Sesungguhnya setiap di dunia ni akan pergi dan tidak kembali kecuali yg dinamakan sebagai doa. Allah berfirman "inni qarib" "sesungguhnya Aku dekat". Allah itu dekat dengan kita hinggakan ada sesetengah berpendapat bahawa dekatnya Allah dan hampirnya Allah adalah lebih dekat berbanding urat di tengkuk. Tiada doa yang pergi dan tidak kembali dengan keberkatannya. Doa boleh mengubah takdir. Ingat lagi kisah wanita di masa Nabi Musa Alaihi Salam yg ditakdirkan tidak mampu utk mempunyai anak? Wanita itu tidak henti berdoa sambil memuji Allah. Hinggalah satu hari dia dtg menemui Nabi Musa dan menunjukkan anaknya. Nabi Musa terkejut gembira dan hairan. Allah memberitahu pada Nabi Musa, sesungguhnya rahmatKu mengatasi segalanya. Ada insan yg baru saja terlintas di hati dan berharap di dalam hatinya tanpa dilafazkan dan Allah menjawab doanya. Dialah Rasulullah Sallallahi Alaihi Wasalam. Ketika Rasul berharap di dalam hati ttg kiblat solat bg kaum muslimin agar dapat ditukar ganti. Rasulullah sedih ketika itu apabila para yahudi mengatakan islam adalah agama tiruan kerana mengikut kiblat mereka menghadap Al Aqsa. Lalu Allah menjawab kegusaran Rasulullah ketika itu. Allah mewahyukan kepada Rasulullah agar kiblat kaum muslimin ditukar kepada kiblat yg kita ada kini. Apa lagi alasan kita utk tidak berdoa? Hanya kita sahaja yang tidak meletakkan keyakinan di dalam hati agar doa kita akan dikabulkan. Ingatlah sesungguhnya Allah itu dekat.
#salamJumaatYangIndah
#bicarasimusafir.blogspot.my
#bicarasimusafir.blogspot.my
Ulasan