Langkau ke kandungan utama

IBU OH IBU KAU SRIKANDIKU.

SALAM.. telah lama Musafir tidak menarikan jari jemari di papan kekunci ini meluahkan rasa.. Maaf dipinta kerana agak sibuk dengan sedikit urusan dunia yang tidak kemana namun tidak dapat dielakkan. Kali ini aku menulis adalah untuk berkongsi mengenai perasaan kehilangan dan kesyukuran atas nikmat diberi....terima kasih bagi mereka yang membaca blog ini. amatlah aku hargai keterluangan masa kalian semua.

Tanggal 28 Mac 2014 Jam 12.20am Hari Jumaat yakni penghulu segala hari bersamaan dengan 26 JamadilAwal 1435H pulangnya Allahyarhamah Ibundaku Painah@Azizah binti Saniran untuk bertemu Ilahi...Pemergian arwah ibu begitu mudah sekali..ketika malam "kepulangannya" tatkala kami membaringkan arwah di atas katilnya sementara untuk dikafan dan dimandikan selepas subuh, arwah kelihatan seperti nyenyak dan lena tidur wajahnya. Wajah keibuan yang penuh dengan rasa cinta dan sayang itu masih lagi berseri di wajahnya. Wajah ibu tersenyum manis ketika berbaring dan membuatkan aku sendiri lalai dan terlupa dan sering bertanya kepada adikku, adakah benar ibu telah pergi ataupun ibu masih tidur?

Sebagai anak aku amat merasakan kehilangannya, ibu lah orang yang menjadi tulang belakang ku selain dari isteriku ketika aku ingin berbicara mengenai sesuatu. Ibu sering mendoakan aku bila aku ingin melakukan sesuatu pekerjaan. Ibu sering bergurau senda dengan ku. Ibu sering menginginkan aku menyediakan masakan untuknya. Namun itu semua tinggallah satu kenangan indah buat diriku bersama ibuku.

Tatkala subuh menggamit di pagi hari itu, setelah selesainya solat subuh, maka jenazah ibu sedia untuk diuruskan oleh keluargaku.. makcik makcik ku serta adik perempuan ku yang menjalankan urusan mandi jenazah.. tatkala itu aku hanya mampu mengalir air mata dan meneruskan pembacaan Al Quran ku...

setelah jenazah ibu siap di mandikan tibalah saat untuk arwah ibu dikafankan, ketika itu terdengar dari orang ramai melihat wajah ibu tersenyum seolah seolah sedang tidur dan dibuai mimpi indah. YA ALLAH aku mengucapkan syukur ke hadrat Mu di atas anugerah yang Kau berikan kepada ibuku... ketika jenazah telah mula dikafankan, aku dan adik beradik lelakiku mula mengangkat jenazah ibu untuk disembahyangkan.. ternyata jenazah nya amat ringan sekali SUBHANALLAH.. tiada ungkapan kata yang mampu aku ucapkan ketika itu.. ruang kolong rumah ku dipenuhi jiran tetangga dan sahabat handai yang hadir untuk solat jenazah ibu ku... sehingga ada yang hadir tidak ketahuan siapakah mereka hingga ayah ku sendiri tidak mengenali mereka. ALHAMDULILLAH selesai solat jenazah, arwah dibawa dan diusung ke tanah perkuburan...masa berlalu begitu pantas sekali dan seolah olah segala galanya berjalan dengan begitu lancar. Lebih lebih lagi ketika itu adalah hari Jumaat....

Tibanya di tanah perkuburan ku lihat liang lahad telah tersedia.. Tidak pernah ku lihat seumur hidupku liang lahad yang begitu sempurna... tiada airnya walaupun lembab dan basah tanahnya.. ketika penutup keranda di buka untuk membuka ikatan kafan arwah ibu, ternyata yang ada di kuburan terkejut sekali lagi melihat ibu..

Ibu tersenyum malah lebih lebar senyuman dan berseri seri wajahnya.. YA ALLAH semoga Ibu mendapat tempat yang baik di sisiMu Ya ALLAH...

Tepat jam 11am maka selesailah segala proses pengebumian ibu pada hari Jumaat itu.. Dan ALLAH menganugerahkan kami dengan pelbagai kemudahan dan segala urusan dipermudahkan.

kepada anda semua, hargailah ibu anda sebaik mungkin kerana perginya mungkin tidak akan kita jangka.
Ibu tetap akan pergi cuma masa saja yang tidak kita akan ketahui, dan ibuku kini telah pergi menemui ALLAH SWT.. dan dalam tempoh tiga bulan ini dari januari hingga ke saat ini, kami telah kehilangan dua insan yang amat kami kasihi, Ibu kami dan juga Nenda kami yang sama sama tinggal dan ku jaga mereka ketika hayatnya.

"Ya ALLAH, Tuhan sekalian alam, Selawat dan Junjungan Ke atas Nabi Muhammad SAW, Ya ALLAH Kau ampunilah dan kasihanilah kedua orang tua kami seperti mana mereka mengasihani kami semenjak kecil, Kau ampunkan lah dan rahmatkanlah setiap muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat samaada yang masih hidup atau telah pergi meninggalkan kami.. Ya ALLAH jika gelap kubur ibuku, Kau terangilah ia dengan Cahaya keberkatan dan rahmat Mu Ya ALLAH, jika sempit kubur ibuku, Kau luaskan dan lapangkanlah sejauh saujana mata memandang Ya ALLAH, jika ia bersedih, Kau berikanlah kegembiraan yang tidak terhingga di alam barzakh sana ya ALLAH , Ya ALLAH jadikanlah kubur ibu ku yakni persemadian terakhirnya sebagai sebahagian daripada taman taman syurga Mu ya ALLAH, YA ALLAH ku pohon pada Mu agar Rohnya sentiasa diberkati oleh Mu dan senantiasa tergolong didalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.. Ya ALLAH Kau tunaikan lah jua doa ini untuk para para arwah ibu muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat di mana jua mereka berada ya ALLAH, amin ya Rabbal A'lamin.... "

ALFATIHAH ALLAHYARHAMAH PUAN AZIZAH@PAINAH BINTI SANIRAN 09 JUN 1948 - 28 MAC 2014........ dari anakandamu rais alimin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sujudku

Ku terhenti berlari Berdiri dalam qiam ku sujud sepi Tergamam saat tersedar putih hitam jiwa kini Ya Rahman Ya Rahim Terangkan jalan kasih ku pada Mu Terdiam aku tersedar putih hitam nawaitu... Ku mohon Engkaulah yang menjaga ku.... Kerna ku sentiasa di bawah takdir Mu Tercari di ruang sunyi Jangan lepaskan kasih sayang Mu Doaku jernihkan keruh hitam putih hatiku Ya Allah Ya Tuhanku JANGANLAH kau serahkan padaku menjaga diriku......

LIKU LIKU KEHIDUPAN

Hidup kita selalunya penuh dengan cabaran dan berliku liku.. setiap orang menghadapi pelbagai pengalaman dan juga pelajaran dalam mengenali sebuah erti kehidupan.. ada kalanya kita jatuh..ada kalanya kita bangun..adakalanya segelintir dari kita sudah mati dari kehidupan sebelum dia mati dengan sebenarnya. Kita sering memandang enteng atau mudah terhadap perjalanan kehidupan kita. Bukan semuanya namun ada segelintir yang masih tidak mempelajari dan meneladani pada setiap perkara yang berlaku didalam kehidupan mereka. Apakah kehidupan itu sekadar hanya kita bernyawa? sekadar kita menarik nafas dan menghembuskannya? Ianya lebih dari itu... bagi saya kehidupan itu bermula dari paksi yang utama..iaitu kepada Pencipta kita...kemudian kepada diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita..rakan rakan kita, jiran tetangga, kenalan kita,masyarakat, alam sekitar, haiwan dan juga alam ini. Setiap orang mempunyai kaca mata yang berlainan untuk memandang kehidupan.. adakalanya mereka meletakkan...

DOA: RINTIHAN PENDOSA (LAILATUL QADAR)

Ya Allah, Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kami memohon keredhaan dan kasih sayangMu, Ya Rahim, Kami menghampiri sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan, Redhakanlah kami dalam kasih sayangMu, Kami mohon keredhaanMu dalam setiap amal ibadah kami, Kami mohon agar ianya diterima di sisiMu ya Allah, Ya Allah, Kami akur kadang kami terleka kerana kelalaian kami, Janganlah Engkau menghukum kami andai kami terlupa, Ampunkanlah kami dengan keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah setiap hela nafas kami adalah keranaMu, Setiap langkah kami di dunia ini adalah keranaMu, Setiap perbuatan kami dan ibadah serta pekerjaan kami adalah keranaMu, Ya Ghaffar, Benar kami kadangkala terlupa bahawa Engkau sentiasa bersama kami, Kami terlupa dan lalai bila kami mengetuk jejari ini di papan kekunci kami, Ada kata kata yang mengguris hati dan perasaan hambaMu yang lain, Kami terlupa bahawa malaikat itu ada melihat bersama kami, Kami terlupa...