Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

INNI QARIB. SESUNGGUHNYA AKU DEKAT

Sesungguhnya setiap di dunia ni akan pergi dan tidak kembali kecuali yg dinamakan sebagai doa. Allah berfirman "inni qarib" "sesungguhnya Aku dekat". Allah itu dekat dengan kita hinggakan ada sesetengah berpendapat bahawa dekatnya Allah dan hampirnya Allah adalah lebih dekat berbanding urat di tengkuk. Tiada doa yang pergi dan tidak kembali dengan keberkatannya. Doa boleh mengubah takdir. Ingat lagi kisah wanita di masa Nabi Musa Alaihi Salam yg ditakdirkan tidak mampu utk mempunyai anak? Wanita itu tidak henti berdoa sambil memuji Allah. Hinggalah satu hari dia dtg menemui Nabi Musa dan menunjukkan anaknya. Nabi Musa terkejut gembira dan hairan. Allah memberitahu pada Nabi Musa, sesungguhnya rahmatKu mengatasi segalanya. Ada insan yg baru saja terlintas di hati dan berharap di dalam hatinya tanpa dilafazkan dan Allah menjawab doanya. Dialah Rasulullah Sallallahi Alaihi Wasalam. Ketika Rasul berharap di dalam hati ttg kiblat solat bg kaum muslimin agar dapat di

DUNIA VS AKHIRAT

Kadangkala, kita sibuk dengan tugasan harian. Terkejar masa ke sana dan ke sini. Urusan peribadi, urusan pekerjaan, urusan keluarga, berhibur, dan bermacam lagi. Malangnya kadangkala kita terleka sangat sangat dengan urusan dunia, bukannya kita tidak mengingati urusan Allah. Kita ingat akan Ia, cuma sikap menangguh nangguh menjadikan kita lalai dan alpa. "ah nantilah dulu, ahh kejap lagilah" membuatkan kita akhirnya terkejar2 terutamanya dalam bab solat. Hinggakan kita selalu lewat di akhir waktu. Terlepas? Adakalanya kita diamkan sahaja. Kemudian kita mengeluh, kenapa doa kita sering tidak tertunai. Kenapa kita sering dilanda musibah? Kenapa pertolongan Allah tidak sampai? Sedangkan Allah telah berfirman: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al Baqarah ayat 45) Dan kelalaian kita mengingati dunia melebihi akhirat telah disebutkan di da

NIKMAT PENGLIHATAN

NIKMAT PENGLIHATAN Ada mereka yg dilahirkan tanpa kemampuan utk melihat. Ada yg mampu melihat namun hilang daya penglihatan di akhir akhir masanya. Mungkin faktor kemalangan, penyakit ataupun sesuatu yang Allah kehendaki. Dua perbezaan mungkin berlaku. Yang lahir dengan kekurangan ini mungkin akan berkata "alangkah indahnya jika dpt melihat itu dan ini". Jangan bersedih. Allah cintakan kamu sebab tu Allah memelihara pandangan mata mu utk akhirat kelak. Yang hilang penglihatan setelah terjadinya sesuatu kejadian. Syukurilah walau ada yg mungkin akan tertekan dan mengeluh "alangkah ruginya aku tidak membaca itu dan ini.. Alangkah ruginya aku, mata ini digunakan utk perkara yg mungkar... Alangkah ruginya aku kerna tidak dpt melihat fulan bin si fulan lagi, ahli keluargaku, memandu sendiri ke masjid dan sebagainya" Jangan dikeluhkan, benar ianya berat. Benar ianya mengusik jiwa dan perasaan. Benar ia meruntun kalbu dan hati yg gundah. Lihat pada sisi hikmah.

"ENCIK, NAK BELI TISU?"

"kak berapa ni?" Amir memanggil tauke kedai untuk mengira makan tgaharinya. "Rm2.50 je sudahlah amir.. Air tu akak belanja. Setakat nasi putih ngan telur mata je." Amir tersenyum. Di belek belek wang dalam walletnya. Cuma ada RM5 sahaja. Dihulurkannya pada tauke kedai tersebut. "nah baki kamu... Bawak motor tu elok elok tau.." pesan tauke kepada Amir. Amir angguk sambil tersenyum. Sedang dia hendak berjalan menuju ke motornya. "assalamualaikum.. Nak beli tisu tak encik?" Kedengaran suara seorang lelaki dipimpin oleh seorang wanita. Lelaki itu kelihatannya buta, namun wajahnya tersenyum sambil menghulurkan tisu pada Amir. Dalam hati Amir wujud rasa serba salah. Wangnya tinggal 2.50 sahaja. Namun suara hati berbisik "Allah lihat apa yang Kau lakukan.. Allah takkan biarkan kau kesusahan". Amir tersenyum dan terus menghulurkan baki wangnya itu. Amir terus berlalu pergi. Dalam perjalanannya tiba tiba motornya terhenti, "Allah... Min

PERJALANAN TERAKHIR

Anda kenal apakah ini? Mahu atau tidak, satu hari nanti kita akan berbaring di atas ini. Dipikul dan diusung oleh insan yang mungkin tidak kita kenali. Mahu atau tidak, inilah lambaian terakhir ahli keluarga, sanaj saudara dan sahabat handai yang mengiring kita nanti. Mahu atau tidak, kita ttp akan berbaring walau di dunia kita memilih apa jua pembaringan yang kita mahukan. Tubuh akan disaluti beberapa lapisan kain putih, berserta kapas kapas yang diletakkan di sendi2, sedangkan ketika ini kita menyaluti tubuh dengan pelbagai jenama yang kita inginkan. Pelbagai gaya yang kita gayakan. Pelbagai fesyen yang kita mahukan. Yang paling menyayat hati, ketika ini mungkin kita ada keegoan, ada kesombongan, ada tinggi diri, ada perasaan lebih bagus dari yg lain, ada rasa ujub memiliki yg lebih baik dari orang lain, ada rasa riya' berbanding orang lain. Tapi ketahuilah, urusan terakhirmu bukanlah di tangan mu sendiri, orang lain yang akan memandikanmu, orang lain yang akan mengkafankan

PERJALANAN YANG INDAH

Saya yakin anda semua kerap membaca Al Quran dan tafsirnya. Tahniah.. Seronok kan? Sebab ada pelbagai perasaan ketika membacanya. Lebih2 lagi bila kita menghayati tafsirannya dari awal hingga akhir. Umpama sebuah perjalanan yg sangat indah. Dimulai dengan pengenalan tujuan Al Quran diturunkan, kita dibawa menyelusuri pelbagai perkara. Kita di bawa mengenali sejarah silam para rasul yg berhadapan dengan kaum dan penentangnya, kemudian kita di bawa kepada keindahan syurga Allah, kemudian kita di bawa pula kepada kerasnya neraka Allah. Namun Allah membawa kita utk menghilangkan kerisauan kita itu dengan perkara yg mampu mendekatkan diri kita dengan syurga, kemudian Allah bawa kita kepada perkara yg menjauhkannya pula dari kita. Tidak cukup itu, kita disajikan pula dengan pelbagai keagungan dan kebesaranNya dalam mencipta makhluk dan segalanya. Allah bawa kita mengenali kekasihNya, Allah bawa kita menyelusuri segala kalam yang jelas dan nyata hanya Allah saja yang berkuasa di dalam ha