Langkau ke kandungan utama

BILA HATI TELAH HITAM..... PERJALANAN KAMI...

BILA HATI TELAH HITAM...

apabila satu hari bos aku meminta aku untuk membantunya dalam menyiapkan penulisan skrip untuk 13 episod ini, aku teragak agak samaada aku mampu atau tak.. dalam proses perjalanan menyiapkan skrip ini banyak yang aku pelajari. 

Sesungguhnya hati manusia itu senang untuk berbolak balik apabila berhadapan dengan satu situasi. kadang kadang kita hidup dalam keadaan menafikan apa yang realitinya kita hadapi. Kita teragak agak membuat keputusan, adakalanya keputusan yang kita ambil itu kita fikirkan adalah yang terbaik untuk kita. Padahal adakalanya keputusan yang kita ambil tu sebenarnya merosakkan kita dan menjauhkan kita lagi dari jalan yang sepatutnya. Hati manusia itu asalnya sama, tak kisahlah kau hensem, cantik, atau kurang dari segi segalanya. Namun kadangkala, keadaan sekeliling yang membuatkan kita tersalah dalam percaturan kehidupan. 

Tapi kita hidup di dalam lindungan AR RAHMAN dan AR RAHIM... so, kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah agar apa yang kita lakukan ini diberikan kesedaran, adakah ianya satu keputusan yang betul atau tidak. Sedangkan ketika kita berdiri tegak mengadap ILAHI setiap hari, kita bermohon di dalam solat kita, TUNJUKKANLAH AKU JALAN YANG LURUS... sesungguhnya kita meminta, sesungguhnya kita berharap, sesungguhnya kita amat amat memerlukan pertolongan ALLAH agar kita ditunjukkan dengan satu keputusan yang betul, benar, tidak terpesong dalam kehidupan kita. Pernahkah terfikir setiap kali kita terbangun dari tidur, kita bertanyakan pada diri kita. Adakah apa yang kita buat selama ini berada di landasan yang benar atau kita telah terpesong tanpa kita sedar. 

Ya, aku bukanlah orang yang maksum tanpa dosa dan maksiat. Aku akui aku juga punya dosa yang menggunung tinggi. Tapi kita yakinlah untuk berubah, kita yakinlah agar sentiasa diberikan peluang untuk kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA MENDENGAR..ALLAH itu MAHA PENYAYANG.. ALLAH itu MAHA PENGASIH.. ALLAH tidak menciptakan kita untuk dibiarkan terheret ke lembah hinaan, ALLAH ciptakan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini yang mana rahsia penciptaan kita ini hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI. 

YA ALLAH jika hitam hati aku ini, kau pudarkanlah warnanya menjadi putih...jika putih hati ini, kau hindarilah ia dari titik titik hitam yang bakal meracuni perjalanan hidupku. YA ALLAH ampunkanlah dosa kedua orang tua kami, KAU kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kecil. Dan KAU ampunkanlah dosa sekalian muslimin dan muslimat sama ada yang telah beriman kepada MU sebelum adanya kami dan juga untuk kami yang masih ada di muka bumi ini mengharapkan ESHAN dan BELAS kasih sayang MU.. YA ALLAH permudahkanlah jalan kami dalam menuju cintaMU YA RABBI... sesungguhnya KAMI MERINDUI MU... 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

DOA: RINTIHAN PENDOSA (LAILATUL QADAR)

Ya Allah, Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kami memohon keredhaan dan kasih sayangMu, Ya Rahim, Kami menghampiri sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan, Redhakanlah kami dalam kasih sayangMu, Kami mohon keredhaanMu dalam setiap amal ibadah kami, Kami mohon agar ianya diterima di sisiMu ya Allah, Ya Allah, Kami akur kadang kami terleka kerana kelalaian kami, Janganlah Engkau menghukum kami andai kami terlupa, Ampunkanlah kami dengan keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah setiap hela nafas kami adalah keranaMu, Setiap langkah kami di dunia ini adalah keranaMu, Setiap perbuatan kami dan ibadah serta pekerjaan kami adalah keranaMu, Ya Ghaffar, Benar kami kadangkala terlupa bahawa Engkau sentiasa bersama kami, Kami terlupa dan lalai bila kami mengetuk jejari ini di papan kekunci kami, Ada kata kata yang mengguris hati dan perasaan hambaMu yang lain, Kami terlupa bahawa malaikat itu ada melihat bersama kami, Kami terlupa...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...