Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

PUISI BUATMU SAUDARAKU - INDONESIA

Wahai saudaraku di seberang sana, Kamu semua telah diuji dengan pelbagai ujian, Di daratan kau digoncang dengan gempa, Di lautan, airnya meninggi menghempas ke tepian, Di udara, kau jatuh terhempas menggegarkan jiwa dan raga, Wahai saudaraku di seberang sana, Kuatkanlah semangatmu, Tidak kira apa jua warna kulit, bangsa dan agamamu, Kuatkanlah hati dan perasaanmu, Aku tidak mampu mengatakan untuk bersabar, Kerna aku tidak mengalaminya dan aku tidak merasainya, Namun aku boleh mengatakan bahawa, Kami di sini sentiasa berdoa untukmu, Wahai saudaraku di seberang sana, Ini bukan masa untuk kita berbalah, Ini bukan masa untuk kita berantakan, Ini bukan masa untuk kita mencari perbezaan, Wahai saudaraku di seberang sana, Jika kau lemah, sambutlah tanganku, Jika kau tidak mampu melangkah, Izinkan aku memimpinmu, Jika kau duduk tersandar, Izinkan aku menemanimu, Wahai saudaraku di seberang sana, Kau tidak keseorangan... Dari saudaramu di Malaysia, Raisz Ahmad

KASIH NAN TERINDAH

Buatmu Aku hadir sepintas lalu Aku hadir hanya tuk menghadirkan senyummu Aku hadir tuk melihat kau bangkit dari kegelisahanmu Aku hadir utk menjadi ubat ketawa ceria pada hari-hari yg berlalu Buatku Kamu sangat berharga Buatku Kamu sangat indah Buatku Kamu sangat teristimewa Buatku Kamulah kunci kebahagiaan yg diidamkan Buatku Senyumanmu pengubat segala sengsara Wahai waktu Mengapa kau cemburu Wahai waktu Mengapa memisahkanku dannya Wahai waktu Putarkanlah kenangan yang indah Wahai waktu Jangan kau paparkan air matanya yang menitis di hadapanku Wahai waktu Kasihinilah diriku Wahai Tuhan Kau lebih mengerti apa yg ada di dalam hatiku... Raisz Ahmad Artikel ini di taja oleh: TONE WOW TONEPLUS BY PUAN HAMEEDA TONE WOW "Why choose to be ordinary when you can be extraordinary"

SALAM TAKZIAH BUAT LION AIR JT610

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN. Kami dari warga kerja BicaraSiMusafir mengucapkan salam takziah kepada para kakitangan LION AIR serta ahli keluarga kakitangan dan para penumpang yang terkorban dalam nahas.

ROMANTIKA SEORANG SUAMI

Artikel ini ditaja oleh TONE WOW  "Why choose to be ordinary when you can be extraordinary" Klik link untuk makluman lanjut: PUAN HAMEEDA Dipetik dari kisah benar dalam hidupku suatu masa dahulu Lokasi: parking office Wife: lambat abg sampai bang? Aku: ha ah... meeting abis lambat tadi.. dah jom masuk kete.... (Dalam kereta) Wife: bang... Aku: apa dia? Wife: takde apalah.. Aku: eh ckpla... nape awk? Wife: bang.. abg da makan ke? Nak sy masak ke? Aku: takpela...td meeting da makan...diorang ada order sekali tadi... awk lapar ke? Wife: eh taklah.. just tanya.. Aku: (actually saat ni aku tau dia sgt lapar.) Silence seketika.. kereta belok masuk stesen minyak... Wife: eh nak isi minyak ke bang? Kan bnyak lg... Aku: toilet jap wak...sat.. After 5 to 7 min.. Aku: nah.. ni ada air coklat ngn bun... yg redbull tu abg punya.. alas perut.... sampai kedai dekat umah nnti kita makan sama... tak makna abg da makan, abg x nak spend masa makan ngn awk...aw

TAHNIAH JUARA PIALA MALAYSIA 2018!

Tahniah kami ucapkan dari warga kerja BicaraSiMusafir diatas kejayaan menjulang Piala Malaysia kali ke 8. Tahniah Perak! Pantang mengenal putus asa!  Kredit Gambar: KINGSMET/INSTA: emmetkhalid

RUMAHKU SYURGAKU BAHAGIAN TIGA - KEMAMPUAN VS KEINGINAN

ARTIKEL INI DITAJA OLEH: 'Kenapa perlu yang biasa jika ada yang lebih luar biasa?' Untuk makluman lanjut sila hubungi: Puan Hameeda www.wasap.my/601164825962/tonewow Atau sila ke laman Facebok: Tone Wow Toneplus "UKURLAH BAJU BADAN SENDIRI" Pepatah orang lama bila bersangkut paut dengan kemampuan diri kita sendiri.  Apa kaitan pepatah ini dengan tajuk posting saya? Sangat berkaitan sebenarnya.  Kita dah berbual secara sekilas pandang mengenai lokasi dan jenis rumah. Kali ini kita berbual off topic sikit tapi agak penting sebenarnya kerana ia bersangkutan dengan kemampuan. Ya, kemampuan. Dimana kemampuan ini menjadi satu titik tolak yang amat penting didalam anda merancang untuk sesuatu pembelian terutamanya sebuah kediaman.  "KALAU ENCIK AMBIL RUMAH INI, PINJAMAN ENCIK BESAR. INSTALLMENT PUN TINGGI NI TUAN..." "Nak risau apa...gaji aku besar" "errr... boleh join income dengan wife kan? so apa nak risau" &qu

ANA UHIBBUKA FILLAH

Assalamualaikum. Lama aku tidak menulis di sini. Maafku pinta sebab kesibukan hal dunia. Tadi aku ambil angin petang sambil snorkling di pulau pangkor. Lepas dari snorkling, aku duduk sendirian di tepian pantai sambil layan youtube. Youtube recommended pada aku lagu "ana uhibbuka fillah", aku tak pernah dengar pun sebelum ni. So bila aku dengar, aku rasa sayu sangat dihati.  Background video ni pasal cinta seorang wanita terhadap lelaki yang soleh. Namun fikiran aku melayang dan membayangkan kasih sayang seorang ayah/ibu terhadap anaknya. Setiap bait lirik ni aku merasakan keadaan dan maksud yang aku lihat dengan hati ini. Kat bawah ni lirik lagu tersebut, dalam kurungan tu pula adalah perasaan yang kurasakan jauh di dalam hati. Maaf atas kekhilafan.  Saat pertama ku mengenalmu (wahai anakku, ketika lahirmu aku merasakan sangat bahagia di dalam hati ini.) Ku rasa sesuatu yang berbeda (kehidupan ku kini tidak seperti dahulu, ada kebahagiaan yang akan sentiasa

RUMAHKU SYURGAKU BAHAGIAN 2

Macam mana? Dah berbincang dengan pasangan anda tentang lokasi rumah yang ingin anda miliki? Dah fikir dalam dalam tentang lokasi tersebut? Saya beranggapan anda selesai melakukan perbincangan tersebut bersama pasangan anda. Sekarang mari kita berbual tentang jenis rumah yang ingin anda miliki. Terlalu banyak jenis rumah yang ada di sekitar kita, jadi saya hanya ambil contoh beberapa jenis rumah yang mungkin sesuai untuk dibicarakan. YANG TINGGI ATAU YANG RENDAH?  Satu persoalan yang sering bermain di fikiran kita, nak beli kediaman jenis yang bagaimana. Apartment? Teres? Bungalow? Flat? Kondo? Studio? Villa? Jawapannya adalah subjektif.  Ianya bersesuaian dengan corak kehidupan keluarga anda, bilangan ahli keluarga anda dan yang paling penting cara anda ingin mendapat privasi dari sekeliling anda. Anda jenis ramah mesra bersama jiran tetangga anda? Pilihlah rumah teres yang bersesuaian dengan anda. Suasana kejiranan yang agak meriah ketika musim perayaan dapat diras

RUMAHKU SYURGAKU BAHAGIAN 1

ARTIKEL INI DITAJA OLEH: COWAY BY FAISAL En Faisal Coway Salam dan selamat pagi. Aku kongsikan artikel mengenai pembelian rumah. Artikel ni dah lama. Ada yg dah copy utk mereka yg lain gunakan sebagai tools marketing mereka juga. Aku sharekan tips mengikut pengalaman aku ketika berkhidmat di bank Islam dahulu. Sekarang ni aku masih lagi memberikan nasihat untuk housing loan, auction house dan juga refinancing for debt restructuring. My partner still active di johor bahru, aku hanya turun bila keadaan sangat memerlukan atau complicated cases sahaja. Harap dapat  memberikan manfaat. RUMAHKU SYURGAKU - BAHAGIAN SATU Bila sebut tentang rumah pada masa kini, ia merupakan satu subjek yang amat memeningkan kepala bagi sesetengah daripada kita.  Faktor kewangan menjadi titik utama dalam kita menentukan jenis rumah yang ingin kita beli. Benar jika diikutkan keinginan kita ini, kita mahu saja membeli rumah yang amat selesa. Namun keselesaan itu ada harganya. Lokasi m

KEWANGAN? AKPK?

Korang da ready ke? Sinis aku bertanya.. Aku jarang nak up status pasal kerja aku. So kali ni aku up sikit utk sekadar renungan kawan kawan dalam ni. Aku tak pandai nak memberi hujah tapi aku boleh pesan beberapa perkara: Prepare your takaful policy terutama utk yg bekerja sendiri. Great savings and medical benefits utk waktu kecemasan. Periksa pelan savings korang. Apa plan savings yg korang dah buat sekarang ni? Cash? Gold? Land? Stock exchange, forex? Di mana korang simpan? Tabung haji? Asb? Al awfar? Fix deposit? Flexi savings? Expenses, tolong cut utk perbelanjaan yang tidak perlu. Buat group whatsapp dengan pasangan korang dan send text message tiap kali korang buat perbelanjaan waima beli coklat hacks 20 sen sekalipun. Ini berguna utk track daily expenses korang. End of month korang just transfer ke excel. Korang boleh sum jumlah expenses korang vs monthly income korang. Restructure/consolidate your debt. Dlm keadaan tak menentu ni sangat penting utk korang struktur ba

ALLAH YANG MENGATUR SEGALANYA

Assalamualaikum.. Since mlm tadi blog aku da ada seorang penulis tamu. Aku suka dengan tulisan dia yg merentap jiwa dan raga seorang yg bergelar muslim. Every words yg dia tulis walau ringkas tapi terasa menusuk ke hati. Mungkin kerana dia seorang muallaf maka kemanisan Iman yang dirasakan olehnya berbeza dengan aku yg mengenali Islam secara keturunan. Mungkin kerana sebab itulah aku terleka dan lalai. Pertemuan aku dengannya adalah kehendak Ilahi. Bukan saja kehendak dan diaturkan oleh Allah malahan aku pernah berdoa utk bertemu dengan seseorang sepertinya. Mengapa? Kerna aku cemburu dengan cintanya pada agama. #tillJANNAH Raisz Ahmad

WAHAI LELAKI, WAHAI WANITA

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Lelaki, Kalau korang tau macam mana tajamnya pandangan korang,,, Peti besi kat bank pun korang boleh tembus kira duit berapa juta dalam tu. Lokasi Dragon ball kat planet Namek pun korang boleh tau kat mana. Apatah lagi sehelai kain yang membaluti tubuh seorang wanita! Sebab tu Allah wajibkan tundukkan pandangan! Supaya iman korang sentiasa terpelihara! Wanita, Kalau korang tau macam mana mata lelaki berfungsi,,, Korang tak kan berani buka aurat, Korang tak kan berani pakai tudung singkat, Korang tak kan berani berpegangan tangan dengan lelaki, Korang tak kan berani lalu depan lelaki. Kalau boleh nak sediakan jarak sebesar tembok besar China. Kalau boleh nak letak peluru berpandu, machine gun, bom atom, laser kat siapa² yang cuba nak curi pandang korang. Sebab korang seindah² ciptaan Allah! Sebab tu juga Allah kurniakan sifat malu kat korang. Sebab tu juga Allah suruh tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tanga

MISTERI KEMATIAN

*MISTERI KEMATIAN* Janganlah cemas ketika anda hendak wafat. Janganlah terlalu cemas juga ketika jantungmu berhenti. Janganlah juga panik saat engkau merasakan  sekarat Jangan perdulikan jasad anda yg akan hancur Kerana kaum muslimin ada saja yang... Akan melaksanakan kewajiban mereka 1. Menanggalkan pakaianmu 2. Memandikanmu 3. Mengkafanimu 4. Menggalikan lobang lahatmu 5. Mengeluarkanmu dari rumahmu 6. Mengangkat jenazah kamu ke van jenazah 7. Mengantarkanmu ke tempat tinggal barumu (kuburan) 8. Banyak orang yg akan berdatangan untuk mengangkat jenazahmu, bahkan banyak pula yg meninggalkan pekerjaannya demi untuk menguburmu, boleh jadi banyak dari mereka yg melupakan nasihat yg pernah Engkau sampaikan pada suatu hari yg telah berlalu. ً 9. Peralatanmu akan segera diselesaikan, berpindah tangan - kunci-kunci kendaraan dan rumahmu - buku - beg - handphone mu - kasut - pakaian - apabila keluargamu baik, maka mereka akan menyedekahkannya agar i

THE WAY OF THE TEARS

MAY ALLAH EASE AND FORGIVE US ‘And He will provide him from (sources) he could never imagine.  And whoever puts their trust in Allah, then He will suffice him.  Verily, Allah will accomplish His purpose. Indeed, Allah has set a measure for all things.’~  - سورة الطلاق : 3 

RABBANA, KAMI INGIN BERSAMAMU

Ya ALLAH Janganlah biarkan kami berburuk sangka kepadaMu Ya ALLAH kerna jika kami berburuk sangka kepadaMu maka itu tidak akan merugikanMu walau sedikit pun.  Jika kami berputus asa itu juga tidak akan merugikanMu malah ia merugikan kami.  Engkau tidak memerlukan kami malah kami yang memerlukan Engkau Ya ALLAH.  Fahamkan kami tentang ketentuanMu, fahamkan kami tentang kebijaksanaanMu, fahamkan kami dengan kebaikan yang ada disisiMu.  Sehingga kami dapat menjalankan kehidupan dengan secara penuh kebaikan dan penuh kesabaran.  Kuatkanlah iman kami kerna dengan iman itu kami dapat bertahan.  Kami tidak dapat bertahan dengan fizikal kami yang kuat, kami tidak dapat bertahan dengan wang yang banyak, kami tidak dapat bertahan dengan kesempatan yang lapang, kami tidak dapat bertahan dalam satu ujian jika iman kami tidak kuat Ya ALLAH.  Ketika kami lemah dan tidak berdaya, ketika kami merasakan tiada siapa pun yang mampu untuk menolong kami, ketika kami merasakan ujian itu sudah h