Langkau ke kandungan utama

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita

Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri.

Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang.

Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami.

Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang paling penting sentiasa ada ketika mereka memerlukan.

Lelaki beranggapan wanita mampu melakukan segalanya. Namun jauh disudut hati dan naluri seorang isteri, dia perlukan suaminya utk berada disisi sepanjang waktu.

Memang kadang isteri akan berkata "tak mengapa bang.. Pergilah. Nanti kawan abg tunggu" tatkala si suami keluar menghabiskan masa berjam jam bersama teman di kedai minum. Namun tak ramai lelaki menyedari yg isteri mereka juga perlukan teman utk berbicara. Benar ada anak anak tapi sudah tentu bicaranya tidak sama.

Wanita menyimpan masalahnya dengan senyuman. Namun lelaki yg menyayanginya sudah pasti kenal senyuman yg dibuat buat atau tidak. Jadilah pendengar yg baik. Jika tidak tahu untuk berkata apa apa maka peluklah isterimu. Itu sudah cukup meredakannya.

Aku selalu mention pasal pelukan dan kucupan utk isteri. Sbb bg aku itu ada kuasa yg sgt ajaib dan menakjubkan. Even sbg lelaki, jika aku dipeluk dengan kasih syg. Aku juga akan merasa nyaman. Apatah lg seorang wanita.

Jangan biarkan isterimu menangis hiba dibelakangmu namun dakaplah dia agar dia bisa menangis dalam dakapan dan kasih sygmu.

Raisz Ahmad
#suriHATIKU
#bakalPERMAISURIhati

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

MENGAPA HIKMAH ITU RAHSIA ALLAH

Aku secara tak sengaja menghubung rakan baikku yang da lama aku tak hubungi.. ex wife aku.. dalam phone aku bertanya.. kenal tak lagi sebab aku call ke office.. spontan dan pantas dia jawab.. abang ke ni??!! Apa mimpi abg call? Borak punya borak...aku dpt tau ex wife aku da pregnant.. ya Allah aku bersyukur sgt bila mana aku dengar dia cakap mcm tu. Sebab lapan tahun perkahwinan kami dulu, kami tak dikurniakan anak sebab ex wife keguguran dan terus belum ada rezeki hingga berpisah. Ya Allah... Kau selamatkanlah dia melahirkan anak dan tambahkanlah lagi rezeki buatnya dan kebahagiaan yang berpanjangan bagi dirinya dan suaminya dan semoga kehadiran cahaya mata itu menambah lagi kegembiraan mereka. Belek belek email.. aku jumpa email terakhir aku hantar pada 1/8/2014 sebagai seorang suami. To my lovely person... First of all abg menyusun sepuluh jari memohon maaf menganggu awak.. 8 tahun bukanlah satu waktu yg singkat bagi kita melupakan segalanya dlm sedetik waktu..sesungguhnya...

Indahnya Sabar

Indahnya dalam menempuh kesabaran, bila hati menunjukkan keikhlasan. Kegembiraan walaupun kecil akan dikurniakan. Memang kita bukanlah ilmuwan akhirat, namun ilmu yg sedikit itu kadang kala berguna buat menempuh hari berlalu. Benar kalam Allah akan wujud hikmah dan anugerah di setiap kesabaran. Jadi jalan sabar itu yang ku pilih. Sabar dengan karenah, sabar dengan ujian, walaupun kadangkala aku tergelincir tapi aku gagahkan kembali untuk mendaki jalan itu. Tergelincir lagi, aku daki kembali. Dengan harapan dan doa agar sifat berputus asa tidak wujud dalam kamus hidupku. Sedangkan iblis tidak pernah berputus asa mengapa mesti aku. Aku merasa kenikmatan kecil pagi ini, segala puji bagi Mu ya Allah.. terima kasih atas kurniaanMu di atas kehilangan ku selama ini. Hati itu sukar untuk mengerti, kepercayaan itu sukar untuk diberi..ikhlaskan sahaja agar dia mengerti.