Langkau ke kandungan utama

PERJALANAN TERAKHIR

Anda kenal apakah ini?



Mahu atau tidak, satu hari nanti kita akan berbaring di atas ini. Dipikul dan diusung oleh insan yang mungkin tidak kita kenali. Mahu atau tidak, inilah lambaian terakhir ahli keluarga, sanaj saudara dan sahabat handai yang mengiring kita nanti. Mahu atau tidak, kita ttp akan berbaring walau di dunia kita memilih apa jua pembaringan yang kita mahukan. Tubuh akan disaluti beberapa lapisan kain putih, berserta kapas kapas yang diletakkan di sendi2, sedangkan ketika ini kita menyaluti tubuh dengan pelbagai jenama yang kita inginkan. Pelbagai gaya yang kita gayakan. Pelbagai fesyen yang kita mahukan. Yang paling menyayat hati, ketika ini mungkin kita ada keegoan, ada kesombongan, ada tinggi diri, ada perasaan lebih bagus dari yg lain, ada rasa ujub memiliki yg lebih baik dari orang lain, ada rasa riya' berbanding orang lain. Tapi ketahuilah, urusan terakhirmu bukanlah di tangan mu sendiri, orang lain yang akan memandikanmu, orang lain yang akan mengkafankanmu, orang lain yang akan menyembahyangkan mu, orang lain yang akan mengebumikan mu.. Jika masih sombong dengan apa yg kita ada di dunia ini, cubalah lakukan hal2 itu dengan sendiri. Syarat mati bukan tua, syarat mati bukan sakit, sekadar renungan.
#kitaSemuaBakalJenazah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A

MELODI PERPISAHAN (LAMBAIAN KASIH)

Biasa kita mendengar lagu Doa Perpisahan dari Brothers..namun ini sebuah lagi lagu yang meruntun hati..(mungkin hati aku je..) lagu ni pernah aku dan rakan rakanku dendangkan ketika majlis perpisahan ketika di Maahad dulu.. hayatilah ia.. setiap bait bait lirik itu.. sememangnya benar setiap apa yang ada dan terjadi ini adalah ketentuanNya... Bertahun kita bersama satu cita cita Menuntut ilmu bekalan jiwa Segala onak dan duri Sama ditempuhi Menuju redha Ilahi Setiap pertemuan, ada perpisahan Demikianlah lumrahnya alam Tiada yang dapat lari tentuan Ilahi Segala telah tertulis sejak azali Sekarang masa berpisah Kenangan pahit indah Tentu terpahat di sanubari Maafkan silap dan salah Kita insan yang lemah Yang Kuasa hanya Rabbul Izzati Doakankebahagiaan ditetapkan iman Buat menempuh semua cabaran Mudah mudahan semua ditentukan syurga Bahagia mendapat restu Yang Esa Mudah mudahan semua ditentukan syurga Bahagia mendapat restu Yang Esa

YA ILAHANA

Bayangkan, Baru berbuat kebaikan. Sedekah rm1. Allah hantar ganjaran gedebuk depan umah. Kurier lagi. Nampak hadiah sebesar alam. Esoknya, kita pun buat baik lagi. Kita ulang, kita ulang dan kita ulang. Sebab apa? Sebab kita nampak dan dapat pegang hadiah yang Allah berikan sebagai ganjaran. Kita nak lagi dan lagi. Bayangkan, Baru tergelincir, terbuat maksiat. Malaikat datang, ambil kita dan pergi celup tubuh kita dalam gunung berapi yang penuh api yang hangat dan membahang kepanasan. Rentung kita, hangus kita. Esoknya tubuh kita jadi asal semula. Yang ada hanyalab parut dan kesan rentung membezakan kita dengan yang lain. Pasti kita dah serik dan tak nak lagi ulang kesalahan yang sama. Kita tak nak, kita tak nak, kita tak nak.. Antara yang terlihat di mata dan yang hanya mampu dirasakan di hati. Semoga Allah senantiasa redha dan mencintai kita dengan kasih sayang serta rahmatNya.