Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

SURAH AL QIAMAH MAKNA AYAT 1 HINGGA 40

Surah Al Qiamaah. Maksud ayat 1 hingga ayat 40. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 1. Aku bersumpah dengan Hari Kiamat; 2. Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! 3. Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? 4. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). 5. ‎Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat). 6. ‎Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" 7. ‎Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), 8. ‎Dan bulan hilang cahayanya, 9. ‎Dan matahar