Saya yakin anda semua kerap membaca Al Quran dan tafsirnya. Tahniah.. Seronok kan? Sebab ada pelbagai perasaan ketika membacanya. Lebih2 lagi bila kita menghayati tafsirannya dari awal hingga akhir. Umpama sebuah perjalanan yg sangat indah. Dimulai dengan pengenalan tujuan Al Quran diturunkan, kita dibawa menyelusuri pelbagai perkara. Kita di bawa mengenali sejarah silam para rasul yg berhadapan dengan kaum dan penentangnya, kemudian kita di bawa kepada keindahan syurga Allah, kemudian kita di bawa pula kepada kerasnya neraka Allah.
Namun Allah membawa kita utk menghilangkan kerisauan kita itu dengan perkara yg mampu mendekatkan diri kita dengan syurga, kemudian Allah bawa kita kepada perkara yg menjauhkannya pula dari kita. Tidak cukup itu, kita disajikan pula dengan pelbagai keagungan dan kebesaranNya dalam mencipta makhluk dan segalanya. Allah bawa kita mengenali kekasihNya, Allah bawa kita menyelusuri segala kalam yang jelas dan nyata hanya Allah saja yang berkuasa di dalam hal itu. Kita tersepit dengan masalah, pelbagai jalan keluar dan panduan telah Allah berikan. Allah juga memberikan janjiNya pada mereka yang menurutiNya. Bagi mereka yang telah tersilap jalan, Allah begitu Maha Pengampun dan menanti taubat dari hambaNya. Terlalu banyak utk diperkatakan. Indah bukan Al Quran?
#sayangiAlQuran
#janganBiarkanIaKeseorangan

Ulasan