Langkau ke kandungan utama

LUAHAN HATI SEORANG PUTRI #pray4Fina

***#pray4Fina merupakan satu tragedi yang telah menimpa kepada salah seorang ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Bagan Datuk. Rumah kediaman Saudari Sufina telah dipukul ribut dengan begitu teruk sekali. Disertakan di sini beberapa keping gambar tragedi yang telah menimpa Sufina dan keluarganya.

Kami dari warga kerja Bicara Si Musafir mendoakan agar beliau sentiasa dipermudahkan segala urusan.
Untuk makluman lanjut dan bagi mereka yang berminat untuk menghulurkan bantuan, bolehlah menghubungi saudari Cik Ezatul Farita, Yang Dipertua GPMS Bagan Datuk di talian 013-3805749 atau berhubung dengan saudari Sufina sendiri di talian 016-3660425.

Semoga Allah mempermudahkan segalanya.







Luahan Hati Seorang Putri (inspirasi dari kejadian Sufina dan keluarganya).

Dalam senyuman, ada bicara tersembunyi,
Dalam manis wajah, ada derita hati yg hanya sendiri yg peduli,
Dalam gelak tawa, ada tangisan mencari kekuatan untuk memapah diri,
Dalam merasa bahagia, telah banyak duka yg ku benamkan jauh dilubuk sanubari,

Walau aku dari kaum yg lemah, aku juga mampu untuk berdiri sendiri,
Walau tangan ini lembut menyapa, ia juga berkerja keras untuk menyara diri,
Aku bangkit kerna aku tahu Tuhan itu sentiasa ada untukku,
Aku yakin kerna aku tahu bahawa Tuhanku tidak pernah memungkiri janji,

Berdiri sama tinggi, untuk duduk sama rendah,
Buatkan aku sering mencabar diri sendiri,
Walau diri berkata tidak,
Walau fikiran sering menolak,
Namun naluri yakin untuk mengorak liku perjalanan ini,

Rabbi, bantulah aku, dakaplah aku, mudahkanlah aku, kerna aku tahu kasih sayangMu tak pernah jauh dari diriku.

La Tahzan, Innallaha Maana

Raisz Ahmad
Bicara Si Musafir



Ulasan

walshgabe berkata…
El Cajon Hotel & Casino - Mapyro
Get directions, reviews and 원주 출장샵 information for El 전주 출장샵 Cajon 전라북도 출장안마 Hotel & Casino in El Cajon, CA. Address: 경상남도 출장샵 1275 N. Highland Highway, El 양주 출장안마 Cajon, CA 93301.

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...