Langkau ke kandungan utama
RAHMATMU MENDAHULUI TAKDIRMU DAN KEMURKAANMU

Ya Rahim,

Di sepertiga malam ini suasananya tenang sekali. Hanyut diri ini mengenang segala kelalaian masa silam. Ya Rahim, jika bukan kerana kasih dan sayangMu, kami tidak mampu untuk berdiri menghadapMu di kala ini. 

Ya Allah, sesungguhnya kami sangat lalai dalam kehidupan kami. Kami akur kami berjalan dengan kesombongan bahawa kami bisa menjalani hari kami dengan diri kami sendiri. Kami terlalai dan terlupa kerana was wasul syaitan yang membuatkan kami rasa kami sudah merasa cukup dengan diri kami. Ya Allah, sesungguhnya nikmat yang Engkau berikan kepada kami, tidak kami syukuri dengan kata pujian terhadapMu malah kami menabur kata pujian pula kepada makhluk yang diciptakan oleh Mu. 

Ya Allah, sesungguhnya alam semesta ini sangat luas. Luasnya sehingga bintang besar yang membahang dan bersinar itu kelihatan cantik menghiasi malam di kaki langit ini. Namun kami terlupa bahawa rahmatMu dan kasih sayangMu kepada hambaMu melebihi dan melampaui luasnya alam semesta ini. Sebagaimana sabda kekasihMu, "bagaimana kasihnya seorang ibu kepada anaknya, sesungguhnya Allah Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi melebihi si ibu terhadap anaknya". 

Ya Allah, kami tahu kelalain dan kemaksiatan kami selama ini. Kami juga sedar bahawa kami punya Tuhan yang mampu untuk menghukum dan mengazab kami dengan sekeras kerasnya hukuman. Yang Maha Mampu menimpakan azab sebagaimana azab yang ditimpakan kepada kaum kaum sebelum kami. Ya Allah sesungguhnya kami malu dengan Mu, namun pada siapa lagi harus kami kembali dan memohon pertolongan dan keampunan jika bukan kepadaMu, maka kami mohon ampunkanlah segala dosa kami. Ya Allah, sesungguhnya Ali Bin Abi Talib pernah meriwayatkan bahawa dia tersenyum saat beristighfar kerana melihat Rasulullah tersenyum, Rasulullah tersenyum kerana melihatMu tersenyum, dan sesungguhnya Engkau tersenyum kerana istighfar oleh hambaMu. 

Ya Allah, jadikanlah kami bukan sekadar mengenal agamaMu, namun jadikanlah kami memahami agamaMu dengan Rahmat dan kasih sayangMu. Bimbinglah kami, dakaplah kami, peluklah kami, tuntunilah kami, ajarilah kami, ingatkanlah kami, sayangilah kami dan janganlah sesekali Engkau melepaskan cintaMu terhadap kami. Ya Allah, hati ini ingin sekali bertemu Mu. Rindu ini sangat bertamu, rindu ini sangat meresahkan, rindu ini sangat menyakitkan, rindu ini membuatkan air mata jatuh menitis kerana malunya kami terhadap dosa kami. Sudahlah kami ini berdosa di hadapanMu tapi menyimpan rindu bertemuMu. Bersihkanlah segala dosa dari kehidupan kami agar di akhirat kelak kami menerima buku amalan kami dari golongan yang menguntungkan dan bukanlah dari mereka yang rugi mahupun yang akan diazab oleh Mu. 

Ya Rabb, jika hendak dituliskan segala nikmatMu maka tidak akan cukup dan pernah tamat sehinggalah kiamat melanda. Syukur dan segala pujian hanya bagiMu. Ya Allah, ampunkanlah kami ya Allah. Rabbi, zolamtu nafsi farghfirli ya Allah... Farghfirli ya Allah, faman yaghfiru zunuba illa anta. 

Raisz Ahmad
bicarasimusafir.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sujudku

Ku terhenti berlari Berdiri dalam qiam ku sujud sepi Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini Ya Rahman Ya Rahim Terangkan jalan kasih ku pada Mu Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu... Ku mohon Engkaulah yang menjaga ku.... Kerna ku sentiasa di bawah takdir Mu Tercari di ruang sunyi Jangan lepaskan kasih sayang Mu Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku Ya Allah Ya Tuhanku JANGANLAH kau serahkan padaku menjaga diriku......

LIKU LIKU KEHIDUPAN

Hidup kita selalunya penuh dengan cabaran dan berliku liku.. setiap orang menghadapi pelbagai pengalaman dan juga pelajaran dalam mengenali sebuah erti kehidupan.. ada kalanya kita jatuh..ada kalanya kita bangun..adakalanya segelintir dari kita sudah mati dari kehidupan sebelum dia mati dengan sebenarnya. Kita sering memandang enteng atau mudah terhadap perjalanan kehidupan kita. Bukan semuanya namun ada segelintir yang masih tidak mempelajari dan meneladani pada setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan mereka. Apakah kehidupan itu sekadar hanya kita bernyawa? sekadar kita menarik nafas dan menghembuskannya? Ianya lebih dari itu... bagi saya kehidupan itu bermula dari paksi yang utama..iaitu kepada Pencipta kita...kemudian kepada diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita..rakan rakan kita, jiran tetangga, kenalan kita,masyarakat, alam sekitar, haiwan dan juga alam ini. Setiap orang mempunyai kaca mata yang berlainan untuk memandang kehidupan.. adakalanya mereka meletakkan...

DOA: RINTIHAN PENDOSA (LAILATUL QADAR)

Ya Allah, Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kami memohon keredhaan dan kasih sayangMu, Ya Rahim, Kami menghampiri sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan, Redhakanlah kami dalam kasih sayangMu, Kami mohon keredhaanMu dalam setiap amal ibadah kami, Kami mohon agar ianya diterima di sisiMu ya Allah, Ya Allah, Kami akur kadang kami terleka kerana kelalaian kami, Janganlah Engkau menghukum kami andai kami terlupa, Ampunkanlah kami dengan keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah setiap hela nafas kami adalah keranaMu, Setiap langkah kami di dunia ini adalah keranaMu, Setiap perbuatan kami dan ibadah serta pekerjaan kami adalah keranaMu, Ya Ghaffar, Benar kami kadangkala terlupa bahawa Engkau sentiasa bersama kami, Kami terlupa dan lalai bila kami mengetuk jejari ini di papan kekunci kami, Ada kata kata yang mengguris hati dan perasaan hambaMu yang lain, Kami terlupa bahawa malaikat itu ada melihat bersama kami, Kami terlupa...