Langkau ke kandungan utama

BANTU MEMBANTU

ASSALAMUALAIKUM... 

semoga semua pembaca dalam keadaan sihat walafiat hendaknya... hari ini hari permulaan pada tahun 2015.. 2014 telah meninggalkan begitu banyak kenangan bagi musafir dan keluarga. Dalam masa yang sama, bukan Musafir sahaja yang melalui kisah suka duka.. tetapi saudara kita di pantai timur, Perak, dan beberapa kawasan lagi turut mengalami kedukaan masing masing. Musafir tak nak komen panjang mengenai banjir sebab ramai yang dapat info dari FB dan sebagainya. Musafir cuma nak kongsikan satu pengalaman ketika Musafir menghantar sedikit bekalan tak seberapa di pusat pengumpulan bantuan di seksyen 8 shah alam.. korang boleh agak kot kat mana.. 

Malam tu Musafir lihat ramai sungguh yang datang membawa bantuan masing masing.. ada datang berkotak kotak, ada yang datang siap bawak van.. ada yang datang berjinjit tangan kiri kanan... Musafir je datang bawak beg plastik tiga ketui.. hat tu je isi barang beli kat kedai runcit mamak kat putrajaya.. 

Nak jadikan cerita malam tu entah macam mana Musafir ternampak dua orang warga bukan warga Malaysia.. senang ckap "bangladesh". Apa yang Musafir tersentuh, bila salah seorang membawa sesuatu untuk dihulurkan sebagai bantuan. Barang makanan atau pakaian Musafir tak pasti.. tapi dianya di isi didalam sebuah beg yang agak lusuh. Bag tu agak besar juga. Yang pasti bukan pakaian.. sebab Musafir tercangak berdiri betul betul depan port tempat pakaian dikumpulkan. 

Nampak tak apa yang Musafir cuba nak katakan ni? Walaupun dia bukan orang Malaysia dia tetap membantu atas dasar Agama, dan kemanusiaan. Perasan tak ada diantara kita selalu mengeji dan menghina mereka? mencaci mereka? kadang kadang bila sembahyang jumaat, Musafir perhatikan ada diantara kita nak bersalam dengan mereka pun tak nak. Sedih Musafir tengok. Musafir selalu belanja makan mereka sebab kadang kadang banyak tentang hal mereka yang kita tak tau. Ada yang berlatar pendidikan tinggi. Ada yang kerja bagus. Semua berhijrah sebabkan kerana mencari rezeki demi sesuap nasi anak, isteri, ayah, ibu, nenek dan atuk di kampung. BAYANGKAN kalau Musafir lahir kat sana macam mana? Bukanlah niat Musafir nak jadi hero pada warga Bangla ni. Tapi adakalanya kita terlalu senang menghukum tanpa mengira mereka juga adalah saudara kita seagama. TERIMA KASIH KAWAN sebab bantu sama menghantar bantuan. SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI KAMU MENCARI REZEKI DI BUMI MALAYSIA INI. 

akhir kalam,, semoga 2015 akan lebih bermakna. Esok 2hb Januari 2015, genaplah setahun pemergian nenda tercinta arwah YATI BINTI JAMIN kembali ke RAHMATULLAH. Bagi mereka yang membaca ini, marilah sama sama membantu saya hadiahkan arwah  AL FATIHAH buat nenda dan juga untuk semua muslimin dan muslimat yang telah pergi terdahulu sebelumnya. AL FATIHAH....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

MENGAPA HIKMAH ITU RAHSIA ALLAH

Aku secara tak sengaja menghubung rakan baikku yang da lama aku tak hubungi.. ex wife aku.. dalam phone aku bertanya.. kenal tak lagi sebab aku call ke office.. spontan dan pantas dia jawab.. abang ke ni??!! Apa mimpi abg call? Borak punya borak...aku dpt tau ex wife aku da pregnant.. ya Allah aku bersyukur sgt bila mana aku dengar dia cakap mcm tu. Sebab lapan tahun perkahwinan kami dulu, kami tak dikurniakan anak sebab ex wife keguguran dan terus belum ada rezeki hingga berpisah. Ya Allah... Kau selamatkanlah dia melahirkan anak dan tambahkanlah lagi rezeki buatnya dan kebahagiaan yang berpanjangan bagi dirinya dan suaminya dan semoga kehadiran cahaya mata itu menambah lagi kegembiraan mereka. Belek belek email.. aku jumpa email terakhir aku hantar pada 1/8/2014 sebagai seorang suami. To my lovely person... First of all abg menyusun sepuluh jari memohon maaf menganggu awak.. 8 tahun bukanlah satu waktu yg singkat bagi kita melupakan segalanya dlm sedetik waktu..sesungguhnya...

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...