Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

SAHABAT

SAHABAT.... perkataan yang amat mudah dikatakan tapi mempunyai maksud yang amat mendalam. cuba lihat pada diri kita.. ambil masa sambil pejamkan mata... tarik nafas dan hembuskan perlahan.. cuba kita kira berapa sahabat sebenar yang kita ada di dunia ini. jika anda mempunyai sekurang kurangnya 1 sahabat dalam hidup anda.. anda sudah kira beruntung. kawan dan sahabat adalah perkara yang amat berbeza. bukan semua kawan adalah sahabat, tetapi semua sahabat adalah kawan... pilihlah sahabat yang membimbing anda..bukan menjahanamkan anda... tapi bukan bermakna kita tak boleh nak berkawan dengan mereka.  tapi bila kita dah jumpa kawan yang dah tersimpang jauh, jangan pulak kita menghukum mereka dan terus meninggalkan mereka... kita cuba jadi kawan dan cuba ajak buat perkara yang baik..  adakalanya kita terlalu ditekan dengan ketakutan dan pembalasan yang begitu menakutkan....percayalah kadangkala ada mereka yang nak berubah tapi bila mereka mendengar tentang pembalasan yang begitu ter

HATI

Hati ini gundah, Hati ini gulana, Hati ini resah, Hati ini perlukan bicara, Kadangkala aku fikir aku kuat, Sebenarnya fikiranku singkat, Adakala ku rasa itu betul, Namun itu hanya nafsu, Semua memandang ku dengan 1000 persoalan, Semua inginkan 1000 kepastian, Aku tidak mengerti, Aku tidak tahu mengapa jadi begini, Aku hilang punca, Aku hilang arah kebenaran, Aku hidup dalam dunia kegelapan, Ya Allah Kau sinarkanlah HidayahMu, KAU BERIKANLAH RAHMAT MU DAN BERKATMU Ya Allah, Kau tunjukkanlah aku jalan yang lurus, Jalan yang Kau redhai, Jalan yang Kau beri nikmat, Bukanlah jalan seperti kaum yang sesat. Ya Allah Kau permudahkanlah hati ku, Janganlah ia dibolak balikkan dengan gangguan iblis dan syaitan, Jangan Kau biarkan ia mengusik jiwaku, Ya Allah, Kau kuatkalah tubuhku dan mindaku dalam mengerjakan suruhanMu, Dan Kau kekangkanlah nafsu liar ku dalam menghindari laranganMu.... Ya Allah bantulah hambaMu ya Allah.....

Maafkan ku ya Allah

Ya Allah.. Maafkan ku diatas perkara yang kau tidak sukai ini.. Kau ampunilah ku ya Allah.. Dan Kau berikanlah segala rahmat, keselamatan, kekayaan, rezeki yang melimpah ruah, kesihatan dan kebahagiaan kepada dirinya ya Allah.. Aku cuba untuk menjadi sempurna namun aku leka untuk belajar erti kesempurnaan.. Ya Allah kau jagalah dia sebaik mungkin seperti kau menjaga ku dan hambaMu.. Ya Allah Kau jagalah dan lindungilah dia bagiku... Khusus buat insan yang pernah bergelar isteriku.... Kau jagalah dan lindungilah dia ya Allah.... Amin ya Rabbal Alamin....

PERGI TIADA PULANG

Pernahkah kita terfikir apa yang akan kita tinggalkan di dunia ini membawa manfaat kepada mereka disekeliling kita? Pernahkah kita pasti bahawa apa yang akan dibawa untuk cukup sebagai bekalan kita? Terlalu ramai yang telah mengungkapkan persoalan sebegini rupa.  Sudah terlalu banyak artikel, tulisan dan nasihat serta jawapan mengenai persoalan ini. Namun semua itu tidak berguna jika kunci kepada permasalahan ini dibiarkan begitu saja.  DIRI. Ya diri kita sebenarnya kunci persoalan ini.  Hanya diri kita yang mampu menjawab ya atau tidak, sudah atau belum, buat atau tidak dan pelbagai lagi. Apa yang ditinggalkan menjadi persoalan rapat pada diri kita kerna ianya melibatkan status kewangan dan juga sara hidup untuk orang disekeliling kita. Namun jika wang atau harta pun tiada di harap masih ada ilmu yang bermanfaat untuk mereka di luar sana menggunakannya. Bagaimana kalau tiada langsung? Tiada ilmu, tiada harta,malahan tiada kebaikan? Tepuk dada hentak berkali kali nah ubatnya. Taklah

KERINDUAN RASA CINTA

Dalam kita menjalani kehidupan. Sering kali kita diulit oleh perasaan.  Adakalanya perasaan ini bercampur campur hingga membawa keresahan dan pelbagai permasalahan. Kita pernah diulit rasa rindu dan rasa cinta terhadap insan yang kita sayang.  Namun adakalanya perasaan itu tidak dapat dijelaskan waima diungkapkan kepada mereka. Adakalanya perasaan itu terpendam kerana kadangkala kita takut akan kehilangan apabila ianya diluahkan.  Cinta kadangkala memerlukan pengorbanan yang amat besar. Kita gambarkan cinta kita terhadap Ilahi, bukan mudah untuk kita capai ke tahap itu. Pelbagai dugaan dan juga rintangan harus kita lalui dan tempuhi untuk meraih cinta itu.  Seperti bilamana kita mengungkapkan rasa cinta terhadap manusia. Adakah ianya sekadar di bibir kita ataupun akan disertai oleh tingkah laku dan perbuatan ke arah menjelaskan betapa kuatnya perasaan cinta kita. Begitu juga bila kita senantiasa mengatakan kita cintakan Allah kita cintakan RasulNya namun dimana hilangnya perbuatan dan

IBU OH IBU KAU SRIKANDIKU.

SALAM.. telah lama Musafir tidak menarikan jari jemari di papan kekunci ini meluahkan rasa.. Maaf dipinta kerana agak sibuk dengan sedikit urusan dunia yang tidak kemana namun tidak dapat dielakkan. Kali ini aku menulis adalah untuk berkongsi mengenai perasaan kehilangan dan kesyukuran atas nikmat diberi....terima kasih bagi mereka yang membaca blog ini. amatlah aku hargai keterluangan masa kalian semua. Tanggal 28 Mac 2014 Jam 12.20am Hari Jumaat y akni penghulu segala hari bersamaan dengan 26 JamadilAwal 1435H pulangnya Allahyarhamah Ibundaku Painah@Azizah binti Saniran untuk bertemu Ilahi...Pemergian arwah ibu begitu mudah sekali..ketika malam "kepulangannya" tatkala kami membaringkan arwah di atas katilnya sementara untuk dikafan dan dimandikan selepas subuh, arwah kelihatan seperti nyenyak dan lena tidur wajahnya. Wajah keibuan yang penuh dengan rasa cinta dan sayang itu masih lagi berseri di wajahnya. Wajah ibu tersenyum manis ketika berbaring dan membuatkan aku send