Langkau ke kandungan utama

RINTIHAN DAN RATAPAN SI ANAK..

Assalamualaikum.. dah lama blog ni tak terupdate disebabkan sibuk dengan kerja dan urusan seharian.. kali ni aku nak mengimbas kembali beberapa lagu nasyid yang sering kedengaran di kalangan para pelajar maahad, pondok dan sewaktu dengannya.. lagu ni dah lama sangat.. aku masih di tingkatan satu masa tu.. zaman tu takde mp3, cuma pakai kaset je... sape nak copy.. pakai radio yang ada dua tape player..sebelah main sebelah rekod..gitulah caranya.. 

Sentuh mengenai tajuk di atas.. cuba korang bayangkan jika anak anak atau bayi yang dibuang merata rata didalam longkang, sungai, tepi surau, tepi jalan, tepi tempat sampah dan pelbagainya ini membesar.. apakah mereka tidak pernah mengenangkan siapakah ibu bapa mereka yang sebenarnya? sedikit sebanyak hati mereka akan menyoal.. siapakah mereka.. sedikit sebanyak hati mereka akan rasa geram, takut, marah, kesal, sedih dan memberontak.. andaikata mereka berbicara.. adakah seperti ini? 

BETAPA PERITNYA HIDUPKU
TANPA BELAIAN KASIH DAN SAYANGMU
SEJAK KECIL TIADA KURASAKAN
SENTUHAN JEJARIMU

KEMANA PERGINYA DIRIMU IBU
KAU MENGHILANGKAN DIRI DARIKU
TERBIAR SEPI JIWA KERDILKU
HILANGNYA IHSAN DIRIMU

APALAH SALAH DOSA DIRIKU
TERBUANG TANPA PEMBELAANMU
AKU AMANAH TIADA DISYUKURI
MEMBIARKU MENANGIS HIBA

BUKAN INTAN PERMATA YANG KUPINTA
HANYA SECEBIS KASIHMU
DILEMBAH SENJA TIADA KUMENGERTI
MENGAPA KAU SEKEJAM INI

KULALUI HIDUP TANPA KEHADIRANMU
IBU..KETAHUILAH SUARA OMBAK ITU ADALAH
TANGISANKU YANG BERLAGU DAN MENANTI KEPULANGAN MU IBU
KUMERINDUKAN SEPOHON KASIHMU
IBU KEMBALILAH KEPADAKU
SEMOGA SINAR HIDUPKU
KAN KEMBALI GEMILANG..

KUPANJATKAN DOA PADA-MU YA ALLAH
AMPUNILAH SEGALA DOSA IBU
SELAMATKANLAH DIA DARI AZAB-MU
BERILAH PETUNJUK PADANYA SELALU..

audio lagu ni boleh click kat bawah ni:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NALURI DAN HATI SEORANG WANITA

Memahami perasaan seorang wanita Ini adalah antara perkara yang sering jadi perbualan.  Terutama bagi seorang lelaki. Ok lah aku bg pandangan dari sudut aku sendiri. Wanita ni sifat dia lembut. Waima dia tunjuk keras mcm mana pun, iron lady mcm mana pun. Kelembutan tu akan ada secara semula jadi dalam dirinya. Itulah sebab wanita dicipta untuk melahirkan anak dan kita lihat tanggungjawab anak itu terletak banyak pada seorang ibu. Sebab sifat kelembutannya yg penuh kasih dan sayang. Ramai wanita selalu berkata, "lelaki tak memahami naluri dan hati seorang wanita". Aku boleh kata ya dan aku boleh juga sangkal dakwaan itu. Wujud kaum adam yg tidak mengerti namun wujud juga yg sgt memahami. Lelaki nampak keras kerana egonya sebagai lelaki. Lelaki yang meletakkan egonya ketepi pasti dapat memahami hati dan naluri seorang wanita. Ucapan kata sayang dan cinta saja tidak cukup untuk memanjakan seorang wanita. Mereka juga perlukan sentuhan, kucupan, masa bersama dan yang palin...

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

DOA TERINDAH

Doa Yang Terindah - Raisz Ahmad Dalam posting sebelum ini, aku ada kongsikan beberapa petikan doa dari para Anbiya. Jika kalian membacanya, doa doa ini amatlah indah. Dalam berdoa, kita memujiNya, mengagungkan kebesaranNya dan mengakui bahawa hanya padaNya tempat bergantung harapan dan keinginan. Doa itu indah, bukanlah sekadar lafaz kata dari bibir. Ianya lebih indah bila ia dilafazkan dari hati yang penuh dengan keyakinan dan pengharapan kepadaNya. Allah tidak pernah menolak doa hambaNya. Allah, tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah tidak pernah berputus asa menantikan hambaNya untuk bertaubat kepadaNya. Allah tidak perlukan kita. Jika seluruh manusia berpaling dariNya, Allah tidak pernah kurang walau sedikit pun kebesaranNya. Jika seluruh umat manusia sujud padaNya, Allah tidak sedikit pun bertambah kebesaranNya. Allah Maha Besar dengan kebesaran dan keagunganNya. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, kerna itulah menantikan kita pada siang dan di malam hari...