Langkau ke kandungan utama

TAUBAT

Sekadar Berkongsi,

Bayangkan ea.. Bertahun tahun tinggal solat, segala mcm maksiat buat. Azan buat bodoh, maksiat diutamakan. Tiba tiba satu hari nak bertaubat dan insaf. Kita baru doa "ya Allah ampunkan aku". Allah jawab "hambaku ingin bertaubat? Mari kemari hambaku..mari kemari..lekas ke sini hambaku. Cepatlah mari ke mari. Wahai malaikat, lihatlah hambaku ini ingin bertaubat. Lihatlah hambaku ini wahai semua malaikat. Hambaku ini telah memohon ampun dan bertaubat. Mari kesini lekas hambaku" Allah berlari mendapatkan kita dan didakapnya kita dengan penuh kasih syg. Dipeluknya seakan kita tak pernah berbuat dosa padaNya.

Persoalannya: sejauh mana pula kita berlari mengejar yang Maha Esa? Renungkanlah.

Raisz Ahmad


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

MARI TERSENYUM: KISAH PEMUDA MELAMAR CALON ISTERINYA.

Satu hari datang seorang pemuda ke rumah teman wanitanya untuk berhari raya. Tujuan sebenarnya adalah untuk melamar si kekasih. Sampai masa untuk menghalalkan perhubungan mereka. Biasalah, apa apa kan kena interview dulu dengan bakal pak mertua. Duduklah berdua Si pemuda dan ayah si wanita di ruang tamu berbual bersama: Pemuda: pakcik, pakcik suka dengar hadis nabi? Si Ayah: eh, mestilah pakcik suka. Apa hadis kamu tahu? Cuba ceritakan. Pemuda: jika datang seorang lelaki yang baik akhlaknya, datang melamar anak perempuan kamu. Maka terimalah lamarannya. Si Ayah: wahhh bagus tu nak hadis tu. Pemuda: ye pakcik, sebab tulah saya datang ni sebab nak lamar anak pakcik. Si ayah: oh yang ni tak berapa bagus ni nak. Pandai kamu ye nak adjust hati pakcik. Si ayah bertanya, Si ayah: kamu nak bagi anak pakcik berapa hantaran? Pemuda: firman Allah, jika kamu fakir (dalam hal untuk pernikahan) Nescaya Allah yang akan membantu mencukupkanmu. Si ayah: wah dah pakai hadis pakai lagi...

DOA: RINTIHAN PENDOSA (LAILATUL QADAR)

Ya Allah, Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kami memohon keredhaan dan kasih sayangMu, Ya Rahim, Kami menghampiri sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan, Redhakanlah kami dalam kasih sayangMu, Kami mohon keredhaanMu dalam setiap amal ibadah kami, Kami mohon agar ianya diterima di sisiMu ya Allah, Ya Allah, Kami akur kadang kami terleka kerana kelalaian kami, Janganlah Engkau menghukum kami andai kami terlupa, Ampunkanlah kami dengan keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah setiap hela nafas kami adalah keranaMu, Setiap langkah kami di dunia ini adalah keranaMu, Setiap perbuatan kami dan ibadah serta pekerjaan kami adalah keranaMu, Ya Ghaffar, Benar kami kadangkala terlupa bahawa Engkau sentiasa bersama kami, Kami terlupa dan lalai bila kami mengetuk jejari ini di papan kekunci kami, Ada kata kata yang mengguris hati dan perasaan hambaMu yang lain, Kami terlupa bahawa malaikat itu ada melihat bersama kami, Kami terlupa...