Langkau ke kandungan utama

MARI TERSENYUM: KISAH PEMUDA MELAMAR CALON ISTERINYA.



Satu hari datang seorang pemuda ke rumah teman wanitanya untuk berhari raya. Tujuan sebenarnya adalah untuk melamar si kekasih. Sampai masa untuk menghalalkan perhubungan mereka. Biasalah, apa apa kan kena interview dulu dengan bakal pak mertua.

Duduklah berdua Si pemuda dan ayah si wanita di ruang tamu berbual bersama:

Pemuda: pakcik, pakcik suka dengar hadis nabi?
Si Ayah: eh, mestilah pakcik suka. Apa hadis kamu tahu? Cuba ceritakan.
Pemuda: jika datang seorang lelaki yang baik akhlaknya, datang melamar anak perempuan kamu. Maka terimalah lamarannya.
Si Ayah: wahhh bagus tu nak hadis tu.
Pemuda: ye pakcik, sebab tulah saya datang ni sebab nak lamar anak pakcik.
Si ayah: oh yang ni tak berapa bagus ni nak. Pandai kamu ye nak adjust hati pakcik.

Si ayah bertanya,

Si ayah: kamu nak bagi anak pakcik berapa hantaran?
Pemuda: firman Allah, jika kamu fakir (dalam hal untuk pernikahan) Nescaya Allah yang akan membantu mencukupkanmu.
Si ayah: wah dah pakai hadis pakai lagi nama Allah. Berat pakcik nak tolak ni nak. Habis anak pakcik nak makan apa nanti ni?
Pemuda: pakcik, bukankah kita semua ni PEMAKAN rezeki, yang beri rezeki tukan Allah. Mana ada antara kita yang memberi rezeki. InsyaAllah ada rezeki dari Allah nanti.
Si Ayah: first time pakcik kena game macam ni..adehhhh.

Pengajarannya: Allah itu Maha Kaya, selagi segala niat kita melibatkan Allah nescaya Allah akan menyediakan rezeki dari jalan yang takkan kita duga. Macam mana? Rahsia Allah, tak surprise lah kalau kita tahu bagaimana.

Love You Allah

Olahan: Raisz Ahmad
Inspirasi dan rujukan: Ustaz Hanan Attaki
bicarasimusafir.blogspot.com

Please subscribe and share

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

DOA TERINDAH

Doa Yang Terindah - Raisz Ahmad Dalam posting sebelum ini, aku ada kongsikan beberapa petikan doa dari para Anbiya. Jika kalian membacanya, doa doa ini amatlah indah. Dalam berdoa, kita memujiNya, mengagungkan kebesaranNya dan mengakui bahawa hanya padaNya tempat bergantung harapan dan keinginan. Doa itu indah, bukanlah sekadar lafaz kata dari bibir. Ianya lebih indah bila ia dilafazkan dari hati yang penuh dengan keyakinan dan pengharapan kepadaNya. Allah tidak pernah menolak doa hambaNya. Allah, tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah tidak pernah berputus asa menantikan hambaNya untuk bertaubat kepadaNya. Allah tidak perlukan kita. Jika seluruh manusia berpaling dariNya, Allah tidak pernah kurang walau sedikit pun kebesaranNya. Jika seluruh umat manusia sujud padaNya, Allah tidak sedikit pun bertambah kebesaranNya. Allah Maha Besar dengan kebesaran dan keagunganNya. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kerna itulah menantikan kita pada siang dan di malam hari...