Langkau ke kandungan utama

AKU DATANG YA ALLAH

Pernah tak, tunggu seseorang yang tak kunjung tiba. Kita tunggu, kita call, dia kata on the way. Kita tunggu dan tunggu, kita call lagi. Talian tak berjawab. Kita pun tunggu lagi. Tiba tiba, mesej masuk.

 "Maaf tak sempatlah..  jalan jem teruk ni.. esok boleh tak?".

Esoknya kita pun tunggu lagi. Menunggu dan terus menunggu. Kita tanya, on the way ni bro... Kita pun tunggu, namun kesudahannya tetap sama. Sekadar menunggu. Akhirnya kita jadi bosan.

Kita jadi penat, kita jadi terkilan, kita jadi sedih, kita jadi marah, kita jadi sentap, kita berubah perasaan dan sikap.

Allah, panggil kita sehari lima kali. Allah menciptakan kita, Tuhan kita, Allah pula yang memanggil manggil kita untuk kita datang mencariNya. Allah menunggu, terus menunggu dengan kebesaranNya. Dimanakah hamba hamba yang ingin memohon keampunan? Di manakah hamba hamba yang inginkan bantuan dan pertolongan? Hajat apakah yang ingin dipenuhi? Rezeki apakah yang engkau inginkan?

Allah menunggu dengan penuh kasih sayang. Walau kita tak kunjung tiba, walau panggilannya kita tak jawab, Allah masih tetap menunggu kita.

"Ke marilah hambaKu!"

Kita masih lena, dalam dengkuran. Kita masih alpa, dalam kesibukan. Kita masih lalai, dalam pelbagai juta alasan. Allah rindu pada kita, Allah jentik sedikit kehidupan kita. Kita dah mula rasa itulah kiamat kecil dalam kehidupan. Kita dah mula tunggang terbalik mencari seribu satu jalan penyelesaian. Allah masih lagi menanti, menanti untuk kita hadir.

Hati mula terdetik, jiwa mula tersentuh,

"Ya Allah... Aku lelah... Aku lemah.. aku perlukanMu ya Allah.."

Allah pantas mendapatkan hambaNya,

"Kemarilah hambaKu..."

Bayangkan, selepas pelbagai perkara yang telah kita lakukan. Allah Maha Menyayangi, masih menutup segala keaiban. Dipeluk hambaNya dengan penuh cinta dan kasih sayang.

"Ya Allah aku pernah berdosa.. ya Allah aku pernah begitu, ya Allah aku pernah begini..."

Allah gembira melihat kita hadir dalam sujud yang penuh istighfar dan rendah diri,

"Telah Ku ampunkan segala dosa.. mintaklah dan mohonlah apa saja yang kau inginkan wahai hambaKu. Segalanya akan Aku tunaikan..."

Maha Suci, Maha Penyayang, Maha Pengampun Tuhan yang satu. Nama namaNya penuh dengan kebesaran dan kemuliaan.

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah WallahuAkbar

#RamadanUsahPergi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

DOA: RINTIHAN PENDOSA (LAILATUL QADAR)

Ya Allah, Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kami memohon keredhaan dan kasih sayangMu, Ya Rahim, Kami menghampiri sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan, Redhakanlah kami dalam kasih sayangMu, Kami mohon keredhaanMu dalam setiap amal ibadah kami, Kami mohon agar ianya diterima di sisiMu ya Allah, Ya Allah, Kami akur kadang kami terleka kerana kelalaian kami, Janganlah Engkau menghukum kami andai kami terlupa, Ampunkanlah kami dengan keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah setiap hela nafas kami adalah keranaMu, Setiap langkah kami di dunia ini adalah keranaMu, Setiap perbuatan kami dan ibadah serta pekerjaan kami adalah keranaMu, Ya Ghaffar, Benar kami kadangkala terlupa bahawa Engkau sentiasa bersama kami, Kami terlupa dan lalai bila kami mengetuk jejari ini di papan kekunci kami, Ada kata kata yang mengguris hati dan perasaan hambaMu yang lain, Kami terlupa bahawa malaikat itu ada melihat bersama kami, Kami terlupa...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...