Ya Allah.. Maafkan ku diatas perkara yang kau tidak sukai ini.. Kau ampunilah ku ya Allah.. Dan Kau berikanlah segala rahmat, keselamatan, kekayaan, rezeki yang melimpah ruah, kesihatan dan kebahagiaan kepada dirinya ya Allah.. Aku cuba untuk menjadi sempurna namun aku leka untuk belajar erti kesempurnaan.. Ya Allah kau jagalah dia sebaik mungkin seperti kau menjaga ku dan hambaMu.. Ya Allah Kau jagalah dan lindungilah dia bagiku... Khusus buat insan yang pernah bergelar isteriku.... Kau jagalah dan lindungilah dia ya Allah.... Amin ya Rabbal Alamin....
Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan. Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...
Ulasan