Hidup kita selalunya penuh dengan cabaran dan berliku liku.. setiap orang menghadapi pelbagai pengalaman dan juga pelajaran dalam mengenali sebuah erti kehidupan.. ada kalanya kita jatuh..ada kalanya kita bangun..adakalanya segelintir dari kita sudah mati dari kehidupan sebelum dia mati dengan sebenarnya. Kita sering memandang enteng atau mudah terhadap perjalanan kehidupan kita. Bukan semuanya namun ada segelintir yang masih tidak mempelajari dan meneladani pada setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan mereka.
Apakah kehidupan itu sekadar hanya kita bernyawa? sekadar kita menarik nafas dan menghembuskannya? Ianya lebih dari itu... bagi saya kehidupan itu bermula dari paksi yang utama..iaitu kepada Pencipta kita...kemudian kepada diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita..rakan rakan kita, jiran tetangga, kenalan kita,masyarakat, alam sekitar, haiwan dan juga alam ini. Setiap orang mempunyai kaca mata yang berlainan untuk memandang kehidupan.. adakalanya mereka meletakkan keduniaan perkara yang utama sebagai paksi kehidupan mereka. Tidak salah mengejar kemewahan, tidak salah mengejar pangkat, tidak salah memiliki rumah yang besar, tidak salah memandu kereta yang mewah, tidak salah melancong ke sana ke mari..tidak salah untuk menjadi kaya.. Namun yang salahnya bila niat kita adalah untuk kemewahan dan bermegah megah ketika hidup di dunia. Apakata kita bersama sama pacakkan dan kukuhkan niat dalam kehidupan kita , kita niatkanlah kerana ALLAH.. Kita niatkanlah yang paling utama adalah untuk beribadah dengan tenang kepadaNya... berdoalah Ya ALLAH aku ingin kaya agar aku dapat menjadi orang yang tergolong dalam golongan yang rajin bersedekah dan berzakat, Ya ALLAH aku ingin mengejar jawatan yang besar agar senang aku menyebarkan syiar islam, Ya ALLAH aku ingin rumah yang besar agar aku mampu memberikan perlindungan bagi mereka yang memerlukan, Ya ALLAH aku ingin kereta yang besar agar memudahkan aku ke RumahMu (Masjid), Ya ALLAH aku ingin berpakaian cantik kerana Engkau sukakan kecantikan dan ALLAH itu MAHA CANTIK.. Ya ALLAH tenangkanlah aku dari segi keduniaan agar aku lebih tenang mengejar akhirat.....
Mungkin apa yang aku katakan ada kekhilafan nya.. Aku hanya berkata dari pengalaman sendiri dan rakan rakan. Bila semakin banyak rezeki yang diberi semakin banyak yang dapat disedekahkan..jangan pandang rendah atas KUASA dan KEHEBATAN sedekah...ALLAH tidak pernah mensyaratkan sedekah itu berupa wang. Sedangkan senyuman kepada sesama hamba dengan niat untuk memanjangkan sillaturrahim pun sudah dikirakan sebagai sedekah!!!
Kehidupan yang terlalu dibuai dunia kadangkala melaratkan. Aku pernah terpesong jauh dari Nya hanya kerna mengejar keduniaan.. tidak perlu ku ungkap apa yang pernah ku lakukan..namun percayalah, ALLAH itu Maha Kuasa dan Maha Besar. Bersyukur kerna ALLAH masih memberikan hidayahNya dan menyedarkan. Sahabat ku pernah berkata... "aku dulu mengejar wang dan kekayaan..sehingga terdetik dalam hati ini semua adalah usaha ku sendiri tanpa bantuan sesiapa pun..namun ALLAH tarik balik segala kekayaan dan kemewahan dalam sekelip mata.. aku tidak pernah bersyukur..rezeki yang diberi diguna untuk kemaksiatan..aku tidak pernah berzakat..aku tidak pernah bersedekah..orang miskin di anggap hina..orang susah di anggap sebagai kudis..namun kehilangan harta , kehilangan kuarga..dibuang keluarga kerna telah miskin menyedarkan aku" ya saudara sekalian...sahabat ku itu telah ditarik segala hartanya oleh ALLAH..hanya kerna dia tidak bersyukur..hanya kerna dia menganggap segala kejayaan dan kemewahan yang dikecapi dalam kehidupan ini adalah dari dirinya sendiri bukan dengan pertolongan dan keberkatan dari ALLAH.... aku berdoa agar aku tidak tergolong dalam orang yang mengkufurkan nikmatnya..
Ibadah fardhu ain kita kepada ALLAH juga selalu kita pandang mudah.. paling menyedihkan bila demam sikit pun sudah kata tak larat nak solat.. sedangkan ALLAH dah mudahkan pada kita untuk solat dalam apa jua keadaan.. kadang kadang ada yang terlalu sibuk smpai lupa untuk menunaikan solat.. alasan yang diberi biasanya tiada masa... sebenarnya jika kita sentiasa ada masa untuk ALLAH..maka ALLAH akan memberikan lebih banyak masa yang berguna kepada kita.. bak kata petikan lagu Rabbani "biar susah sedikit kerana tuhan, untuk menghindar kesusahan yang besar,yang tidak sanggup dikandung badan..ambillah iktibar kalau mahu sedar.." aku sendiri pun masih mempelajari untuk memperkasakan ibadah fardhu ain ku..jangan anggap kita telah tahu kesemuanya.. jangan kita anggap solat itu mudah..mahukah kita dipukul dan dilemparkan kembali ibadah solat tu kepada kita? tentulah tidak..aku sendiri pun takut.. tapi kita tawakal dan berserahlah kepada ALLAH agar ianya diterima..namun sebelum itu kena lah usaha yang terbaik, khusyuk, cukup syarat sahnya, bersih pemikiran kita, suci diri kita dari hadas besar atau kecil, tertibnya dan bermacam lagi...
Dalam kehidupan kita jarang menitik beratkan sillaturrahim sesama kita...pernah kah kita terfikir semasa kita telah memejamkan mata kita nanti, siapakah yang akan membantu dan menolong untuk memandikan mayat kita, mengkafankan mayat kita, menyembahyangkan jenazah kita dan mengusung serta mengebumikan kita nanti? sebenarnya ia bertitik tolak dari hubungan sillaturrahim kita di dunia... jika kita elok dengan sesama manusia insyaALLAH ALLAH akan menghantar bantuan pada kita.. Sepanjang umur ku telah banyak kali aku terlibat dalam proses pengurusan jenazah terutama ahli keluargaku dan sahabat handai ku..Banyak yang ku pelajari dan masih banyak yang perlu aku tahu... (bersambung lagi nanti...)
Ulasan