Assalamualaikum, lama benar aku tidak menarikan jari jemari ini di papan kekunci untuk sebuah artikel. Rindu, satu perasaan yang tidak mampu dijelaskan dengan perkataan yang sebenarnya. Setiap insan punya rasa rindu. Rindu pada seseorang, rindu pada sebuah kenangan, rindu pada perjalanan, rindu pada pengalaman, rindu pada kegembiraan, rindu pada harta dan wang, dan rindu yang memuncak rindu pada Allah dan kekasihNya. Insan bila merasakan rindu pada insan, mereka berhubung dan berbicara. Meluahkan rasa itu dengan perkataan mahupun dengan sentuhan. Rindu ini satu perasaan yang begitu indah diciptakan oleh Allah pada insan. Rindu boleh membuatkan kau menangis dalam hati yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan atau terduduk merenung dalam fikiran yang membawa lara dan kedukaan. Air mata yang menitis mengalir jernih umpama titisan gerimis yang jatuh perlahan adakalanya lebih membawa maksud dan menjelaskan kerinduan itu dalam konteks yang lebih bermakna dari perkataan.
Insan hidup dalam keadaan yang penuh dengan pelbagai ujian dari Allah Subhanahu Wataala. Ujian yang insan alami adakalanya membuatkan insan bertanya mengapa harus mereka melalui ujian yang adakalanya membuat mereka rasa hilang keyakinan dan putus asa. Ketahuilah wahai insan, Allah mengujimu kerana Allah rindu akan rintihanmu. Kadangkala ada di antara kita berkata "aku telah memohon pada Ilahi namun Allah lebih Maha Mendengar dan Maha Mengetahui". Bila insan mengangkat tangan untuk berdoa, maka janganlah dikhuatiri doa itu akan termakbul atau tidak. Bersyukurlah kerana engkau masih mampu untuk memohon doa pada Rabb mu. Doa tetap akan termakbul sama ada dengan segera, digantikan dengan hal yang lebih baik atau ia disimpan untuk kebaikanmu di akhirat kelak. Kerinduan pada insan, untuk berhubung punya pelbagai cara namun adakalanya kita hampa. Hampa kerana usaha kita untuk berbicara tidak kesampaian. Namun bagi Allah, hanya berkata "Ya Rabb." Allah telah mendengar apa yang bakal kita ungkap dan luahkan. Ada diantara insan yang berkata "aku ini pendosa", wahai insan kita semua ini adalah pendosa. Namun kerana kasih dan sayang Allah pada hambaNya, Dia menutup segalanya bagi kita. Jika kau rasa dosa mu terlalu berat, dekatlah dirimu dengan Allah sebagai pendosa yang mengharap keredhaan dan pengampunan Allah. Wahai insan sesungguhnya Allah membuka segala pintu taubat di waktu malam bagi mereka yang melakukan dosa di waktu siang dan Dia membuka pintu taubat di waktu siang bagi mereka yang melakukan dosa pada waktu malam.
Al Quran membawa kita dekat dengan Allah. Adakala kita menitis air mata kerana sentuhan Al Quran itu membuat kita merasa sayu dan mengenang segala apa yang kita telah lakukan. Adakalanya kita menangis kerana kita terbayang akan gerunnya azab Allah yang menanti kita di akhirat. Itulah kerinduan yang Allah tunjukkan pada hambaNya. Sentuhan yang membuat kita merinduinya.
Insan, dakaplah hati mu dengan penuh kerinduan terhadap pencipta mu. Ramadhan semakin hampir. Bulan yang penuh kerinduan dan kasih sayang Allah terhadap insan.
Insan, bersyukurlah untuk merasakan kerinduan. Namun jika kau rasa kerinduan terhadap dunia itu terlalu berat, alihkanlah ia dengan mengingati Allah. Kita merindukan apa yang ada di dunia (insan, harta, kenangan dan segalanya) tapi kita terlupa bahawa Allah adalah pemilik mutlak bagi setiap apa yang ada di dunia ini.
Salam ramadhan
Rais ahmad

Ulasan