Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Aku dan kamu

Kamu dan aku dua yang berbeza, Aku dan kamu berlainan jiwa dan raga, Namun aku dan kamu berkongsi satu rasa... Rasa ada satu yang membuatkan kita bahagia, Bahagia itu tidak dipura namun ianya hadir tanpa dipaksa, Kehadiran itu bagaikan dipanggil dengan nada dari jiwa, Walau apa pun, Kau tahu apa yang ada di hatiku, Ku tahu apa ada di hati mu.. Genggam tangan ku.. ayuh, pintu itu kita buka bersama, Pintu jalan menuju bahagia......

PUISI BUAT IBU

IBU, kata nama yang membawa seribu erti, kata nama yang membuatkan seseorang sentiasa mencari, kata nama yang melahirkan insan berpekerti tinggi. IBU, Bila si kecil sakit kau berjaga, Bila si kecil lapar kau berusaha mengenyangkannya Bila si kecil mengaduh kesakitan, air mata kau mengalir mengharapkan kesakitan itu kau yang rasai. IBU Kau tersenyum melihat kami membesar dan berjaya, Kau tersenyum melihat kami mendirikan rumahtangga Namun di hati kau menangis kerana merindukan keletah kami semua. IBU Kehadiranmu amatlah dirindui. Buat mereka yang mempunyai ibu sayangilah ibu mu, Buat mereka yang masih mempunyai ibu, kucuplah dahi ibumu, Peluklah tubuh ibu mu....kerana dia berjaga dan bersusah payah membesarkan mu.... IBUku...AL Fatihah buat mu

Indahnya Sabar

Indahnya dalam menempuh kesabaran, bila hati menunjukkan keikhlasan. Kegembiraan walaupun kecil akan dikurniakan. Memang kita bukanlah ilmuwan akhirat, namun ilmu yg sedikit itu kadang kala berguna buat menempuh hari berlalu. Benar kalam Allah akan wujud hikmah dan anugerah di setiap kesabaran. Jadi jalan sabar itu yang ku pilih. Sabar dengan karenah, sabar dengan ujian, walaupun kadangkala aku tergelincir tapi aku gagahkan kembali untuk mendaki jalan itu. Tergelincir lagi, aku daki kembali. Dengan harapan dan doa agar sifat berputus asa tidak wujud dalam kamus hidupku. Sedangkan iblis tidak pernah berputus asa mengapa mesti aku. Aku merasa kenikmatan kecil pagi ini, segala puji bagi Mu ya Allah.. terima kasih atas kurniaanMu di atas kehilangan ku selama ini. Hati itu sukar untuk mengerti, kepercayaan itu sukar untuk diberi..ikhlaskan sahaja agar dia mengerti.

Sujudku

Ku terhenti berlari Berdiri dalam qiam ku sujud sepi Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini Ya Rahman Ya Rahim Terangkan jalan kasih ku pada Mu Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu... Ku mohon Engkaulah yang menjaga ku.... Kerna ku sentiasa di bawah takdir Mu Tercari di ruang sunyi Jangan lepaskan kasih sayang Mu Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku Ya Allah Ya Tuhanku JANGANLAH kau serahkan padaku menjaga diriku......

PUISI II.IV.IV.III.IV

puisi 10.35am Dua.. mata berat dan sendi terkunci, melodi memuji ku pinggirkan sepi,  Mereka berdiri, aku begini.. Empat tiba di tengahari, ah aku masih di kamar rezeki, Mereka terhenti sejenak memuji ILAHI, aku masih leka ibarat dunia ini lama lagi... Empat di petang waktu kau datang, nanti, nanti...bukankah masa itu panjang lagi... sebentar, sebentar itu sekejap... Tiga memanggil di ufuk senja... ahhh.. aku penat..penat mencari dunia... biarkan aku berehat, waktu itu tak kemana... lalai leka, aku terpinggir lagi... Empat tiba lagi terakhir buat hari, Bersalah? Benci? Leka? Aku diamkan sahaja... Perlahan mata dipejam bagaikan tiada dusta yang berlaku... Mungkin ini aku atau kamu... Namun jauh di sudut hati, kita tahu...DIA TAHU... ALLAHU RABBI....

BILA MANA MATA TERPEJAM SEKETIKA

Salah satu nikmat yang ALLAH berikan adalah penglihatan... kita memandang kebesaran ALLAH yang ALLAH telah ciptakan untuk kita. Kita menghargai setiap kecantikan dan kebesarannya. Tidak kiralah ianya insan, alam, atau apa jua yang kita lihat memperlihatkan kebesarannya. Namun pernah tak kita terfikir bagaimana jika apa yang kita lihat pada hari ini adalah pemandangan yang terakhir bersemadi di dalam fikiran. Bagaimana jika esok kita tidak boleh melihat lagi? Adakah kita akan redha dengan ujian yang ditimpakan? atau kita akan menangis dan merintih mengenang nasib yang malang? percayalah saat kita mengaku kita beriman terhadapNya, ALLAH akan menguji kita dari setiap sudut tanpa kita sedari. Ramai saudara kita yang lahir tanpa melihat kebesaran ciptaan yang MAHA ESA...namun mereka tetap dapat melihat dengan jiwa mereka. Mereka tetap mengagumi kebesaran ALLAH dan mereka tetap redha dengan apa yang berlaku dan itu bukanlah penghalang buat mereka menuju kejayaan. sedangkan di dalam sur

MATI

pagi ini dapat hirup udara segar .syukur Allah memanjangkan hari aku satu hari lagi...jika diikutkan perkiraan hari  masa tu mungkin amat menakutkan.. tapi sebagai hambaNya..sentiasa la kita bersangka baik dengan fitrah dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT...hidup ini indah bila diserikan dengan segala rencah kehidupan. melihat insan lain ketawa dan bahagia akibat dari tindakan kita adalah satu nikmat yang tidak terhingga. bergelak ketawa dalam meneruskan kehidupan tapi dalam masa yang sama kita menyusuri akar kejadian untuk kita pelajari erti menjadi seorang insan. sedangkan Allah berfirman. TIDAK AKU JADIKAN MANUSIA DAN JIN INI SELAIN UNTUK BERIBADAH KEPADAKU... ibadah itu dalam pelbagai cara. kerja itu satu ibadah..tanggungjawab itu satu ibadah .. bahkan hidup kita ini juga satu ibadah.. hanya kita yang terleka dalam menyusuri perjalanan ibadah kita... tiada siapa yang mahu memilih untuk terpesong dari jalan kebenaran..namun fitrah hati manusia yang berbolak balik di dala

BILA HATI TELAH HITAM..... PERJALANAN KAMI...

BILA HATI TELAH HITAM... a pabila satu hari bos aku meminta aku untuk membantunya dalam menyiapkan penulisan skrip untuk 13 episod ini, aku teragak agak samaada aku mampu atau tak.. dalam proses perjalanan menyiapkan skrip ini banyak yang aku pelajari.  Sesungguhnya hati manusia itu senang untuk berbolak balik apabila berhadapan dengan satu situasi. kadang kadang kita hidup dalam keadaan menafikan apa yang realitinya kita hadapi. Kita teragak agak membuat keputusan, adakalanya keputusan yang kita ambil itu kita fikirkan adalah yang terbaik untuk kita. Padahal adakalanya keputusan yang kita ambil tu sebenarnya merosakkan kita dan menjauhkan kita lagi dari jalan yang sepatutnya. Hati manusia itu asalnya sama, tak kisahlah kau hensem, cantik, atau kurang dari segi segalanya. Namun kadangkala, keadaan sekeliling yang membuatkan kita tersalah dalam percaturan kehidupan.  Tapi kita hidup di dalam lindungan AR RAHMAN dan AR RAHIM... so, kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah agar a

BANTU MEMBANTU

ASSALAMUALAIKUM...  semoga semua pembaca dalam keadaan sihat walafiat hendaknya... hari ini hari permulaan pada tahun 2015.. 2014 telah meninggalkan begitu banyak kenangan bagi musafir dan keluarga. Dalam masa yang sama, bukan Musafir sahaja yang melalui kisah suka duka.. tetapi saudara kita di pantai timur, Perak, dan beberapa kawasan lagi turut mengalami kedukaan masing masing. Musafir tak nak komen panjang mengenai banjir sebab ramai yang dapat info dari FB dan sebagainya. Musafir cuma nak kongsikan satu pengalaman ketika Musafir menghantar sedikit bekalan tak seberapa di pusat pengumpulan bantuan di seksyen 8 shah alam.. korang boleh agak kot kat mana..  Malam tu Musafir lihat ramai sungguh yang datang membawa bantuan masing masing.. ada datang berkotak kotak, ada yang datang siap bawak van.. ada yang datang berjinjit tangan kiri kanan... Musafir je datang bawak beg plastik tiga ketui.. hat tu je isi barang beli kat kedai runcit mamak kat putrajaya..  Nak jadikan cerita