Langkau ke kandungan utama

KEWANGAN? AKPK?

Korang da ready ke? Sinis aku bertanya.. Aku jarang nak up status pasal kerja aku. So kali ni aku up sikit utk sekadar renungan kawan kawan dalam ni.

Aku tak pandai nak memberi hujah tapi aku boleh pesan beberapa perkara:

Prepare your takaful policy terutama utk yg bekerja sendiri. Great savings and medical benefits utk waktu kecemasan.

Periksa pelan savings korang. Apa plan savings yg korang dah buat sekarang ni? Cash? Gold? Land? Stock exchange, forex? Di mana korang simpan? Tabung haji? Asb? Al awfar? Fix deposit? Flexi savings?

Expenses, tolong cut utk perbelanjaan yang tidak perlu. Buat group whatsapp dengan pasangan korang dan send text message tiap kali korang buat perbelanjaan waima beli coklat hacks 20 sen sekalipun. Ini berguna utk track daily expenses korang. End of month korang just transfer ke excel. Korang boleh sum jumlah expenses korang vs monthly income korang.

Restructure/consolidate your debt. Dlm keadaan tak menentu ni sangat penting utk korang struktur balik hutang melibatkan agensi kewangan. Fokus pada hutang yg melibatkan kadar bunga yg tinggi (credit card sbg contoh) dan fokus pada hutang yang kau tak tahu apa nilai "late interest charges" yg bakal dikenakan kalau korang tersangkut nk bayar. Conventional mortgage loan biasanya ada hidden clausa mengenai ini, check balik agreement tebal yg korang sign dulu.

Investment, dalam suasana market yang tengah "berair mata" ni tolonglah pilih sebaiknya. Jangan terlalu mengikut hati dan perasaan. Semak portfolio investment yg ditawarkan.

Buntu hutang dengan agensi kewangan berlambak, every month asyik main police sentry.. Tak yah pening kepala, korang gi ngadap AKPK and dapatkan advice utk buat pengurusan kredit ke atas hutang korang. Akpk tak makan org, free service dan korang blh tarik nafas lega sedikit dari kene kejar dengan peminat korang (credit collection).

Nak buat hutang or pinjaman? Korang double check semua perbelanjaan bulanan korang vs monthly income korang. Kalau perbelanjaan dalam lingkungan 60% dari monthly salary atau income maka korang pikirlah masak masak.. Sebab tu tak termasuk dengan perbelanjaan luar jangka dan potongan bulanan pinjaman yang korang bakal mohon.

Nak buat personal loan? Keje gov. Aku sarankan buat semaksimum yang mampu dan buat pembayaran penuh untuk baki hutang lain yang masih ada (cth: rumah, kereta, pinjaman ptptn, credit card and etc) ini akan membuatkan kau cuma fokus pada single debt sahaja. Ada dua hala utk buat reconstruction loan atau debt consolidate sama ada kau buat pinjaman peribadi atau pembiayaan semula hartanah.

Ada bnyk lagi aku nk bagi tips..tapi cukupla.. Aku cakap berdasarkan pngalaman aku dalam bidang perbankan dan pengurusan kewangan. Please, sediakan payung sebelum hujan.

P/s: kat luar sana ramai pakar kewangan juga. Jangan malaskan diri utk bertanya. Paling mudah, korang walk in je ke bank berdekatan dan dapatkan khidmat nasihat mereka. Yang dah tersantak. Tolonglah jenguk pejabat AKPK, sekurangnya ia membantu mengurangkan masalah korang semua.

Raisz Ahmad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...