Langkau ke kandungan utama

UNTUKMU WANITA

Wahai insan yg bergelar wanita..
Maafkan kami jika kami tidak memahamimu..
Maafkan kami jika kata kami kadangkala menyakitimu..
Maafkan kami jika sikap kami mendatangkan rasa amarahmu..
Maafkan kami jika teguran kami menghadirkan rasa terkilan di sudut hati mu..

Kau tercipta dengan keistimewaan..
Di rahim mu, terkandung insan..
Lahirnya memeritkan, lahirnya menyakitkan, lahirnya adakala mengorbankan..
Kau selalu menyembunyikan rasa gundahmu dengan senyuman..
Kau selalu menopeng wajahmu dengan kebahagiaan walau sebenarnya kau sedang kegelisahan..
Kau selalu lelah sendirian dan jauh di ruang itu adakala kau menangis sendirian..

Kau tetapkanlah kekuatanmu..
Kau tegapkanlah semangatmu..
Kau kukuhkanlah naluri kebaikanmu..
Kau perhalusilah langkahmu..
Andai kau terabai akan ada yg menyelamatkanmu..
Andai kau tersiksa akan ada yang menarikmu..
Andai kau bersedih akan ada yang menyambutmu...
Di saat kau merasa sendiri, ingatlah Tuhan itu sentiasa di sisimu..

Rais Ahmad
#dariHatiKeHati #salamTeristimewa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sujudku

Ku terhenti berlari Berdiri dalam qiam ku sujud sepi Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini Ya Rahman Ya Rahim Terangkan jalan kasih ku pada Mu Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu... Ku mohon Engkaulah yang menjaga ku.... Kerna ku sentiasa di bawah takdir Mu Tercari di ruang sunyi Jangan lepaskan kasih sayang Mu Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku Ya Allah Ya Tuhanku JANGANLAH kau serahkan padaku menjaga diriku......

LIKU LIKU KEHIDUPAN

Hidup kita selalunya penuh dengan cabaran dan berliku liku.. setiap orang menghadapi pelbagai pengalaman dan juga pelajaran dalam mengenali sebuah erti kehidupan.. ada kalanya kita jatuh..ada kalanya kita bangun..adakalanya segelintir dari kita sudah mati dari kehidupan sebelum dia mati dengan sebenarnya. Kita sering memandang enteng atau mudah terhadap perjalanan kehidupan kita. Bukan semuanya namun ada segelintir yang masih tidak mempelajari dan meneladani pada setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan mereka. Apakah kehidupan itu sekadar hanya kita bernyawa? sekadar kita menarik nafas dan menghembuskannya? Ianya lebih dari itu... bagi saya kehidupan itu bermula dari paksi yang utama..iaitu kepada Pencipta kita...kemudian kepada diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita..rakan rakan kita, jiran tetangga, kenalan kita,masyarakat, alam sekitar, haiwan dan juga alam ini. Setiap orang mempunyai kaca mata yang berlainan untuk memandang kehidupan.. adakalanya mereka meletakkan...

DOA: RINTIHAN PENDOSA (LAILATUL QADAR)

Ya Allah, Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kami memohon keredhaan dan kasih sayangMu, Ya Rahim, Kami menghampiri sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan, Redhakanlah kami dalam kasih sayangMu, Kami mohon keredhaanMu dalam setiap amal ibadah kami, Kami mohon agar ianya diterima di sisiMu ya Allah, Ya Allah, Kami akur kadang kami terleka kerana kelalaian kami, Janganlah Engkau menghukum kami andai kami terlupa, Ampunkanlah kami dengan keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah setiap hela nafas kami adalah keranaMu, Setiap langkah kami di dunia ini adalah keranaMu, Setiap perbuatan kami dan ibadah serta pekerjaan kami adalah keranaMu, Ya Ghaffar, Benar kami kadangkala terlupa bahawa Engkau sentiasa bersama kami, Kami terlupa dan lalai bila kami mengetuk jejari ini di papan kekunci kami, Ada kata kata yang mengguris hati dan perasaan hambaMu yang lain, Kami terlupa bahawa malaikat itu ada melihat bersama kami, Kami terlupa...