Langkau ke kandungan utama

KISAH ROMANTIS RASULULLAH S.A.W

Aku tgh tulis an islamic article, so aku nak share satu benda. Romantisnya Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam tu bagaimana. Ini salah satu dari sikap romantis Baginda. (p/s: aku gunakan analogi bahasa mudah untuk senang faham ya. Asalkan content tak lari. )

One day Aisyah R.A buatlah kuih. Sambil sesi minum petang ngn Nabi. Tengah sedap melayan dan berbual mesra, datangla saudah r.a. isteri Nabi yang paling tua. Aisyah menjemput saudah untuk menjamah kuih yg dibuatnya.

"saudah jemputlah makan kuih ni. Saya buat ni. Sedap tau" aisyah r.a menjemput saudah. Saudah hanya menggelengkan kepalanya "tak mengapalah aisyah. Its ok". Aisyah mempelawa Saudah utk menjamah kuihnya lagi "saudah, rugi tau kalau tak rasa. Penat tau saya buat ni. Nabi pun kata sedap tau kuih saya". Sekali lagi saudah menggelengkan kepalanya "takpela aisyah, me kenyanglah". Aisyah makin tak puas hati, "saudah baik awak rasa kuih ni, kalau awak tak nak rasa, saya baling tepung ni nanti kat awak. Cepat rasalah satu kuih tu!" Saudah untuk kali ketiga menggelengkan kepalanya "tak mau, tak mau, tak mau... Wahhhh balinglah.. Tak mau"

Aisyah pun membaling tepung ke arah saudah. Putih habis muka dia. Saudah memandang ke arah baginda Rasul. Pada mulanya kaki baginda diletakkan di atas paha saudah, namun kini Baginda memindahkan kakinya dan meletakkan ke atas paha aisyah. Sambil baginda memberi isyarat pada saudah "balas jgn tak balas". Saudah pun membalas balingan tepung aisyah. Dah dua dua berbaling tepung ke arah satu sama lain. Baginda hanya tersenyum melihat gelagat kedua isterinya.

Tiba tiba, dengar suara orang bagi salam dari luar. Suara garau keras "assalamualaikum ya Rasulullah!". Saidina Umar Al Khattab datang ke rumah. Berdesuplah aisyah dan saudah lari masuk ke dalam bilik. Umar masuk ke dalam rumah Baginda dan terkejut tengok keadaan yg berselerak dengan tepung. Nak ditanya kang, takut salah tanya tapi Umar tanyalah jugak. "Ya Rasulullah, apa sudah jadi?". Baginda tersenyum, "umar tadi kelakar tau tengok dua orang ni berbaling baling tepung, awak bagi salam je terus berdesup masuk bilik sebab takutkan kamu".

Umar terasa hati bila Nabi kata isteri isteri baginda takutkan dia berbanding nabi. Umar terus bersuara tinggi "wahai isteri isteri nabi, bukankah kamu sepatutnya takut kepada suamimu, mengapa aku pula???!!!!". Terdengar suara dari dalam bilik "ya memang kami takut kamu umar, sebab kamu tu keras dan kasar orangnya. Sedangkan Rasul itu lemah dan lembut orangnya".

The end...  Be sweet and romantic to your spouse ok.

Raisz Ahmad

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...