudahkanlah segala langkah kami di dunia ini ya Allah Permudahkanlah kami mencari rezeki yang halal Permudahkan kami menjalani ibadah dengan penuh rasa cinta terhadapmu Permudahkanlah kami menjalani hari tanpa sedetik melupakanMu Permudahkanlah kami dalam mencari maghfirah cinta dan kasih sayang Mu Permudahkanlah kami dalam menjalani hubungan sesama kami dan sesama mereka yang pernah kami sakiti dan mungkin menyakiti kami Permudahkanlah kami dalam menjalankan perintah Mu dengan rasa tanggungjawab kami sebagai hambaMu YA ALLAH...... Ada diantara kami mungkin sedang bersedih dan didalam kesusahan maka ringankanlah beban yang mereka lalui Ada diantara kami yang mungkin dalam kelaparan maka bantulah mengisinya dengan rezeki berkat dariMu Ada diantara kami mungkin terkhilaf mengambil jalan yang salah maka perbetulkanlah ia ke jalan yang diredhaiMu Wahai Pemilik segala nikmat dan keagungan di langi

KETIKA ALLAH MENUNJUKKAN KEBAHAGIAAN

ALLAH itu merencanakan kehidupan kita wahai temanku sekalian, cuma kita harus memastikan ia masih di jalan yang betul atau tidak, di garis yang ALLAH redhai atau tidak, biarlah ALLAH yang menghalakan ke mana perjalanan kita. Asalkan jangan sampai terkeluar batas dan melanggar perintah ALLAH. InsyaALLAH jalan itu tidak akan membawa kita kepada kehancuran atau kerugian.  Mungkin perjalanan itu tidak mungkin mudah dan penuh dengan kepayahan. Namun di balik segala kesusahan dan kepayahan yang kita lalui, satu hari nanti kita mungkin akan memanjatkan syukur bahawa ia merupakan satu nikmat atau hikmah buat kita. Musibah dan hikmah itu merupakan persepsi kita. Jika kita memahami kebaikan di dalam musibah, maka kita akan memanggilnya sebagai hikmah. Namun jika kita tidak mengerti akan kebaikannya maka kita akan memanggilnya sebagai musibah.  Kita yang menentukan untuk melihat ia dari sudut musibah atau hikmah. Sebagai contoh jika kita ditinggalkan dan putus dalam percintaan, maka bersyukurlah.

ANTARA KERINDUAN ALLAH DAN KERINDUAN INSAN

Assalamualaikum, lama benar aku tidak menarikan jari jemari ini di papan kekunci untuk sebuah artikel. Rindu, satu perasaan yang tidak mampu dijelaskan dengan perkataan yang sebenarnya. Setiap insan punya rasa rindu. Rindu pada seseorang, rindu pada sebuah kenangan, rindu pada perjalanan, rindu pada pengalaman, rindu pada kegembiraan, rindu pada harta dan wang, dan rindu yang memuncak rindu pada Allah dan kekasihNya. Insan bila merasakan rindu pada insan, mereka berhubung dan berbicara. Meluahkan rasa itu dengan perkataan mahupun dengan sentuhan. Rindu ini satu perasaan yang begitu indah diciptakan oleh Allah pada insan. Rindu boleh membuatkan kau menangis dalam hati yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan atau terduduk merenung dalam fikiran yang membawa lara dan kedukaan. Air mata yang menitis mengalir jernih umpama titisan gerimis yang jatuh perlahan adakalanya lebih membawa maksud dan menjelaskan kerinduan itu dalam konteks yang lebih bermakna dari perkataan. Insan hidup dalam kea