Langkau ke kandungan utama

"ENCIK, NAK BELI TISU?"

"kak berapa ni?" Amir memanggil tauke kedai untuk mengira makan tgaharinya. "Rm2.50 je sudahlah amir.. Air tu akak belanja. Setakat nasi putih ngan telur mata je." Amir tersenyum. Di belek belek wang dalam walletnya. Cuma ada RM5 sahaja. Dihulurkannya pada tauke kedai tersebut. "nah baki kamu... Bawak motor tu elok elok tau.." pesan tauke kepada Amir. Amir angguk sambil tersenyum. Sedang dia hendak berjalan menuju ke motornya.

"assalamualaikum.. Nak beli tisu tak encik?"

Kedengaran suara seorang lelaki dipimpin oleh seorang wanita. Lelaki itu kelihatannya buta, namun wajahnya tersenyum sambil menghulurkan tisu pada Amir. Dalam hati Amir wujud rasa serba salah. Wangnya tinggal 2.50 sahaja. Namun suara hati berbisik "Allah lihat apa yang Kau lakukan.. Allah takkan biarkan kau kesusahan". Amir tersenyum dan terus menghulurkan baki wangnya itu. Amir terus berlalu pergi. Dalam perjalanannya tiba tiba motornya terhenti, "Allah... Minyak motor abis la ni...". Amir menolak motornya ke stesyen minyak berdekatan. Sampai di stesyen minyak, Amir termenung sebentar "Ya Rabb... Duit last tadi dah bagi kat pakcik tadi." Amir duduk sebentar di atas motornya sambil membelek2 handphone di tangan "megat, ni kalau aku call confirm tgh bz... Raju, alaaa arini dia mc pulak.. Safiq, nak ke dia tolong?". Sedang dia membelek dan memikirkan siapa yg ingin membantunya, tiba tiba satu mesej masuk.

'bro, ko nak jual lappy lama kau kan.. Aku da bank in 400 ringgit kat kau. Malam kang aku dtg umah amik ok.'

Amir tersenyum kecil sambil mulutnya pantas menyebut "alhamdulillahhhhhhhhhhh!!!". Suaranya agak kuat hingga kedengaran oleh beberapa org yg lalu lalang di kawasan stesyen minyak tersebut. Hingga ada yg menegurnya "bang... Baru dapat anak ke???" Amir hanya menggeleng kepala sambil tersenyum.

Moral of the story: kita tak tau perjalanan kita, kita merancang. Allah yg aturkan segalanya. Sedekah itu satu pelaburan.
#sekadarCeritaPendek

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

DOA TERINDAH

Doa Yang Terindah - Raisz Ahmad Dalam posting sebelum ini, aku ada kongsikan beberapa petikan doa dari para Anbiya. Jika kalian membacanya, doa doa ini amatlah indah. Dalam berdoa, kita memujiNya, mengagungkan kebesaranNya dan mengakui bahawa hanya padaNya tempat bergantung harapan dan keinginan. Doa itu indah, bukanlah sekadar lafaz kata dari bibir. Ianya lebih indah bila ia dilafazkan dari hati yang penuh dengan keyakinan dan pengharapan kepadaNya. Allah tidak pernah menolak doa hambaNya. Allah, tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah tidak pernah berputus asa menantikan hambaNya untuk bertaubat kepadaNya. Allah tidak perlukan kita. Jika seluruh manusia berpaling dariNya, Allah tidak pernah kurang walau sedikit pun kebesaranNya. Jika seluruh umat manusia sujud padaNya, Allah tidak sedikit pun bertambah kebesaranNya. Allah Maha Besar dengan kebesaran dan keagunganNya. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kerna itulah menantikan kita pada siang dan di malam hari...