Langkau ke kandungan utama

PUISI BUAT IBU

IBU, kata nama yang membawa seribu erti,
kata nama yang membuatkan seseorang sentiasa mencari,
kata nama yang melahirkan insan berpekerti tinggi.

IBU,
Bila si kecil sakit kau berjaga,
Bila si kecil lapar kau berusaha mengenyangkannya
Bila si kecil mengaduh kesakitan, air mata kau mengalir mengharapkan kesakitan itu kau yang rasai.

IBU
Kau tersenyum melihat kami membesar dan berjaya,
Kau tersenyum melihat kami mendirikan rumahtangga
Namun di hati kau menangis kerana merindukan keletah kami semua.

IBU
Kehadiranmu amatlah dirindui.
Buat mereka yang mempunyai ibu sayangilah ibu mu,
Buat mereka yang masih mempunyai ibu, kucuplah dahi ibumu,
Peluklah tubuh ibu mu....kerana dia berjaga dan bersusah payah membesarkan mu....

IBUku...AL Fatihah buat mu


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

MENGAPA HIKMAH ITU RAHSIA ALLAH

Aku secara tak sengaja menghubung rakan baikku yang da lama aku tak hubungi.. ex wife aku.. dalam phone aku bertanya.. kenal tak lagi sebab aku call ke office.. spontan dan pantas dia jawab.. abang ke ni??!! Apa mimpi abg call? Borak punya borak...aku dpt tau ex wife aku da pregnant.. ya Allah aku bersyukur sgt bila mana aku dengar dia cakap mcm tu. Sebab lapan tahun perkahwinan kami dulu, kami tak dikurniakan anak sebab ex wife keguguran dan terus belum ada rezeki hingga berpisah. Ya Allah... Kau selamatkanlah dia melahirkan anak dan tambahkanlah lagi rezeki buatnya dan kebahagiaan yang berpanjangan bagi dirinya dan suaminya dan semoga kehadiran cahaya mata itu menambah lagi kegembiraan mereka. Belek belek email.. aku jumpa email terakhir aku hantar pada 1/8/2014 sebagai seorang suami. To my lovely person... First of all abg menyusun sepuluh jari memohon maaf menganggu awak.. 8 tahun bukanlah satu waktu yg singkat bagi kita melupakan segalanya dlm sedetik waktu..sesungguhnya...

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...