Assalamualaikum kepada semua pembaca Bicara Si Musafir. Maaf kiranya artikel kali ini ringkas dan bersahaja. Sesungguhnya Tuhan sedang menguji kekuatan dan keimanan hambaNya. Ketika telah habis segala ubatan namun tidak mampu menyembuhkanmu, ketika manusia sudah tidak mampu membantumu maka percayalah. Percayalah bahawa Allah sedang menantimu untuk bermohon dan meminta kepadaNya. Tiada yang mustahil di sisi Allah. Jika Allah berkehendakkan maka ianya pasti akan berlaku. Percayalah dan yakinlah bahawa jalan keluar dari masalahmu sedang Allah sediakan padamu. Tidak kira betapa sedang gelisah hatimu, lara jiwamu, duka perasaanmu, sakit tubuhmu atau penatnya mindamu, Allah menyediakan jalan keluar yang engkau sendiri tidak ketahui. Hanya perlu meminta kepadaNya dan sujudlah mengharapkan keampunan dan diperingankan segalanya. Insan, kita punya Tuhan yang Maha Besar. Segalanya kecil disisi Allah. "Ya Rabb, aku punya kesulitan dan kepayahan namun Engkau Maha Besar dari apa yang aku ...