Langkau ke kandungan utama

ALLAH SEDANG MENANTIMU

Assalamualaikum kepada semua pembaca Bicara Si Musafir.

Maaf kiranya artikel kali ini ringkas dan bersahaja. Sesungguhnya Tuhan sedang menguji kekuatan dan keimanan hambaNya.

Ketika telah habis segala ubatan namun tidak mampu menyembuhkanmu, ketika manusia sudah tidak mampu membantumu maka percayalah. Percayalah bahawa Allah sedang menantimu untuk bermohon dan meminta kepadaNya. Tiada yang mustahil di sisi Allah. Jika Allah berkehendakkan maka ianya pasti akan berlaku. Percayalah dan yakinlah bahawa jalan keluar dari masalahmu sedang Allah sediakan padamu. Tidak kira betapa sedang gelisah hatimu, lara jiwamu, duka perasaanmu, sakit tubuhmu atau penatnya mindamu, Allah menyediakan jalan keluar yang engkau sendiri tidak ketahui. Hanya perlu meminta kepadaNya dan sujudlah mengharapkan keampunan dan diperingankan segalanya.

Insan, kita punya Tuhan yang Maha Besar. Segalanya kecil disisi Allah. "Ya Rabb, aku punya kesulitan dan kepayahan namun Engkau Maha Besar dari apa yang aku alami ya Allah. Maka permudahkanlah"

Moga kita bertemu lagi jika ada kesempatan masa dan kesihatan. Jangan bersedih, jangan berduka. Dunia sememangnya tempat ujian untuk hambaNya. Nantikan syurgaNya dengan pengharapan dan keazaman. Moga kita berjumpa di sana kelak. Wahai insan, jika aku tidak terlihat di dalam syurga Allah dan kalian semua ada di sana. Maka sampaikanlah pada Rabbku bahawa di dunia ini aku membantu untuk agamaNya. Agar kita semua terpelihara.

Semoga anda semua dipelihara oleh Allah Subhanahu Wataala.

Raisz Ahmad

Bicarasimusafir.blogspot.com


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

MENGAPA HIKMAH ITU RAHSIA ALLAH

Aku secara tak sengaja menghubung rakan baikku yang da lama aku tak hubungi.. ex wife aku.. dalam phone aku bertanya.. kenal tak lagi sebab aku call ke office.. spontan dan pantas dia jawab.. abang ke ni??!! Apa mimpi abg call? Borak punya borak...aku dpt tau ex wife aku da pregnant.. ya Allah aku bersyukur sgt bila mana aku dengar dia cakap mcm tu. Sebab lapan tahun perkahwinan kami dulu, kami tak dikurniakan anak sebab ex wife keguguran dan terus belum ada rezeki hingga berpisah. Ya Allah... Kau selamatkanlah dia melahirkan anak dan tambahkanlah lagi rezeki buatnya dan kebahagiaan yang berpanjangan bagi dirinya dan suaminya dan semoga kehadiran cahaya mata itu menambah lagi kegembiraan mereka. Belek belek email.. aku jumpa email terakhir aku hantar pada 1/8/2014 sebagai seorang suami. To my lovely person... First of all abg menyusun sepuluh jari memohon maaf menganggu awak.. 8 tahun bukanlah satu waktu yg singkat bagi kita melupakan segalanya dlm sedetik waktu..sesungguhnya...

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...