Dalam kita menjalani kehidupan. Sering kali kita diulit oleh perasaan. Adakalanya perasaan ini bercampur campur hingga membawa keresahan dan pelbagai permasalahan. Kita pernah diulit rasa rindu dan rasa cinta terhadap insan yang kita sayang. Namun adakalanya perasaan itu tidak dapat dijelaskan waima diungkapkan kepada mereka. Adakalanya perasaan itu terpendam kerana kadangkala kita takut akan kehilangan apabila ianya diluahkan. Cinta kadangkala memerlukan pengorbanan yang amat besar.
Kita gambarkan cinta kita terhadap Ilahi, bukan mudah untuk kita capai ke tahap itu. Pelbagai dugaan dan juga rintangan harus kita lalui dan tempuhi untuk meraih cinta itu. Seperti bilamana kita mengungkapkan rasa cinta terhadap manusia. Adakah ianya sekadar di bibir kita ataupun akan disertai oleh tingkah laku dan perbuatan ke arah menjelaskan betapa kuatnya perasaan cinta kita. Begitu juga bila kita senantiasa mengatakan kita cintakan Allah kita cintakan RasulNya namun dimana hilangnya perbuatan dan tingkah laku yang sebenar untuk menjelaskan keperibadian cinta itu?
Rasa rindu pada insan ada kalanya diulit oleh pelbagai sudut. Adakalanya ia rindu atas dasar cinta Ilahi. Adakalanya ia.rindu di atas dasar cinta nafsu. Memang mudah untuk mengungkap "aku cintakan mu kerna Allah" namun jika ungkapan saja yang bermain di bibir maka risau pabila di penghujung ia akan bersulam nafsu.
Pandang balik sisi kita. Pandang balik diri kita. Musafir pun kadangkala terlupa dan terlalai ketika leka mengejar cinta dan rindu pada dunia.....
Musafir ini hanya berbicara - raisz alimin
Ulasan