Langkau ke kandungan utama

BILA MANA MATA TERPEJAM SEKETIKA

Salah satu nikmat yang ALLAH berikan adalah penglihatan... kita memandang kebesaran ALLAH yang ALLAH telah ciptakan untuk kita. Kita menghargai setiap kecantikan dan kebesarannya. Tidak kiralah ianya insan, alam, atau apa jua yang kita lihat memperlihatkan kebesarannya.

Namun pernah tak kita terfikir bagaimana jika apa yang kita lihat pada hari ini adalah pemandangan yang terakhir bersemadi di dalam fikiran. Bagaimana jika esok kita tidak boleh melihat lagi? Adakah kita akan redha dengan ujian yang ditimpakan? atau kita akan menangis dan merintih mengenang nasib yang malang? percayalah saat kita mengaku kita beriman terhadapNya, ALLAH akan menguji kita dari setiap sudut tanpa kita sedari.

Ramai saudara kita yang lahir tanpa melihat kebesaran ciptaan yang MAHA ESA...namun mereka tetap dapat melihat dengan jiwa mereka. Mereka tetap mengagumi kebesaran ALLAH dan mereka tetap redha dengan apa yang berlaku dan itu bukanlah penghalang buat mereka menuju kejayaan.

sedangkan di dalam surah AR RAHMAN ada disebut...  :

A013
 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

pernah tak kita terlintas di hati mengapa ayat ini diulang berkali kali? adakah ini peringatan dari ALLAH untuk kita sentiasa mensyukuri nikmatNYA ataupun tanda yang kita sering menafikan apa jua pemberian yang telah diberikan pada kita tanpa kita mensyukurinya? 

Jelas hidup ini tidak tahu di mana noktah pengakhirannya kerana ianya termaktub dalam rahsia SANG PENCIPTA YANG MAHA ESA. Jalanilah hidup dengan sebaik mungkin. Bukanlah ini bermaksud aku seorang yang tidak berbuat dosa. Dosa aku banyak, dosa aku tidak terkira, dosa aku jika diberikan sebuah gunung dan dihempapkan ke atasnya maka akan rata menjadi padang pasir. Tapi aku berharap dan berdoa, agar dosa itu diampunkan dan aku diberikan hidayah untuk kembali menjadi perindu pada ILAHI. Jiwa aku kosong memikirkan mengejar dunia. Sedangkan aku tidak terlintas untuk mengejar akhirat. Ya benar, aku bukanlah hamba yang selalu patuh pada arahanNYA...tapi aku berdoa agar satu hari aku diberikan kekuatan untuk bangun mencari kerinduan terhadapNYA. 

Semoga dengan hari jumaat yang indah dan tercipta istimewa untuk kita ini, kita bersama mendapat keberkatan dan pengampunan. YA ALLAH rahmati kami dan berkati kami, lintaskanlah hidayah itu kepada kami. Sesungguhnya kami merindui mu YA ALLAH.. Pandanglah kepada kami ya ALLAH agar kami merasai sedikit kerinduan dan sayang terhadapMU.. maafkan sang pendosa ini. sesungguhnya aku malu untuk bersujud pada hari ini...malu untuk mengangkat wajahku memandang ke hadapan kerana dosa ku ibarat air di lautan.

salam jumaat.
perjalanan musafir itu adakalanya terhenti, samaada oleh ujian yang tak tertanggung atau nafsu yang tak terhitung. permudahkanlah... 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...