Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

PERGI TIADA PULANG

Pernahkah kita terfikir apa yang akan kita tinggalkan di dunia ini membawa manfaat kepada mereka disekeliling kita? Pernahkah kita pasti bahawa apa yang akan dibawa untuk cukup sebagai bekalan kita? Terlalu ramai yang telah mengungkapkan persoalan sebegini rupa.  Sudah terlalu banyak artikel, tulisan dan nasihat serta jawapan mengenai persoalan ini. Namun semua itu tidak berguna jika kunci kepada permasalahan ini dibiarkan begitu saja.  DIRI. Ya diri kita sebenarnya kunci persoalan ini.  Hanya diri kita yang mampu menjawab ya atau tidak, sudah atau belum, buat atau tidak dan pelbagai lagi. Apa yang ditinggalkan menjadi persoalan rapat pada diri kita kerna ianya melibatkan status kewangan dan juga sara hidup untuk orang disekeliling kita. Namun jika wang atau harta pun tiada di harap masih ada ilmu yang bermanfaat untuk mereka di luar sana menggunakannya. Bagaimana kalau tiada langsung? Tiada ilmu, tiada harta,malahan tiada kebaikan? Tepuk dada hentak berkali kali nah ubatnya. Taklah

KERINDUAN RASA CINTA

Dalam kita menjalani kehidupan. Sering kali kita diulit oleh perasaan.  Adakalanya perasaan ini bercampur campur hingga membawa keresahan dan pelbagai permasalahan. Kita pernah diulit rasa rindu dan rasa cinta terhadap insan yang kita sayang.  Namun adakalanya perasaan itu tidak dapat dijelaskan waima diungkapkan kepada mereka. Adakalanya perasaan itu terpendam kerana kadangkala kita takut akan kehilangan apabila ianya diluahkan.  Cinta kadangkala memerlukan pengorbanan yang amat besar. Kita gambarkan cinta kita terhadap Ilahi, bukan mudah untuk kita capai ke tahap itu. Pelbagai dugaan dan juga rintangan harus kita lalui dan tempuhi untuk meraih cinta itu.  Seperti bilamana kita mengungkapkan rasa cinta terhadap manusia. Adakah ianya sekadar di bibir kita ataupun akan disertai oleh tingkah laku dan perbuatan ke arah menjelaskan betapa kuatnya perasaan cinta kita. Begitu juga bila kita senantiasa mengatakan kita cintakan Allah kita cintakan RasulNya namun dimana hilangnya perbuatan dan