Langkau ke kandungan utama

RUMAHKU SYURGAKU BAHAGIAN 1

ARTIKEL INI DITAJA OLEH:

COWAY BY FAISAL
En Faisal Coway









Salam dan selamat pagi. Aku kongsikan artikel mengenai pembelian rumah. Artikel ni dah lama. Ada yg dah copy utk mereka yg lain gunakan sebagai tools marketing mereka juga. Aku sharekan tips mengikut pengalaman aku ketika berkhidmat di bank Islam dahulu. Sekarang ni aku masih lagi memberikan nasihat untuk housing loan, auction house dan juga refinancing for debt restructuring. My partner still active di johor bahru, aku hanya turun bila keadaan sangat memerlukan atau complicated cases sahaja. Harap dapat  memberikan manfaat.

RUMAHKU SYURGAKU - BAHAGIAN SATU

Bila sebut tentang rumah pada masa kini, ia merupakan satu subjek yang amat memeningkan kepala bagi sesetengah daripada kita.  Faktor kewangan menjadi titik utama dalam kita menentukan jenis rumah yang ingin kita beli. Benar jika diikutkan keinginan kita ini, kita mahu saja membeli rumah yang amat selesa. Namun keselesaan itu ada harganya.

Lokasi memainkan peranan penting dalam harga sesebuah kediaman yang ingin kita miliki. Tidak kiralah apa jenis sekalipun atau status milikan sekalipun, lokasi memainkan peranan paling utama.

Faktor ekonomi semasa juga mampu mempengaruhi harga sesebuah kediaman.  Jika dahulu kita lihat rumah yang berskala 20 x 70 boleh dimiliki dengan harga di bawah RM200,000 namun kini agak sukar untuk mencari kediaman berskala ini pada harga sedemikian.  Jika ada pun sesetengahnya merupakan kediaman yang sedang dilelong oleh pihak bank.

Ambil sebagai contoh, sebuah kediaman yang hampir dengan segala kemudahan mempunyai harga yang jauh berbeza dengan sebuah kediaman yang jauh dari segala kemudahan. Kemudahan yang dimaksudkan ini boleh dibahagikan dari pelbagai sudut antaranya:

Masjid
Sekolah
Stesen Minyak
Bank
Balai Polis
Balai Bomba
Hospital
Universiti
Pusat Perniagaan
Jabatan Kerajaan
Kawasan Membeli Belah Utama
Lebuhraya dan Bermacam macam lagi.

Ini baru sedikit faktor-faktor yang menentukan harga sesetengah kediaman.  Adakalanya faktor seperti reka bentuk rumah, pemaju yang membina perumahan juga di ambil kira dalam menentukan harga kediaman tersebut.

10 tahun dahulu untuk mencari sebuah rumah pangsa kos rendah dengan nilai di bawah RM50,000 adalah mudah. Walaupun ianya mempunyai pelbagai kemudahan di sekitarnya.  Pada ketika itu harga lelong sekitar dalam RM17,000 hingga ke RM25,000. Beruntunglah mereka yang dari dahulu telah membeli atau mula melabur dalam sektor hartanah ini.

Lokasi ini bukan sahaja melibatkan infrastruktur di sekeliling kediaman anda. Malahan apa yang ada di depan, di belakang, di kiri mahupun di kanan anda juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh ambil saja sebuah rumah teres satu tingkat yang berhadapan dengan sebuah taman permainan dan juga sebuah rumah terese satu tingkat dari jenis yang sama berhadapan dengan tanah bukit ataupun berdekatan dengan kawasan loji pembersihan. Ianya mungkin akan berakhir dengan harga pasaran yang amat berbeza sekali.

Lokasi yang berdekatan dengan tempat anda bekerja juga kadang kala memainkan peranan penting. Jika and berkerja atau berkhidmat di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi sebagai contoh di bandar bandar besar, mungkin harga kediaman yang anda ingin miliki berbeza dengan kediaman yang agak jauh dari kawasan ini. Kos perjalanan dari kediaman ke tempat kerja juga memainkan peranan penting dalam anda memilih lokasi kediaman. Ditambah dengan faktor harga petrol yang turun naik di pasaran dan kos sara hidup membesarkan anak anak, ini juga mungkin menjadi satu faktor yang anda ingin fikirkan secara lebih mendalam.

Jika lokasi kediaman anda agak jauh dari tempat anda bekerja, anda mungkin harus mempunyai langkah atau pelan sokongan untuk menampung kos kos di luar jangkaan. Sebagai contoh kos jika berlakunya sebarang kecemasan, kos penjagaan anak di nursery atau di sekolah jika mereka bersekolah jauh dari tempat kerja anda dan kediaman anda. Ada pasangan suami isteri yang mempunyai tempat kerja yang berbeza di antara satu sama lain. Masing masing inginkan sebuah kediaman yang dekat dengan lokasi pekerjaan mereka. Di sini perbincangan merupakan langkah penting untuk anda memilih lokasi yang sesuai. Biasanya seorang suami akan memilih sebuah kediaman yang hampir dengan tempat kerja isteri mereka. Ini kerana ia melibatkan faktor keselamatan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Bagi mereka yang meninggalkan anak mereka di nursery untuk penjagaan harian, faktor perjalanan juga memainkan peranan penting.  Jika terlambat untuk mengambil anak anak, maka bertambahlah kos penjagaan mereka kerana caj lebih masa.

Jadi secara amnya sebelum memiliki sebuah kediaman, selidikilah sebaik mungkin di mana lokasi yang anda inginkan. Bincang dan fikirkanlah sebaik mungkin sebelum anda membeli sesebuah kediaman itu. Lokasi mungkin akan menyelamatkan anda dan mungkin juga ianya boleh memberikan satu bebanan tambahan dari segi kewangan.

Apa yang saya tuliskan ini hanyalah bersandarkan kepada pengalaman dan anda boleh saja menyangkal apa yang saya tuliskan di sini.  Anggaplah ini sekadar perkongsian dari seorang rakan kepada seorang rakan.

Raisz Ahmad
Untuk Nasihat Pinjaman Perumahan
Email: keepshout@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sujudku

Ku terhenti berlari Berdiri dalam qiam ku sujud sepi Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini Ya Rahman Ya Rahim Terangkan jalan kasih ku pada Mu Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu... Ku mohon Engkaulah yang menjaga ku.... Kerna ku sentiasa di bawah takdir Mu Tercari di ruang sunyi Jangan lepaskan kasih sayang Mu Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku Ya Allah Ya Tuhanku JANGANLAH kau serahkan padaku menjaga diriku......

LIKU LIKU KEHIDUPAN

Hidup kita selalunya penuh dengan cabaran dan berliku liku.. setiap orang menghadapi pelbagai pengalaman dan juga pelajaran dalam mengenali sebuah erti kehidupan.. ada kalanya kita jatuh..ada kalanya kita bangun..adakalanya segelintir dari kita sudah mati dari kehidupan sebelum dia mati dengan sebenarnya. Kita sering memandang enteng atau mudah terhadap perjalanan kehidupan kita. Bukan semuanya namun ada segelintir yang masih tidak mempelajari dan meneladani pada setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan mereka. Apakah kehidupan itu sekadar hanya kita bernyawa? sekadar kita menarik nafas dan menghembuskannya? Ianya lebih dari itu... bagi saya kehidupan itu bermula dari paksi yang utama..iaitu kepada Pencipta kita...kemudian kepada diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita..rakan rakan kita, jiran tetangga, kenalan kita,masyarakat, alam sekitar, haiwan dan juga alam ini. Setiap orang mempunyai kaca mata yang berlainan untuk memandang kehidupan.. adakalanya mereka meletakkan...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...