Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin

LILY ALAN WALKER: APA YANG KU TERLIHAT

LILY, APA YANG KULIHAT SEBAGAI SEORANG BIPOLAR (Artikel ini agak panjang) Lily was a little girl Afraid of the big, wide world She grew up within her castle walls Now and then she tried to run And then on the night with the setting sun She went in the woods away So afraid, all alone They warned her, don't go there There's creatures who are hiding in the dark Then something came creeping It told her, don't you worry just Follow everywhere I go Top over the mountains or valley low Give you everything you've been dreaming of Just let me in, ooh Everything you wantin' gonna be the magic story you've been told And you'll be safe under my control Just let me in, ooh Just let me in, ooh She knew she was hypnotized And walking on cold thin ice Then it broke, and she awoke again Then she ran faster than Start screaming, is there someone out there? Please help me Come get me Behind her, she can hear it say Follow everywhere I go Top o

LUAHAN HATI SEORANG PUTRI #pray4Fina

***#pray4Fina merupakan satu tragedi yang telah menimpa kepada salah seorang ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Bagan Datuk. Rumah kediaman Saudari Sufina telah dipukul ribut dengan begitu teruk sekali. Disertakan di sini beberapa keping gambar tragedi yang telah menimpa Sufina dan keluarganya. Kami dari warga kerja Bicara Si Musafir mendoakan agar beliau sentiasa dipermudahkan segala urusan. Untuk makluman lanjut dan bagi mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi saudari Cik Ezatul Farita, Yang Dipertua GPMS Bagan Datuk di talian 013-3805749 atau berhubung dengan saudari Sufina sendiri di talian 016-3660425. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Luahan Hati Seorang Putri (inspirasi dari kejadian Sufina dan keluarganya). Dalam senyuman, ada bicara tersembunyi, Dalam manis wajah, ada derita hati yg hanya sendiri yg peduli, Dalam gelak tawa, ada tangisan mencari kekuatan untuk memapah diri, Dalam merasa bahagia, telah

PIMPINLAH KAMI YA ALLAH

BismillahirRahmanirRahim Ya Allah sesungguhnya syukur diatas segala nikmat yg telah Kau berikan Ya Allah Kaulah Tuhan Maha Suci Sedangkan kami hina di hadapanMu Kaulah tuhan Maha Tinggi Sedangkan kami rendah di hadapanMu Kaulah Tuhan Maha Kaya Sedangkan kami fakir di hadapanMu Kaulah Tuhan Maha Besar Sedangkan kami sgt kecil di hadapanMu Janganlah Kau palingkan kasih sygMu kepada kami ya Allah. Dahulu mungkin kami lalai dalam mengingatiMu namun kami ingin berubah menjadi hamba yg taat pada perintahMu Janganlah Kau tutup jalan jalan keluar dari masalah kami kerna pada siapa lagi yg kami harus minta jika bukan kepadaMu Ya Allah, dahulu kami leka kami mencari kesenangan dengan mengabaikanMu Kami mencari rezeki dengan melupakanMu Kami berseronok dengan pasangan dan kehidupan kami tanpa melibatkanMu Kami lalai dalam menjalankan perintahMu Ya Allah, pimpinlah kami Tuntunilah kami, Dakaplah kami, Kurniakan kami segala kasih dan sygMu, Sesungguhnya kasih syg Mu amatlah

MARI TERSENYUM: KISAH PEMUDA MELAMAR CALON ISTERINYA.

Satu hari datang seorang pemuda ke rumah teman wanitanya untuk berhari raya. Tujuan sebenarnya adalah untuk melamar si kekasih. Sampai masa untuk menghalalkan perhubungan mereka. Biasalah, apa apa kan kena interview dulu dengan bakal pak mertua. Duduklah berdua Si pemuda dan ayah si wanita di ruang tamu berbual bersama: Pemuda: pakcik, pakcik suka dengar hadis nabi? Si Ayah: eh, mestilah pakcik suka. Apa hadis kamu tahu? Cuba ceritakan. Pemuda: jika datang seorang lelaki yang baik akhlaknya, datang melamar anak perempuan kamu. Maka terimalah lamarannya. Si Ayah: wahhh bagus tu nak hadis tu. Pemuda: ye pakcik, sebab tulah saya datang ni sebab nak lamar anak pakcik. Si ayah: oh yang ni tak berapa bagus ni nak. Pandai kamu ye nak adjust hati pakcik. Si ayah bertanya, Si ayah: kamu nak bagi anak pakcik berapa hantaran? Pemuda: firman Allah, jika kamu fakir (dalam hal untuk pernikahan) Nescaya Allah yang akan membantu mencukupkanmu. Si ayah: wah dah pakai hadis pakai lagi
RAHMATMU MENDAHULUI TAKDIRMU DAN KEMURKAANMU Ya Rahim, Di sepertiga malam ini suasananya tenang sekali. Hanyut diri ini mengenang segala kelalaian masa silam. Ya Rahim, jika bukan kerana kasih dan sayangMu, kami tidak mampu untuk berdiri menghadapMu di kala ini.  Ya Allah, sesungguhnya kami sangat lalai dalam kehidupan kami. Kami akur kami berjalan dengan kesombongan bahawa kami bisa menjalani hari kami dengan diri kami sendiri. Kami terlalai dan terlupa kerana was wasul syaitan yang membuatkan kami rasa kami sudah merasa cukup dengan diri kami. Ya Allah, sesungguhnya nikmat yang Engkau berikan kepada kami, tidak kami syukuri dengan kata pujian terhadapMu malah kami menabur kata pujian pula kepada makhluk yang diciptakan oleh Mu.  Ya Allah, sesungguhnya alam semesta ini sangat luas. Luasnya sehingga bintang besar yang membahang dan bersinar itu kelihatan cantik menghiasi malam di kaki langit ini. Namun kami terlupa bahawa rahmatMu dan kasih sayangMu kepada hambaMu mele

KISAH ROMANTIS RASULULLAH S.A.W

Aku tgh tulis an islamic article, so aku nak share satu benda. Romantisnya Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam tu bagaimana. Ini salah satu dari sikap romantis Baginda. (p/s: aku gunakan analogi bahasa mudah untuk senang faham ya. Asalkan content tak lari. ) One day Aisyah R.A buatlah kuih. Sambil sesi minum petang ngn Nabi. Tengah sedap melayan dan berbual mesra, datangla saudah r.a. isteri Nabi yang paling tua. Aisyah menjemput saudah untuk menjamah kuih yg dibuatnya. "saudah jemputlah makan kuih ni. Saya buat ni. Sedap tau" aisyah r.a menjemput saudah. Saudah hanya menggelengkan kepalanya "tak mengapalah aisyah. Its ok". Aisyah mempelawa Saudah utk menjamah kuihnya lagi "saudah, rugi tau kalau tak rasa. Penat tau saya buat ni. Nabi pun kata sedap tau kuih saya". Sekali lagi saudah menggelengkan kepalanya "takpela aisyah, me kenyanglah". Aisyah makin tak puas hati, "saudah baik awak rasa kuih ni, kalau awak tak nak rasa, saya baling

ALLAH RINDUNYA

Pernah tak kita fikirkan bahawa Allah sgt rindu hambaNya. Sbb tu Allah turunkan Al Quran. Macam bila kita rindu seseorang.. Kita bagi surat, bagi mesej, hantar whatsapp, hantar pesanan itu ini, suruh take care lah. Tak cukup dengan itu kita pesan lagi agar makan lah minumlah..ingatkan hal itu ini lah. Hati hati lah.  Itu je yg aku fikir kan. Allah rindu kita sangat sangat... Tapi adakah kita merinduiNya? 5 kali sehari Allah panggil nk jumpa kita. Patutnya hamba yang berlari nak jumpa tuannya. Ni terbalik. Allah pula yang memanggil manggil kita untuk bertemu kita. Namun kita 'reject' panggilanNya. Sayagnya Tuhan pada hambaNya. Tak cukup dengan itu, di sepertiga malam Allah turun lagi ke kaki langit. Bertanyakan, ada siapa nak taubat, ada siapa nak keampunan dan ada sesiapakah yg ada hajat? Tapi kita? Tidur nyenyak berdengkur hingga terlewat subuh kadang kadang.  Percayalah, Allah tak pernah berputus asa pada hambaNya. Hanya hambaNya saja yang sering merasakan putus asa

TAUBAT

Sekadar Berkongsi, Bayangkan ea.. Bertahun tahun tinggal solat, segala mcm maksiat buat. Azan buat bodoh, maksiat diutamakan. Tiba tiba satu hari nak bertaubat dan insaf. Kita baru doa "ya Allah ampunkan aku". Allah jawab "hambaku ingin bertaubat? Mari kemari hambaku..mari kemari..lekas ke sini hambaku. Cepatlah mari ke mari. Wahai malaikat, lihatlah hambaku ini ingin bertaubat. Lihatlah hambaku ini wahai semua malaikat. Hambaku ini telah memohon ampun dan bertaubat. Mari kesini lekas hambaku" Allah berlari mendapatkan kita dan didakapnya kita dengan penuh kasih syg. Dipeluknya seakan kita tak pernah berbuat dosa padaNya. Persoalannya: sejauh mana pula kita berlari mengejar yang Maha Esa? Renungkanlah. Raisz Ahmad

SUAMI ISTERI: KASIH HINGGA KE JANNAH

Wahai lelaki. Marah sekali pun jgnlah sampai guna kekerasan. Ada lelaki yg kerap pukul isteri walau isteri buat salah sikit je pun. Tak dapat pukul isteri, anak jadi mangsa. Wanita, kalau time couple ko dah nampak perangai bf ko naik tangan naik kaki, tak payahla nak gatal gatal cakap "takpe saya cuba ubah dia lepas kahwin". Memang cari masalah la nanti di akhirnya. Ubah perangai sebelum kahwin, bukannya selepas kahwin. Namun ada juga yg Allah bagi hidayah perangai berubah lepas nikah atau selepas dapat anak pertama. Ni semua ketentuan Allah tapi Allah tak mintak kita sekadar berharap dan berserah tanpa usaha. Wanita bergelar isteri kalau dia ada masalah, dia sedih, dia happy ke dia cuma mahu suaminya sentiasa mendakap (peluk tau peluk) dirinya. Sebab dia rasa nyaman dan aman dalam dakapan insan yg disayangi. Walaupun ko tu tak la pandai nak mendengar sangat masalah isteri atau tak pandai nak bagi advice atleast peluk je supaya isteri tau yg suami tu sentiasa akan ada unt

SEMOGA SEGALANYA BERAKHIR DI SINI

Ya Allah. Sepanjang hayat aku berdoa padaMu, tiada satu pun doa ku yang tertolak. Segalanya indah dikabulkanMu. Segalanya indah kudapati. Saat ku senang, susah, terhimpit atau terdesak, Engkau tidak pernah biarkan aku keseorangan. Namun ini doa dan pintaku yg ku pohon seharian, yg terusik di dalam hati, yg melebihi segala makna duniawi, yg mencerminkan hakikat seorang insani, yg mendambakan kasih dari Mu Ya Rabbi. Ya Allah, aku sering berharap agar sisa kehidupan ku berakhir di sini. Berpenghujung di sini, sujudku terhenti di sini, kalam lafaz zikirku terhenti di sini, tadabbur ku terhenti di sini, segalanya tamat dan terhenti di sini. Walau ia mustahil di mata manusia, namun ianya mudah dan kecil di sisiMu Ya Rabbi. Ya Allah aku syukur segala yg telah kau beri. Segala hadiah dan kemanisan yg indah. Namun aku benar berharap agar ini menjadi hadiah indah terakhir bagiku Ya Allah. Dengan Maha SuciMu, dengan Maha PengasihMu, letakkan aku di tempat ini ya Allah. Inilah kerinduan azali ku

SURAH AL QIAMAH MAKNA AYAT 1 HINGGA 40

Surah Al Qiamaah. Maksud ayat 1 hingga ayat 40. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Aku bersumpah dengan Hari Kiamat; 2. Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! 3. Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? 4. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). 5. ‎Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat). 6. ‎Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" 7. ‎Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), 8. ‎Dan bulan hilang cahayanya, 9. ‎Dan matahar