Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

PIMPINLAH KAMI YA ALLAH

BismillahirRahmanirRahim Ya Allah sesungguhnya syukur diatas segala nikmat yg telah Kau berikan Ya Allah Kaulah Tuhan Maha Suci Sedangkan kami hina di hadapanMu Kaulah tuhan Maha Tinggi Sedangkan kami rendah di hadapanMu Kaulah Tuhan Maha Kaya Sedangkan kami fakir di hadapanMu Kaulah Tuhan Maha Besar Sedangkan kami sgt kecil di hadapanMu Janganlah Kau palingkan kasih sygMu kepada kami ya Allah. Dahulu mungkin kami lalai dalam mengingatiMu namun kami ingin berubah menjadi hamba yg taat pada perintahMu Janganlah Kau tutup jalan jalan keluar dari masalah kami kerna pada siapa lagi yg kami harus minta jika bukan kepadaMu Ya Allah, dahulu kami leka kami mencari kesenangan dengan mengabaikanMu Kami mencari rezeki dengan melupakanMu Kami berseronok dengan pasangan dan kehidupan kami tanpa melibatkanMu Kami lalai dalam menjalankan perintahMu Ya Allah, pimpinlah kami Tuntunilah kami, Dakaplah kami, Kurniakan kami segala kasih dan sygMu, Sesungguhnya kasih syg Mu amatlah

MARI TERSENYUM: KISAH PEMUDA MELAMAR CALON ISTERINYA.

Satu hari datang seorang pemuda ke rumah teman wanitanya untuk berhari raya. Tujuan sebenarnya adalah untuk melamar si kekasih. Sampai masa untuk menghalalkan perhubungan mereka. Biasalah, apa apa kan kena interview dulu dengan bakal pak mertua. Duduklah berdua Si pemuda dan ayah si wanita di ruang tamu berbual bersama: Pemuda: pakcik, pakcik suka dengar hadis nabi? Si Ayah: eh, mestilah pakcik suka. Apa hadis kamu tahu? Cuba ceritakan. Pemuda: jika datang seorang lelaki yang baik akhlaknya, datang melamar anak perempuan kamu. Maka terimalah lamarannya. Si Ayah: wahhh bagus tu nak hadis tu. Pemuda: ye pakcik, sebab tulah saya datang ni sebab nak lamar anak pakcik. Si ayah: oh yang ni tak berapa bagus ni nak. Pandai kamu ye nak adjust hati pakcik. Si ayah bertanya, Si ayah: kamu nak bagi anak pakcik berapa hantaran? Pemuda: firman Allah, jika kamu fakir (dalam hal untuk pernikahan) Nescaya Allah yang akan membantu mencukupkanmu. Si ayah: wah dah pakai hadis pakai lagi
RAHMATMU MENDAHULUI TAKDIRMU DAN KEMURKAANMU Ya Rahim, Di sepertiga malam ini suasananya tenang sekali. Hanyut diri ini mengenang segala kelalaian masa silam. Ya Rahim, jika bukan kerana kasih dan sayangMu, kami tidak mampu untuk berdiri menghadapMu di kala ini.  Ya Allah, sesungguhnya kami sangat lalai dalam kehidupan kami. Kami akur kami berjalan dengan kesombongan bahawa kami bisa menjalani hari kami dengan diri kami sendiri. Kami terlalai dan terlupa kerana was wasul syaitan yang membuatkan kami rasa kami sudah merasa cukup dengan diri kami. Ya Allah, sesungguhnya nikmat yang Engkau berikan kepada kami, tidak kami syukuri dengan kata pujian terhadapMu malah kami menabur kata pujian pula kepada makhluk yang diciptakan oleh Mu.  Ya Allah, sesungguhnya alam semesta ini sangat luas. Luasnya sehingga bintang besar yang membahang dan bersinar itu kelihatan cantik menghiasi malam di kaki langit ini. Namun kami terlupa bahawa rahmatMu dan kasih sayangMu kepada hambaMu mele

KISAH ROMANTIS RASULULLAH S.A.W

Aku tgh tulis an islamic article, so aku nak share satu benda. Romantisnya Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam tu bagaimana. Ini salah satu dari sikap romantis Baginda. (p/s: aku gunakan analogi bahasa mudah untuk senang faham ya. Asalkan content tak lari. ) One day Aisyah R.A buatlah kuih. Sambil sesi minum petang ngn Nabi. Tengah sedap melayan dan berbual mesra, datangla saudah r.a. isteri Nabi yang paling tua. Aisyah menjemput saudah untuk menjamah kuih yg dibuatnya. "saudah jemputlah makan kuih ni. Saya buat ni. Sedap tau" aisyah r.a menjemput saudah. Saudah hanya menggelengkan kepalanya "tak mengapalah aisyah. Its ok". Aisyah mempelawa Saudah utk menjamah kuihnya lagi "saudah, rugi tau kalau tak rasa. Penat tau saya buat ni. Nabi pun kata sedap tau kuih saya". Sekali lagi saudah menggelengkan kepalanya "takpela aisyah, me kenyanglah". Aisyah makin tak puas hati, "saudah baik awak rasa kuih ni, kalau awak tak nak rasa, saya baling

ALLAH RINDUNYA

Pernah tak kita fikirkan bahawa Allah sgt rindu hambaNya. Sbb tu Allah turunkan Al Quran. Macam bila kita rindu seseorang.. Kita bagi surat, bagi mesej, hantar whatsapp, hantar pesanan itu ini, suruh take care lah. Tak cukup dengan itu kita pesan lagi agar makan lah minumlah..ingatkan hal itu ini lah. Hati hati lah.  Itu je yg aku fikir kan. Allah rindu kita sangat sangat... Tapi adakah kita merinduiNya? 5 kali sehari Allah panggil nk jumpa kita. Patutnya hamba yang berlari nak jumpa tuannya. Ni terbalik. Allah pula yang memanggil manggil kita untuk bertemu kita. Namun kita 'reject' panggilanNya. Sayagnya Tuhan pada hambaNya. Tak cukup dengan itu, di sepertiga malam Allah turun lagi ke kaki langit. Bertanyakan, ada siapa nak taubat, ada siapa nak keampunan dan ada sesiapakah yg ada hajat? Tapi kita? Tidur nyenyak berdengkur hingga terlewat subuh kadang kadang.  Percayalah, Allah tak pernah berputus asa pada hambaNya. Hanya hambaNya saja yang sering merasakan putus asa

TAUBAT

Sekadar Berkongsi, Bayangkan ea.. Bertahun tahun tinggal solat, segala mcm maksiat buat. Azan buat bodoh, maksiat diutamakan. Tiba tiba satu hari nak bertaubat dan insaf. Kita baru doa "ya Allah ampunkan aku". Allah jawab "hambaku ingin bertaubat? Mari kemari hambaku..mari kemari..lekas ke sini hambaku. Cepatlah mari ke mari. Wahai malaikat, lihatlah hambaku ini ingin bertaubat. Lihatlah hambaku ini wahai semua malaikat. Hambaku ini telah memohon ampun dan bertaubat. Mari kesini lekas hambaku" Allah berlari mendapatkan kita dan didakapnya kita dengan penuh kasih syg. Dipeluknya seakan kita tak pernah berbuat dosa padaNya. Persoalannya: sejauh mana pula kita berlari mengejar yang Maha Esa? Renungkanlah. Raisz Ahmad