Pengalaman... pengalaman adalah sesuatu perkara yang kita dapati sepanjang perjalanan hidup kita. Pengalaman boleh menjadi satu pengajaran, peristiwa manis, peristiwa pahit ataupun sesuatu yang kita jadikan sebagai teladan dan juga ilmu. Ada orang yang bangga dengan kutipan pengalamannya, ada orang yang menyimpan pengalamannya, ada orang yang berkongsikan pengalamannya, ada juga orang yang belajar dari pengalamannya dan ada juga segelintir yang tidak sedar akan pengajaran dari pengalaman lalu....
Belajar dari pengalaman....pernah anda tunggang basikal? bagaimana pengalaman kali pertama? tentu sukar bukan untuk belajar menunggang, belajar nak stabil kan pemegang, belajar nak mengayuh, belajar nak berhenti..dan seumpamanya lagi.. namun dengan pengalaman itu membuatkan kita mahir untuk menunggang basikal. Samalah dalam kehidupan kita ini, pengalaman jatuh bangun kita, suka duka kita, gelak ketawa kita, kesedihan kita sedikit sebanyak mencorakkan siapa kita pada hari ini.
Aku inginkan kongsi kan satu skop berkenaan pengalaman... ini hanyala perkongsian antara rakan ku dan diriku..sorang hamba ALLAH.. rakan ku ini ku bahasakan sebagai F sahaja ye.. F bercerita tentang kisah kehidupannya yang lalu...pada mulanya aku tidak ingin bertanya lanjut..tapi F sendiri yang ingin bercerita..F mengaku dia tidaklah seperti yang disangka. Dahulu kehidupan F penuh dengan kemaksiatan... hidup bergelumang dengan arak, wanita, dadah, berjoli sana sini, main nombor ekor dan sebagainya.......faktor wang tidak menjadi permasalahan bagi F.. minum arak ibarat seperti minum air suam..hubungan sexual bertukar tukar.... hisap dadah seperti menghisap rokok.. dan pelbagai lagi..bertahun dia bergelumang didalam kemaksiatan...diringkaskan cerita ketika suatu hari dia sedang khayal menikmati najis dadah, terlintas di fikirannya.... Ya ALLAH, jika aku mati ketika aku sedang begini...apakah balasan untuk ku...pada mulanya lintasan itu hanyalah lintasan...terkadang tidak diendahkannya...namun untuk seketika waktu setiap kali dia melakukan maksiat...ada sahaja lintasan itu didalam hatinya...sehingga pernah satu hari dia khayal dan menangis teresak esak memikirkan kenapa.. sampailah suatu masa ketika dia hendak berbuat maksiat dengan seorang wanita, dia seakan terdengar...ada suara yang berkata "INGATLAH!!!" berulang kali dia mendengar perkataan itu hingga niatnya untuk melakukan hubungan haram itu terhenti seketika...esoknya dicuba pula untuk meminum arak...terdengar lagi bisikan yang sama...hingga dia termenung sendiri dan tertanya..apakah ini peringatan dari ALLAH? perlahan lahan dia mula meninggalkan satu persatu aktiviti maksiatnya...
F berkata lagi...ketika seronok berbuat maksiat..kebanyakan kawan yang dijumpainya hanya menjurus ke arah itu...tidak pernah dia menjumpai orang yang dapat membawanya kembali ke jalan yang benar.. namun setelah dia bertekad di dalam hati untuk cuba mencari kembali ilmu ALLAH, satu persatu dia berkenalan dengan rakan rakan yang mampu membimbingnya.. F memberitahu lagi, dari situ dia nampak jika kita bersungguh sungguh untuk kembali ke jalanNya dan cuba meninggalkan laranganNya...ALLAH akan menghantar bantuan...perjumpaan bersama sama rakan baru banyak membantu dirinya.. dari tergagap gagap untuk membaca alfatihah..alhamdulillah dia sudah lancar dalam sebutannya... jika dulu solat itu pun dia tidak tahu..kini dia tahu bagaimana rukunnya dan syarat sahnya.. yang paling menyedihkan bila F kata, aku dulu tak tau pun nak mandi wajib macam mana... dia bersyukur kerana ketika masih muda ALLAH dah beri petunjuk dan rahmat untuk dia kembali ke jalannya....dia masih lagi sedang berusaha memperbaiki diri...F berpesan... cubalah untuk mencintai diri sendiri agar tidak terjerumus ke arah kemaksiatan...dan yang menjadi motivasinya sekarang adalah berdasarkan kepada sandaran hadith ini..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.
Setiap hari dia masih mengharapkan dan memohon keampunan dari ALLAH terhadap dosa dosa yang lalu...bagi F, jika belum pernah melakukan maksiat, janganlah dicuba....walaupun sekecil mana...ianya umpama api...dari kecil membara ia boleh marak sehingga kita sendiri tidak mampu mengawalnya...Alhamdulillah...F telah banyak memberikan pengajaran tentang pengalamannya.. kita sama lah berdoa agar F sentiasa dilindungi oleh ALLAH... kita juga bukanlah insan yang sempurna...mungkin entah esok atau lusa kita akan terjebak ke kancah ini..kita hanya mampu mengharapkan semoga ALLAH melindungi kita dari berpaling dari jalanNya... apa kata kita memanjatkan doa agar diri kita, keluarga kita, sahabat kita, rakan rakan kita, serta semua kaum muslimin muslimat sentiasa di bawah payung keredhaan ALLAH........ :
Ya Allah ya tuhan kami, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW...Ya Allah, kau ampunkan lah dosa kedua ibu bapa kami, dosa isteri / suami kami, dosa adik beradik kami,dosa saudara mara kami, dosa sahabat sahabat kami, dosa rakan dan kenalan kami, dosa muslimin muslimat dan mukminin mukminat sama ada yang masih hidup atau telah pergi meninggalkan kami..serta kau ampunilah dosa kami ini ya Allah..Ya Allah, Kau lindungilah mereka serta kami dari azab api neraka yang teramat siksanya..lindungilah mereka dan kami dari azab kubur..lindungilah mereka dan kami dari azab serta siksaan sakaratulmaut...lindungilah mereka serta kami dari fitnah dunia...lindungilah mereka serta kami dari kerosakan dunia serta kejahatan dan bisikan syaitan..
ya Allah, Kau kurniakanlah pada mereka serta diri kami kemewahan di akhirat dan di dunia..kebahagiaan di akhirat serta di dunia, ketenangan di akhirat serta di dunia..kesenangan di akhirat serta di dunia dan rezeki yang melimpah ruah..jadikanlah mereka dan kami orang yang sabar, orang yang bersedekah, orang yang tidak riak dan sombong terhadap nikmat yang telah Engkau berikan ya Allah....jadikanlah mereka dan kami hambaMu yang soleh /solehah serta berkatilah mereka serta kami agar sentiasa tetap dalam ibadah terhadap Mu...perkenankanlah doa kami ini ya ALLAH... amin ya rabbal alamin....
akhir kalam...yang baik itu dari ALLAH yang lemah itu dari aku sendiri...jika ada yang tersilap maafkanlah...tegurlah..nasihatlah..kerna kita perlu saling ingat mengingati...moga kebahagiaan di akhirat nanti menjadi kenyataan buat kita bersama..insyaALLAH...
Ulasan