Langkau ke kandungan utama

PERGI TIADA PULANG

Pernahkah kita terfikir apa yang akan kita tinggalkan di dunia ini membawa manfaat kepada mereka disekeliling kita? Pernahkah kita pasti bahawa apa yang akan dibawa untuk cukup sebagai bekalan kita? Terlalu ramai yang telah mengungkapkan persoalan sebegini rupa.  Sudah terlalu banyak artikel, tulisan dan nasihat serta jawapan mengenai persoalan ini. Namun semua itu tidak berguna jika kunci kepada permasalahan ini dibiarkan begitu saja. 

DIRI. Ya diri kita sebenarnya kunci persoalan ini.  Hanya diri kita yang mampu menjawab ya atau tidak, sudah atau belum, buat atau tidak dan pelbagai lagi. Apa yang ditinggalkan menjadi persoalan rapat pada diri kita kerna ianya melibatkan status kewangan dan juga sara hidup untuk orang disekeliling kita. Namun jika wang atau harta pun tiada di harap masih ada ilmu yang bermanfaat untuk mereka di luar sana menggunakannya. Bagaimana kalau tiada langsung? Tiada ilmu, tiada harta,malahan tiada kebaikan?

Tepuk dada hentak berkali kali nah ubatnya. Taklah gurau saja. Kita sendiri mampu mengubahnya. Menjalankan tanggungjawab Allah berikan pada kita memang berat bagi sesetengah individu. Mungkin aku sekali kot. Namun sebagai hamba wajib kita laksanakan. Perubahan itu perlu. Sedikit demi sedikit jika dilakukan akan menjadi banyak. Namun jika dilihat pada masa kini, telah banyak perubahan menuju ke arah Islam.

Para gadis berlumba untuk berhijrah menutup aurat dan sang pria berlumba mengejar ilmu Allah di majlis majlis ilmu. Satu perkembangan yang baik untuk dimulakan dalam kita mencari dan tercari cari cara kita untuk merapatkan diri kepada Yang Maha Agung Allah S.W.T. Sedikit sebanyak jika dilihat masjid dan tempat ibadah seperti surau dan majlis ilmu bukan lagi menjadi tempat untuk warga warga veteran. Malahan anak anak muda juga sudah berlumba lumba untuk menuntut ilmu dan mendalami agama yang suci ini.

Para anak muda pun sudah mula untuk menjalankan perniagaan yang pelbagai. Secara tak langsung mereka telah mempersiapkan diri dengan harta jika berlaku apa apa kelak.

Bersambung.. Musafir bz jap

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

MENGAPA HIKMAH ITU RAHSIA ALLAH

Aku secara tak sengaja menghubung rakan baikku yang da lama aku tak hubungi.. ex wife aku.. dalam phone aku bertanya.. kenal tak lagi sebab aku call ke office.. spontan dan pantas dia jawab.. abang ke ni??!! Apa mimpi abg call? Borak punya borak...aku dpt tau ex wife aku da pregnant.. ya Allah aku bersyukur sgt bila mana aku dengar dia cakap mcm tu. Sebab lapan tahun perkahwinan kami dulu, kami tak dikurniakan anak sebab ex wife keguguran dan terus belum ada rezeki hingga berpisah. Ya Allah... Kau selamatkanlah dia melahirkan anak dan tambahkanlah lagi rezeki buatnya dan kebahagiaan yang berpanjangan bagi dirinya dan suaminya dan semoga kehadiran cahaya mata itu menambah lagi kegembiraan mereka. Belek belek email.. aku jumpa email terakhir aku hantar pada 1/8/2014 sebagai seorang suami. To my lovely person... First of all abg menyusun sepuluh jari memohon maaf menganggu awak.. 8 tahun bukanlah satu waktu yg singkat bagi kita melupakan segalanya dlm sedetik waktu..sesungguhnya...

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...