Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

ALLAH SAYANGKAN HAMBANYA

assalamualaikum..... Kita sentiasa mempunyai perasaan sayang dan cinta di dalam diri kita..tidak kiralah sayang pada isteri, adik beradik, ibu bapa, sahabat , kawan kawan, jiran tetangga, alam, haiwan dan sebagainya... Bagaimana rasa sayang itu boleh timbul? Sayang bermula dari perasaan suka..suka terhadap sesuatu perkara..suka bila seseorang mengambil berat tentang diri kita..suka bila kita rasa dihargai..suka bila kita sakit ada yang menjaganya..suka bila kita lapar atau dahaga ada yang menyediakan untuk kita..suka bila kita bersendiri dan ada yang menemani...suka bila susah ada yang menghulurkan bantuan dan membantu kita.. Orang yang menyayangi kita tidak pernah akan berungut dalam membantu kita.. Begitu juga seharusnya kita tanam kan sifat suka , sayang dan cinta itu kepada sang Pencipta kita yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. ALLAH amat sayang pada hambaNya.. lihatlah apabila kita terkeluar dari landasan yang benar ALLAH berikan hidayah agar kita kembali kepadaNya.. k

PERKONGSIAN KU

Assalamualaikum... Aku teringat pada tahun 2009 aku telah mengambil lesen sebagai IEP ataupun bahasa mudahnya Perancang Kewangan Islam.  Ketika itu aku ambil disebabkan aku sendiri telah mempunyai pengalaman beberapa tahun didalam bidang perbankan islam. Lalu aku tambahkan lagi bidang pengetahuan aku..Bukan aku mahu anda sekalian untuk mengambil atau menulis wasiat dengan ku.. tapi aku cuma ingin berkongsi serba sedikit apa yang masih lagi ku ingati didalam fikiran ku. Aku sendiri pun mempelajarinya untuk menambah ilmu sedia ada bukan niat untuk menjual pada mulanya pun... aku pun dah tak bergerak aktif.. tapi sayang juga aku tak memanfaatkan ilmu yang ada ni untuk orang lain.. Jadi ni sekadar perkongsian ringan je... kalau ada yang tersilap bolehlah korang tegur atau tokok tambahkan.. Ramai yang beranggapan wasiat dan pembahagian harta pusaka menurut Islam ini adalah perkara yang remeh dan bukan satu kepentingan untuk dipelajari.  Kebanyakan dari kita akan berkata "ah tkpel

SEHARI SEPOTONG HADITH...

Assalamualaikum... Hadith ini dan juga huraiannya saya ambil dari koleksi hadith JAKIM...jika ada masa dan ingin tahu lagi mengenai hadith hadith yang lain..boleh lah cuba click link dibawah ini..luangkanlah masa untuk membaca dan memahami..AL QURAN kita baca Hadith pun kita kene baca..barulah saling melengkapi antara satu sama lain... http://www.islam.gov.my/e-hadith/bagaimana-ilmu-agama-ditarik-0 Hadith:  Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain. Huraian Hadith:  Is

LIKU LIKU KEHIDUPAN 2

Kenapa Aku Diuji? "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan : "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (QS. Al-Ankabut : 2-3). Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Mahu? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 216). Kenapa Ujian Seberat Ini? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS. Al-Baqarah : 286). Kenapa Hasilnya Seperti Ini? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (QS. Ali I

LIKU LIKU KEHIDUPAN

Hidup kita selalunya penuh dengan cabaran dan berliku liku.. setiap orang menghadapi pelbagai pengalaman dan juga pelajaran dalam mengenali sebuah erti kehidupan.. ada kalanya kita jatuh..ada kalanya kita bangun..adakalanya segelintir dari kita sudah mati dari kehidupan sebelum dia mati dengan sebenarnya. Kita sering memandang enteng atau mudah terhadap perjalanan kehidupan kita. Bukan semuanya namun ada segelintir yang masih tidak mempelajari dan meneladani pada setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan mereka. Apakah kehidupan itu sekadar hanya kita bernyawa? sekadar kita menarik nafas dan menghembuskannya? Ianya lebih dari itu... bagi saya kehidupan itu bermula dari paksi yang utama..iaitu kepada Pencipta kita...kemudian kepada diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita..rakan rakan kita, jiran tetangga, kenalan kita,masyarakat, alam sekitar, haiwan dan juga alam ini. Setiap orang mempunyai kaca mata yang berlainan untuk memandang kehidupan.. adakalanya mereka meletakkan

BERSEDIAKAH ATAU BERSERAH?

Nun disana cita-cita kita Ya akhirat namanya Di dunia ini bukan tempat tinggal Di sini hanya sebentar tidak kekal Betulkan niat dari sekarang Tukar sikap kita yang merugikan Qur’an dan sunnah jadikan panduan Agar esok kita tidak kekesalan Biar susah sedikit kerana tuhan Untuk menghindar kesusahan yang besar Yang tidak sanggup ditanggung badan Ambillah ikhtibar kalau mahu sedap Disana tiada taulan yang membela Amal ibadah itulah pembela kita Ayuh bersegaralah membuat kebajikan Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan Pangkat dan harta tidak akan kekal Bahkan apa yang ada akan ditinggal Hidup di dunia hanya sementara Buatlah persiapan untuk kesana Ayuh bersegeralah menuju Allah taatillah Dia minta ampun pada-Nya Wajib bila-bila masa boleh tiba Jangan sampai kita tidak bersedia

BILAMANA SUDAH SAMPAI WAKTU...

Pengalaman... pengalaman adalah sesuatu perkara yang kita dapati sepanjang perjalanan hidup kita. Pengalaman boleh menjadi satu pengajaran, peristiwa manis, peristiwa pahit ataupun sesuatu yang kita jadikan sebagai teladan dan juga ilmu.  Ada orang yang bangga dengan kutipan pengalamannya, ada orang yang menyimpan pengalamannya, ada orang yang berkongsikan pengalamannya, ada juga orang yang belajar dari pengalamannya dan ada juga segelintir yang tidak sedar akan pengajaran dari pengalaman lalu.... Belajar dari pengalaman....pernah anda tunggang basikal? bagaimana pengalaman kali pertama? tentu sukar bukan untuk belajar menunggang, belajar nak stabil kan pemegang, belajar nak mengayuh, belajar nak berhenti..dan seumpamanya lagi.. namun dengan pengalaman itu membuatkan kita mahir untuk menunggang basikal. Samalah dalam kehidupan kita ini, pengalaman jatuh bangun kita, suka duka kita, gelak ketawa kita, kesedihan kita sedikit sebanyak mencorakkan siapa kita pada hari ini.  Aku in

BERBICARA DENGAN ALLAH

Kita selalu menghabiskan masa berbicara dan berbual kosong. Adakalanya kita sanggup berbual berjam jam lamanya dengan orang yang tersayang, rakan rakan, kenalan serta jiran tetangga. Ambil sedikit masa dan cuba renungkan. Berapa lama dalam sehari kita berbicara dengan ALLAH? jika lengkap solat fardhu kita maka sepanjang tempoh solat itu adalah perbicaraan kita dengan ALLAH.. tapi persoalannya cukupkah??? Memang benar asal kejadian manusia dicipta dari tanah...namun harus diingat itu adalah bapa kita yang terawal dulu Nabi Adam A.S... namun kesinambungannya penciptaan kita hasil dari nutfah ataupun air mani. Tak perlu aku menghuraikan penciptaan manusia. Namun cuba difikirkan kembali betapa asal usul kejadian kita. Maaf jika agak kasar namun itu hakikatnya. Sebagai makhluk yang diciptakan perlukah dan wajarkah kita berpaling dan memandang sepintas lalu kepada Pencipta kita??? ALLAH tidak pernah mengabaikan hambaNya cuma kita sahaja yang selalu mengabaikanNya..  Pernah tertanya

SEDEKAH ITU SATU PELABURAN

Adakah sedekah itu satu pelaburan (investment)? Sebelum kita berbual mengenainya biarlah kita hayati beberapa senarai hadith yang saya ambil dari koleksi hadith JAKIM antaranya: Fadhilat Bersedekah Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)." Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cuk

SALAM DAN BUAT APA TU?

Ucapan salam dan selawat didahulukan buat kita mengenali antara satu sama lain. Alhamdulillah kemudahan teknologi masa kini telah banyak memberi manfaat kepada kita semua. Perhubungan untuk mengeratkan sillaturrahim sudah semakin mudah dengan adanya teknologi dan gadget gadget terkini. Jika suatu masa dahulu ketika ku masih menuntut di sekolah menengah, belum ada lagi tablet, ios device, android device, dan bermacam gadget yang tak pandai ku nak sebutkan... Pada masa itu hanya surat dan telefon awam yang menjadi kegunaan untuk menghubungi suatu sama lain. Ketika aku berumur 13 tahun aku telah memasuki asrama jauh dari tempat asalku..aku tinggal di perak namun aku bersekolah di negeri sembilan. Bayangkan usia yang masih kecil pada waktu itu aku terpaksa berjauhan. Tiada handphone untuk sms keluarga, tiada skype untuk video call, tiada facebook untuk bermesra. Apa yang ada helaian lembaran surat yang ku tulis buat keluarga tercinta. Wang pemberian ayah di simpan sebaik mungkin buat mene