Langkau ke kandungan utama

DOA: RINTIHAN PENDOSA (LAILATUL QADAR)

Ya Allah,
Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Kami memohon keredhaan dan kasih sayangMu,
Ya Rahim,
Kami menghampiri sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan,
Redhakanlah kami dalam kasih sayangMu,
Kami mohon keredhaanMu dalam setiap amal ibadah kami,
Kami mohon agar ianya diterima di sisiMu ya Allah,

Ya Allah,
Kami akur kadang kami terleka kerana kelalaian kami,
Janganlah Engkau menghukum kami andai kami terlupa,
Ampunkanlah kami dengan keampunan dariMu ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah setiap hela nafas kami adalah keranaMu,
Setiap langkah kami di dunia ini adalah keranaMu,
Setiap perbuatan kami dan ibadah serta pekerjaan kami adalah keranaMu,

Ya Ghaffar,
Benar kami kadangkala terlupa bahawa Engkau sentiasa bersama kami,
Kami terlupa dan lalai bila kami mengetuk jejari ini di papan kekunci kami,
Ada kata kata yang mengguris hati dan perasaan hambaMu yang lain,
Kami terlupa bahawa malaikat itu ada melihat bersama kami,
Kami terlupa setiap perkara itu akan tercatat walau sebesar zarrah,
Ampunilah kami ya Allah,

Ya Rahman,
Kami sering bermohon agar kami disayangi oleh pasangan kami,
Namun, kami juga memohon kasih sayangMu,
Janganlah cinta kami ini melebihi cinta kami kepadaMu,

Ya Rabbana,
Izinkanlah kami disentuh keindahan malam lailatulqadar,
Malam yang membawa keberkahan dan ganjaran pahala seribu bulan,
Kerna kami khuatir dan bimbang akan nasib kami di akhirat kelak,
Jadikanlah kami dari golongan yang kanan,
Golongan yang keberuntungan untuk masuk ke syurgaMu,
Yang terhindar dari azab api nerakaMu,

Ya Allah,
Jadikanlah ibadah kami diterima,
Jadikanlah kami istiqamah dalam amalan kami,
Tawadduk dalam mengerjakannya,
Kerna perjalanan kami masih panjang untuk bertemu denganMu,
Ya Allah, apakah nasib kami nanti di alam kubur?
Apakah nasib kami nanti pada hari kebangkitan?
Pada hari amalan kami dihisab?
Pada waktu kami meniti titian sirat?
Sesungguhnya jiwa kami berada di dalam genggamanMu,
PadaMu jualah kami bermohon agar Engkau sentiasa membimbing kami, memberi taufik dan hidayah kepada kami,
Dan mengampuni segala dosa kami,

Ya Allah,
Kami lemah,
Kami hina,
Kami berdosa dengan kemaksiatan dan kealpaan,
Kami tidak dapat lari dari kecuaian atau kesilapan,
Namun RahmatMu mendahului takdirMu,
RahmatMu mendahului kemurkaanMu,

Ya Allah,
Semoga kami menjadi hamba yang sering Engkau rindui dengan kasih sayangMu,
Ramadan akan berakhir,
Kami hiba,
Kerna inilah bulan terindah di mana Engkau merahmati kami dengan ganjaran yang berlipat kali ganda,
Terisi pengampunanMu yang tiada bandingnya,
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Ampuni kami ya Allah,
Kurniakanlah kebaikan bagi kami di dunia dan di akhirat.

Aminnn..,ya Rabbal Alamin..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...