Langkau ke kandungan utama

SURAH AL QIAMAH MAKNA AYAT 1 HINGGA 40

Surah Al Qiamaah. Maksud ayat 1 hingga ayat 40.



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
2. Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
3. Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
4. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
5. ‎Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
6. ‎Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
7. ‎Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
8. ‎Dan bulan hilang cahayanya,
9. ‎Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
10. ‎(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
11. ‎Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
12. ‎Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
13. ‎Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
14. ‎Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
15. ‎Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
16. ‎Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
17. ‎Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. ‎Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
19. ‎Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
20. ‎Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
21. ‎Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
22. ‎Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
23. ‎Melihat kepada Tuhannya.
24. ‎Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
25. ‎Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
26. ‎Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
27. ‎Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
28. ‎Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
29. ‎Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
30. ‎(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
31. ‎(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
32. ‎Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
33. ‎Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
34. ‎(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
35. ‎Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
36. ‎Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
37. ‎Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
38. ‎Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
39. ‎Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
40. ‎Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...