Pernahkah kita terfikir apa yang akan kita tinggalkan di dunia ini membawa manfaat kepada mereka disekeliling kita? Pernahkah kita pasti bahawa apa yang akan dibawa untuk cukup sebagai bekalan kita? Terlalu ramai yang telah mengungkapkan persoalan sebegini rupa. Sudah terlalu banyak artikel, tulisan dan nasihat serta jawapan mengenai persoalan ini. Namun semua itu tidak berguna jika kunci kepada permasalahan ini dibiarkan begitu saja. DIRI. Ya diri kita sebenarnya kunci persoalan ini. Hanya diri kita yang mampu menjawab ya atau tidak, sudah atau belum, buat atau tidak dan pelbagai lagi. Apa yang ditinggalkan menjadi persoalan rapat pada diri kita kerna ianya melibatkan status kewangan dan juga sara hidup untuk orang disekeliling kita. Namun jika wang atau harta pun tiada di harap masih ada ilmu yang bermanfaat untuk mereka di luar sana menggunakannya. Bagaimana kalau tiada langsung? Tiada ilmu, tiada harta,malahan tiada kebaikan? Tepuk dada hentak berkali kali nah ub...