Langkau ke kandungan utama

TERKENANG....... (2009)


sedang melepak lepak nih aku terkenang balik ketika kuliyah bersama ustaz amaludin masa tu perbincangan tentang isu doa sesama muslim.. ini apa yang masih terlintas dan teringat dalam fikiran aku lah ye.. sebab nak salin balik nota..dah tak tau mana pegi.. oh ye mungkin kat rumah lama...apa yang masih aku ingat tentang kuliah tersebut..sekejap...selawat dulu..nak bagi recall balik apa yang belajar..masa tu ustaz Amaluddin ada bercerita tentang kebaikan dan ganjaran untuk kita berdoa sesama muslim. Ini adalah doa dan jangan keliru antara doa sesama muslim dan juga sedekah alfatihah...biasa lepas solat kita akan baca doa dan kebiasaannya kita akan baca allohumma firlil muslimim wal musliman wal mukminin wal mukminat.. ya ALLAH lindungilah kaum muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat..sape yang baca yang panjang maka panjang lagilah.. 

Ustaz bercerita dan menjelaskan tentang setiap doa itu ada balasan ganjarannya.. ustaz kata mengikut hadis nabi..aku ada nota dia tapi dah ntah kemana.. satu doa ke atas sorang muslim tu diberi ganjaran sebanyak satu hasanah...ok cuba buat perkiraan..kalau satu malaysia ada 20 juta orang muslim? sudah berapa? satu dunia? sudah berapa? yang masih hidup? yang sudah meninggal dunia? Jadi di sini ustaz menekankan tentang pahala berdoa terhadap sesama muslim.. senangkan nak dapat pahala dari ALLAH? Maaflah sangat sangat sebab tak dapat nak sertakan nota yang di ambil ketika kelas kuliyah bersamanya.. 



Cuma apa yang aku nak ceritakan mencari pahala ALLAH itu mudah.. nak buat dosa pun mudah.. simpang perjalanan di depan mata.. ada simpang ke kiri ada simpang ke kanan.. katakanlah.. ke kanan kita menuju ALLAH, kalau ke kiri kita Jauh dari Nya.. jalan itu keputusan kita...sama ada kita kuat atau tidak untuk memilih jalan.. mungkin nampak mudah.. tapi sebenarnya yang mudah ini lah yang penuh dengan cabaran dan dugaan.. Menuju ALLAH itu mudah..jalankan perintahnya dan tinggalkan larangannya.. tapi inilah yang paling susah terutama pada kita di masa kini.. susah sebab dunia semakin lama semakin maju dan dugaan yang kita hadapi pun semakin advance...tapi seiringkanlah antara dunia dan akhirat.. mungkin bunyinya agak mudah..tapi sebenarnya ia memerlukan kesabaran dan daya tahan yang tinggi..usaha dan juga doa serta tawakal kepada ALLAH...aku bukan nak jadik ustaz..memang tak layak nak bagi teguran pun pada orang sebab diri sendiri pun belum tentu lagi.. tapi dengan cara ini kita berkongsi dan kita akan saling ingat mengingati.. manalah tahu satu hari saya lupa..anda ingatkan saya.."bak kata seorang teman tersayang... kalau lah dia lupa asal usul diri dan agama...tampo kan je muka dia.." hahaha.. amanah untuk saya katanya.. tapi taklah sampai begitu sekali saya akan lakukan...maaf kalau ada kesilapan terhadap perkongsian ini.. seperti yang saya sebutkan ini cuma terkenang..terkenang dan terimbas apa yang pernah di pelajari..kalau silap tegurlah secara baik...yang khilaf dan salah itu saya sendiri.. assalamualaikum 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CINTA

CINTA Allah sangat mencintai hambaNya. Tidak percaya? Perhatikanlah kehidupan kita yang lalu. Mungkin dulu kita pernah terpuruk atau terjerumus dalam keadaan yang kita fikirkan, "Apa lagi yang mampu aku lakukan? Apa lagi cara yang ada untuk aku selamatkan? Bagaimana lagi harus aku cari jalan penyelesaian?" Perlahan lahan, Allah mengeluarkan kita dari masalah itu tanpa kita sedari. Adakalanya kita sedar, adakalanya kita sedari setelah selang tempoh masa yang agak lama. Manusia, jika selalu diminta akan marah. Jika selalu kita meluahkan pada mereka, mereka ada batas dalam mendengarnya. Namun, Allah senantiasa ada mendengar segala luahan hati dan perasaan, "Ya Allah... Aku sedang diuji begini, namun Engkau Maha Besar dari masalahku ya Allah.. Ya Allah, aku tak punya apa apa. Namun Engkaulah Tuhan yang Maha Kaya.. Ya Allah, aku dalam kesusahan namun Engkaulah Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki..." Kita 'membatin' perasaan kita, hati kita padaNya. A...

DOA: RINTIHAN PENDOSA (LAILATUL QADAR)

Ya Allah, Dengan namaMu yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kami memohon keredhaan dan kasih sayangMu, Ya Rahim, Kami menghampiri sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh keberkatan, Redhakanlah kami dalam kasih sayangMu, Kami mohon keredhaanMu dalam setiap amal ibadah kami, Kami mohon agar ianya diterima di sisiMu ya Allah, Ya Allah, Kami akur kadang kami terleka kerana kelalaian kami, Janganlah Engkau menghukum kami andai kami terlupa, Ampunkanlah kami dengan keampunan dariMu ya Allah. Ya Allah, Jadikanlah setiap hela nafas kami adalah keranaMu, Setiap langkah kami di dunia ini adalah keranaMu, Setiap perbuatan kami dan ibadah serta pekerjaan kami adalah keranaMu, Ya Ghaffar, Benar kami kadangkala terlupa bahawa Engkau sentiasa bersama kami, Kami terlupa dan lalai bila kami mengetuk jejari ini di papan kekunci kami, Ada kata kata yang mengguris hati dan perasaan hambaMu yang lain, Kami terlupa bahawa malaikat itu ada melihat bersama kami, Kami terlupa...

ANTARA DOA PARA ANBIYA

Sekadar berkongsi. Buat diri kita semua. Doa Nabi Adam Surah al Aaraf ayat 23 قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah dzalimkan diri kami sendiri, Jika Engkau tidak mengampuni kami dan Engkau rahmatkan kami, tentu lah kami menjadi orang yang rugi. Doa Nabi Ayyub Surah al Anbiya ayat 83  إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". Doa Nabi Zakaria رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖإِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali...