Langkau ke kandungan utama

NIKMAT PENGLIHATAN

NIKMAT PENGLIHATAN

Ada mereka yg dilahirkan tanpa kemampuan utk melihat. Ada yg mampu melihat namun hilang daya penglihatan di akhir akhir masanya. Mungkin faktor kemalangan, penyakit ataupun sesuatu yang Allah kehendaki.

Dua perbezaan mungkin berlaku. Yang lahir dengan kekurangan ini mungkin akan berkata "alangkah indahnya jika dpt melihat itu dan ini". Jangan bersedih. Allah cintakan kamu sebab tu Allah memelihara pandangan mata mu utk akhirat kelak.



Yang hilang penglihatan setelah terjadinya sesuatu kejadian. Syukurilah walau ada yg mungkin akan tertekan dan mengeluh "alangkah ruginya aku tidak membaca itu dan ini.. Alangkah ruginya aku, mata ini digunakan utk perkara yg mungkar... Alangkah ruginya aku kerna tidak dpt melihat fulan bin si fulan lagi, ahli keluargaku, memandu sendiri ke masjid dan sebagainya"

Jangan dikeluhkan, benar ianya berat. Benar ianya mengusik jiwa dan perasaan. Benar ia meruntun kalbu dan hati yg gundah. Lihat pada sisi hikmah. Allah menjaganya agar ia terpelihara dengan lebih baik lagi utk hari yg terkemudian. Di akhir zaman ini segala makkumat di hujung jari, namun segala maksiat juga di hujung jari. Jari jemari pantas menaip itu dan ini, mencari melayari itu dan ini, dan pelbagai lagi.

Sekadar renungan buat diri sendiri agar satu hari nanti bisa tabah jika hal ini benar benar berlaku. Walaupun sedikit demi sedikit ia telah berlaku.

#maafJikaTerkhilaf
#sekadarRenungan

"Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat." Al Insaan ayat 2

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...