Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

IBU OH IBU KAU SRIKANDIKU.

SALAM.. telah lama Musafir tidak menarikan jari jemari di papan kekunci ini meluahkan rasa.. Maaf dipinta kerana agak sibuk dengan sedikit urusan dunia yang tidak kemana namun tidak dapat dielakkan. Kali ini aku menulis adalah untuk berkongsi mengenai perasaan kehilangan dan kesyukuran atas nikmat diberi....terima kasih bagi mereka yang membaca blog ini. amatlah aku hargai keterluangan masa kalian semua. Tanggal 28 Mac 2014 Jam 12.20am Hari Jumaat y akni penghulu segala hari bersamaan dengan 26 JamadilAwal 1435H pulangnya Allahyarhamah Ibundaku Painah@Azizah binti Saniran untuk bertemu Ilahi...Pemergian arwah ibu begitu mudah sekali..ketika malam "kepulangannya" tatkala kami membaringkan arwah di atas katilnya sementara untuk dikafan dan dimandikan selepas subuh, arwah kelihatan seperti nyenyak dan lena tidur wajahnya. Wajah keibuan yang penuh dengan rasa cinta dan sayang itu masih lagi berseri di wajahnya. Wajah ibu tersenyum manis ketika berbaring dan membuatkan aku send...